Total Pageviews

Wednesday, January 31, 2018

SABAIDEE, LUANG PRABANG 2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Macam biasa blog based on mood ini hanya akan hilang sarang labah-labahnya apabila mood rajin mengarang mai. 😅 Kali nih, skip banyak trip yang sepatutnya aku post. Bertabahlaa..semoga tak hilang ingatan untuk trip yang berlapuk tu. 

Post kali ni trip tak terjangkau, sebenaqnya nak buat trip solo. Tapi, as usual macam trip Siem Reap,...Kak Maya telah mengeluarkan satu ugutan, "kalau Nanna tak bawak kak Maya pi Luang Prabang. Kak Maya nak guling-guling dekat lantai epot." Sekian, saya yang berhati rapuh. Hahaha...💞
Trip kali ini paling chill dan santai untuk 2017. Tak study, banyak follow instict. Just, booked flight tic...booked hotel...the rest 'wish me luck!'

02 OKTOBER 2017
Hari Pertama

Flight Penang ke KL (AK 6111) jam 10 pagi. Sampai saja arrival hall, aku nampak muka 'nur' kak Maya. Ngeee...

AK 562 : Flight kami ke Luang Prabang bermula di Gate P5 pada jam 1.25pm. Alhamduillah, kami sampai di epot pada 3.20pm. !st jejak di epot macam biasa aku dah teruja tahap jebon. Seronok tak tau nak habaq. Haha..ciciwi dah sampai negara Komunis ni. 

!st thing yang kami buat, lepas saja imigresen kami nampak kaunter-kaunter jualan sim card untuk tourist. Tengok iklan kira kanan...aku decided amik sim card Beeline yang berharga 150 baht untuk 6 GB.
* Nota otak : Duit currency Baht turut diterima di Luang Prabang. 
Carik sim card dulu...😆
2nd, kami talaaa (menuju) kaunter money changer. Aku tukaq $100 bersamaan RM424=840 ribu Kip. Ini yang aku bajet untuk trip 3H2M. 
Tukaq duit mata wang Kip
3rd, kami dengan penuh riak keluar dari epot dengan berjalan kaki. Sebabnya, baca tips orang yang pi LP ni kena carik Tuktuk di luar kawasan epot, murah sikit harganya.
Tapi sebenaqnya, harga OK saja bagi aku. Yang pastinya kena bijak tawar-menawar.
So, berjalan laa kaki kami dua molek-molek. Panaih terik gak time tu. Hahah..Epot LP tidaklah besaq mana, hampir sama dengan epot Siem Reap.

Kebetulan, masa kami sampai di pintu gate airport ada Tuktuk yang drop sorang omputeh encem (tetiba ghasa tak terik dah! 💆) Aku pun tanya caj ke guesthouse. Mula-mula, dia letak 50k Kip. Sat...tawaq sikit. Dapat 40k Kip. So, divided 2 orang jadik laa sorang 20k Kip. 

Sepanjang perjalanan ke gueshouse kami, jarak masa hampir 15 minit. Tak jauh pun...tapi view dari bandar masuk ke kampung lepas tu masuk pekan LP. Suasana cuaca berangin dan agak sejuk boleh dirasakan sebabnya kami masuk kawasan dikelilingi bukit dan tinggi. 



4.10 pm - Kami check in di Lan Kham Riverside. So, sepanjang 3H2M..inilah tempat inap kami. Aku booked di booking.com dan reviews pun OK. Alhamdulillah, very recommended. Berhadapan sungai Mekong, free daily breakfast, layanan staf torbaek, free wiFi, tempat strategic dengan tourist spots, welcome drinks pun dapat 2 hari..ampa nak apa lagik hahah. 
Kos guesthouse, RM268/2pax = RM134 @ $64 seorang.
Dapat welcome drinks 🍹

Lepas saja check in, sembang sikit dengan staff guesthouse ni. Tanya-tanya, sambaq laa satu pakej ke Kuang Si Waterfall. Booked and paid. Hangus 100k Kip untuk dua orang comey ni. So, untuk sok pagi dah setel. 



Selepas solat jamak zuhur dan asar, kami turun berjalan ke Mount Phusi untuk tengok sunset. Mt. Phusi terletak di belakang guesthouse kami, so jalan sambil sembang-sembang dan layan suasana pekan kecil di Luang Prabang ni membuatkan kami rasa sekejap saja dah jumpa Mt. Phusi. So, kos untuk ke Mt. Phusi ialah FOC ✌

5.15 pm - Dah jumpa satu hal, melangut laa jugak aku tengok puncak Mt. Phusi nih...boleh tahan tinggi + anak-anak tangga yang berliku dan berbentuk badan naga. So, bermulalah episod hiking tanpa sebarang warming up. Phew....😂
Fee entrance : 20k Kip
Ayaq mineral : 5k Kip
Tic masuk Mt Phusi
Aku sampai dulu di puncak Mt. Phusi.Kak Maya still kat belakang...menghayati keindahan alam. Hehe..aku chup tempat untuk kami sebabya, tourist dah ramai ketika aku sampai tadi. Dasat depa...yang berusia atuk dan nenek tu aku salute. Kuat stamina depa...tourist ynag ramai aku tengok Jepun. Semua veteren, chuollsss ! 😉
Sunset di Mt. Phusi not so bad. Cuma agak terganggu dengan daun-daun pokok yang menghalang view sunset. Kalu idok...sure lagik lawa. Yang beshnya, ada disediakan tangga untuk duduk dan layan sunset. Tangga tu pulak terletak bersebelahan kuil. 
Terdapat kuil bersebelahan tempat layan view sunset


Tangga turun dr Mt Phusi...fussh!

6.30 pm - Abih saja layan sunset...gambaq sunset saja dah berpuluh keping. So, masa untuk turun dan kami turun di jalan berbeza dari tadi. Exit saja nampak night market dan Royal Palace. Cuaca dah mula gelap. Kat sini gelap awai, cerah lambat. Deretan khemah-khemah sedang dan ada yang telah siap didirikan. Sepanjang jalan terdapat jualan. Jalan sebaris...ingat nak cuci mata dulu. Besok malamnya baru nak beli apa-apa. Tapi, tu semua harapan pelesu. Hehehehe...spesis tak leh tengok barang comey..souvenier, kopi, FM, pakaian...haiii....sabaq Nanna...sabaq! 😇
Barang rampasan malam ni,
Tudung meja = 35k Kip
Fruit shakes  = 10k Kip
Exit turun Mt Phusi,nampak night market

8 pm - Dahi dah berfeluh-feluh sebab jantung berdegup laju tengok barang-barang kat night market tuh...kami decided balik rest dulu. Kihkihkih...Rambang mata nih bahaya, nama pun bajet trip. So, to be continue laa naa....

InsyAllah, next post untuk 2nd day bakal aku post. Sabau...
Caiyok naaaa....see chuolls!😎