stop jap post pasal oliday kat Bali ek...bukannya kering idea @ apa just m00d 'tu' tak menyerap lagik. hehe..tp rasa & harap post kali nih penting...maunya tak penting beb. Bab halal ni...sangatlah penting. Punca post bab halal ni tetiba saja attack minda aku. Al-kisah bermula dari baca FB kwn yg dinner kat FullHouse, Penang Times Square last week. So, level keterujaan aku pun terus up ting! ting! ting! igt nak terjah sekaki coz next month my luvly sis besdey. Nak laa celebrate + surprise kan dia. Then mata ni yg rajin terjah blog-blog org lain,terbaca lak sal status halal Fullhouse. Alamak baru tingattt...waaaa kalu x halal xkan la kita nak pulun pi kan? kan? So, b4 duk pikiaq macam nenek kebayan, baek find a solution,conclusion n finally jawapannya TENTIONNNNN
...arghhh aku surf kat website JAKIM memey Fullhouse Cafe tu, takda status halal. HukHukHuk..sampai ati depa kan? Awat Fullhouse tu tak apply status halal coz aku tgk ramai org Malay and ofkos lah Islam pi mamam kat situ. Geram siot tak terkira dah ni. Lastly, aku dgn penuh hormat & rajin, bukak FB FullHouse PTS terus tanya "hi, I just wanna know dat Fullhouse hve the Halal Certificate or not plz.. Hope to have lunch there, so luvly menu...waaah :) tenkius.."
Hah amek. Geram punya pasal trus tanya, tapi ok kan. At least kita leh dpt jawapan direct dari depa. Kalu takda, baek apply kat JAKIM yea 'rumah penuh'. Bab halal ni memang sensitip, so jgn la diperkotak katik atau amek mudah. Sayang coz, tgk menu dia pergghhh...decoration dia lagik perghhh....
Yang tak tahu nak tgk @ semak status halal ni, leh terus klik ke website JAKIM iaitu
- www.jakim.gov.my
- klik bahagian "PENGGUNA"
- klik "Direktori Halal Malaysia"
- taip apa yang korang nak carik kat "CARIAN"
Taip HALAL SEMAK [NO.ROC]
SMS ke 15888
* NO. ROC tu no. pendaftaran syarikat. hehe..sat g duk garu2 apa dia laa ROC plak. ngeee
so, sangat mudahkan....:)
Dah bising2 sal halal ni nak share skit Fakta berkenaan halal, info ni copy & paste dari JAKIM gak. ( eh...dah mcm duta JAKIM aku ni kan? hehe)
HALAL = berasal dari kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
- bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
- tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
- tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
- tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
Tataaa....
No comments:
Post a Comment