Total Pageviews

Saturday, March 25, 2017

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir (Part 11)

25 September 2016
Hari kesepuluh

Semakin menghampiri detik-detik terakhir kami di tanah Delhi ini, Geng Kari dibawa ronda rondi oleh tour guide sebelum dihantar ke airport. Kalau nak lepas rindu last minit camni heloklah intai-intai suasana sekeliling. Huhu...

Dalam meronda rondi, kami dapat melihat rumah Presiden India dan bangunan Parlimen India. Binaannya seperti dalam jangkaan aku, kompem la gojes. Depa memang superb dalam hasil binaan.

Jam 6 petang, kami tiba di airport antarabangsa, Terminal T3. Waktu boarding jam 8.40 malam nanti. Lama gak kan jarak masa menunggu?

Ngeee, sebenaqnya dah abeh tawaf dan tiba masa untuk kami chill di airport. Bolehlaa nak enjoy last moment dengan Geng Kari. Tak tahu sama ada kami boleh jumpa lagi atau tidak? ๐Ÿ˜ข

Security check untuk kali terakhir memang kenangan, abih semua kena godek. Kalu diimbas balik nak gelak pun ada, sama macam time nak keluaq dari Kashmir hari tu. Saboo ja laa...rules still rule!

Sementara nak boarding, kami solat dulu di Prayer Room. Jumpa geng makcik-makcik dari Keyel. Depa pun macam group India yang aku jumpa kat epot KLIA2. Nak masuk Kashmir, tapi terpaksa kensel last minit. Tetiba ghasa bangga + riak bagai. Hahaha..dak laa. Terpikir gak, rezeki walaupun ada tempat yang kami tak boleh pergi tapi Alhamdulillah rezeki untuk kembara ke sana masih ada. 
Kekadang yang sedikit dan kecil itulah yang terindah. Tak semua kita nak boleh dapat, sikit pun patut bersyukur. 

Jam 8.40 pm, kami dah boarding. 
เค…เคฒเคตिเคฆा।... Alvida Indiaaaa.....๐Ÿ˜

Kos hangus utk hari ke-10:
Aiskrim @ India Gate = Rs50
Lunch @ Karim Restaurant = Rs865
(Mutton briyani Rs370, Firdaus Qurma Rs350, 
Lemon ice Rs65 & Tax Rs80)
Aiskrim @ Nizarmuddin = Rs10
Gatorade @ epot = Rs40

26 September 2016
Hari kesebelas

Welcome to Malaysia!
Moment-moment terakhir kami wefie
 bersama selepas keluar dari flight
.

Hepi dah touchdown....yeayyy!

Jam 7.10 pagi
Alhamdulillah, kami selamat tiba di KLIA2.
Tamatlah Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir...10 hari 9 malam ๐Ÿ’‹

Banyak benda yang aku dapat dalam trip ini, pengalaman dan pengajaran dalam satu perjalanan.
Yang pasti India sebuah negara yang sangat unik dan membuat kita lebih faham erti bersyukur.
Apa yang kita dengar dan lihat sendiri juga lebih berharga dari cerita-cerita orang.

Last but not least, untuk sahabat Geng Kari.
Hampa memang sempoi...kita kenal hanya dalam whatsapps group dan menjadi akrab ketika trip Yindia. Muahhh! hehe...๐Ÿ˜š

Kita berjaya mengharungi waktu susah dan waktu senang bersama-sama. First time travel dalam crowd yang ramai, benarlah the more, the merrier.
InsyAllah diizinkanNya, kita gather balik dan mengembara lagi, lagi dan lagi! ๐Ÿ˜˜


Acah-acah posing, Acu dan Aryan si kepoci...๐Ÿ˜ฐ

Jam 2.40pm
Flight MH 1148, KLIA-PEN.
Sekali lagi, Alhamdulillah aku tiba di tanah tumpah, Penang.
Tak sabiaq laaa...nak balik ke rumahku, syurgaku. ๐Ÿ˜

Kos hangus utk hari ke-11:
Brekkie @quizzin = RM 5.80
Top up = RM 30.00
Bli tic train ke klia = RM2

Saturday, March 18, 2017

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 10)

24 September 2016
Hari kesembilan

Geng Kari memang disiplin. Siap on time. Dah la depa semua nih hensem-hensem & comel-comel belaka. Hahaha...angkat diri sendirik ๐Ÿ˜‰
Jomsss....serang! 
Traveller van sampai, kami pun gerak ke Hawa Mahal.
Hawa Mahal ni free kalau nak tengok. Terletak bersebelahan bahu jalan sahaja. In case, nak masuk ke dalam Hawa Mahal kena lor bayaq. So, kami pilih hat free punya. Haha..bajet k, ๐Ÿ‘Œ

Next, Albert Hall Museum.
Yang ini pun free. Haippp...awat bajet sangat nih. Hehe...Kat sini layan view depan muzium saja. Ada manyak burung merpati lagik, so wajib feeling obersi. Plus, ada ahli Geng Kari yang buat video berlari-lari sambil acah burung-burung tu. Feeling gitew ๐Ÿ˜†
Dah puas posing seratuih keping, ok done!

Serangan ketiga Geng Kari ialah ke kedai sari semalam. Hehe...hat ni cheq suka! ๐Ÿ’•
Sambaq laa sari lagik. Kali nih, kami try kedai yang Ibnor recommend. Memang murah dari semalam. Rupanya ada al-kisah. Sari semalam mahal sikit sebab tour guide kami dah kawtim dengan owner kedai 40%.
Cissss...dasar fenifu. Teruih terbayang muka tour guide tu. Huhu...mohon bertabah laa. 
Tapi, nasib baik depa jamu chai masala. Okeh teruih. Haissshhh,duhai chai..awat hang sedap sangat. ๐Ÿ˜‹
Siapa cakap orang lelaki tak gemar berbelanja?
Bukti depa laa kaki shopping dari kami geng gegel nih ๐Ÿ˜‚


Oleh sebab train kami jam 2.35 pm nanti, kami decide nak lunch dulu. Memang kena isi something, sebab jarak masa nak balik ke Delhi agak panjang iaitu lebih 6 jam. Mereput kalau tak makan...ngeee!

Memusing gak carik kedai makan, tanya halal sana sini. At last jumpa, Hamdi Restaurant.
Kat sini menu dia pun ohsem macam lunch kelmarin. Syukur, alhamdulillah. Sentiasa dipermudahkanNya sepanjang perjalanan kami ini. Yang mana kurang tu, bersyukur jugak. 
Sedikit info tentang Hamdi Restaurant, dekorasi restaurant ini berkonsepkan arabic style. Bersih, ada wiFi, menu sedap, layanan tiptop dan paling penting harga masih 'waras diterima dek akal'. Very recommended! ✅



Next, kami buat amazing race waktu tiba di Stesyen Keretapi Jaipur. Pulun laa cari nak naik train kat mana. Yang pasti, security check sentiasa ada.
Alhamdulillah jumpa. Train kami kali ini ada air cond, hahahaha (ketawa besaq).
Train dijangka akan tiba di Delhi jam 9.10pm. So, memang dapat tengok dan rasai view bandar ke kampung dan ke bandar semula sepanjang perjalanan nanti. 



New Delhi Station
Alhamdulillah, kami dah tiba di NDLS. 
Bunyi hon auto dah mula menjadi halwa telinga tanpa henti. Orang ramai di sana sini. 
Jauh berbeza dengan Jaipur. So, hadap saja. Sekarang nak mencari kenderaan ke Pahar Ganj. Kami decide naik auto memandangkan dah lewat malam, badan pun dah letih shangat kalau nak berjalan ke tempat hotel. 

Agak payah mencari auto yang bersesuaian dengan bajet kami. Tapi, Alhamdulillah driver auto tu setuju. Aku, kak Maya dan Ibnor share naik satu auto. Yang lain, naik auto lain. Menyenget jugak la auto time tu...kikikii ๐Ÿ˜Œ

Agak berbaloi kaki aku tersepit beg time tu, sebab dapat rasa merempit di jalanraya depa yang sesak. View malam tu jugak berbeza. Driver auto tu bawa kami melalui jalan yang lain. Boleh nampak area urban, kereta-kereta mewah, shopping mall yang besaq...yes, finally aku dah nampak perbezaan kat situ. 
Yang susah, sangat susah.
Yang senang, hidup mewah.

Lastly, kami tiba di hotel tapi ada problem pula. Kata receptionist, hotel dah fully booked.
Haippp..dah booking tapi suka suki saja depa canceled booking kami pastu cakap fully booked...Achaaa hei, scam lagi! ๐Ÿ˜ฑ

Malas nak gaduh, at last pihak hotel arranged hotel baru. Badly, hotel gah pada nama tapi tidak pada tempatnya. Kalau hampa tanya nama hotel tu pun aku tak ingat. Hehe..nampak tak 'chemistry' jiwa aku dengan hotel tu, sampai nama pun tak ingat. Plus, hotel yang diganti tu sangat teruk. Pintu toilet tak boleh dikunci dan pintu bilik hotel pun payah nak dibuka semula bila dah dikunci. Nak buka kena flying kick baru okey. #redha

Rezeki malam akhir di bumi 'unik' rasanya nih. Tak apa laa, pengalaman. Janji ada tempat tidoq. Syukur, Alhamdulillah. #senyum



Kos hangus utk hari ke-10:
Hawa Mahal = free
Albert Hall  = free
Saree = Rs3600 (3 helai)
Lunch @ Hamdi Restaurant = Rs1560/4= Rs390

25 September 2016
Hari kesepuluh

Jam 9.00 am. 
Check out. 
Sobseb sobseb...sebab ini last check out Geng Kari. Lepas ni dah balik Malaysia weh. 
Hashtag syahdu. ๐Ÿ˜ข
Dating dengan tour guide+driver kami untuk
hari terakhir...๐Ÿ˜†
Tapi dalam mood syahdu, jiwa kembara masih membara di hari terakhir. Banyak tempat yang nak di'attack', kalau boleh nak ke semua tourist attractions. Tamak? Mestilah! Hehe...๐Ÿ˜ฐ
Inilah traveller van yang membawa kami
untuk day trip di Delhi. 
So, dengan naik traveller van kami gerak ke Rajghat. Rajghat adalah sebuah taman yang menempatkan memorial khas yang didedikasikan untuk Mahatma Gandhi.
Hampa kenai dak Mahatma Gandhi ni? Isk..tak kenai saja. Hehe...ok sikit ringkasan tentang Mahatma Gandhi, beliau ialah seorang pejuang untuk membebaskan India dari penjajahan Inggeris. Yang lain, Google laa ek. Di sini security sangat ketat. Huhu ada kes 'hitam' aku masa line up untuk security check tu. Tapi tett...malaih cerita. ๐Ÿ˜
Kami tak masuk sehingga ke tempat memorial sebab agak jauh dan boleh nampak memorial tu dari atas jambatan. 

So, next kami ke Jama Masjid. Tapi on the way tu, kami melalui beberapa tempat pelancong iaitu Jantar Mantar dan Connaught Place. Hanya tengok dari dalam van. Mana yang boleh skip, skip saja. 
Chor Market (Pasar Pencuri)

Jama Masjid yang terletak di Old Delhi ini juga dikenali sebagai Masjid Jahan Numa yang bermaksud 'most commanding view of the world'. Dibina oleh Pemerintahan Mughal Shah Jahan. Masjid ini boleh memuatkan seramai 25 000 jemaah dalam satu masa. Mempunyai 3 gate untuk masuk dan 4 menara. Sayangnya, masjid ini tidak dijaga dan diselenggara dengan baik. Air dalam kolah untuk berwuduk kotor dengan lumut dan najis burung merata-rata. 
Namun, meter excited aku tetap suka dengan masjid ini. Mungkin sebab kawasannya luas. Seronok melilau. Ngee...Fee untuk masuk adalah percuma. Namun, jika anda membawa telefon berkamera atau kamera, Rs300 akan dikenakan. 



Next, India Gate.
Tiada entry fee dikenakan. Untuk info, India Gate dibina sebagai monumen bagi mengingati pengorbanan 82 000 orang tentera India-Britain yang maut ketika Perang Dunia 1. 
Bangunan setinggi 42 meter ini dibina daripada batu granit dan batu pasir merah. Kat sini boleh jimat masa sebab hanya boleh posing sana sini. Habis...




Cuaca makin terik, kami terus ke area Nizammuddin (markas tabligh) yang bersebelahan dengan Humayun's Tomb. Area di sini memang sesak dengan orang ramai. Pasar menjual pelbagai barangan, makanan dan bunga-bunga. 

Aku kurang pasti bunga-bunga yang dijual untuk apa, tapi masa kami berjalan untuk mencari Karim Restaurant (orang cakap tempat ni pemes & sedap) aku nampak satu bangunan di sebelah kiri ramai orang India Muslim yang masuk ke situ. Mereka akan meletakkan bunga dalam kasut dan masuk ke dalam bangunan tersebut. Hmm...yang lain aku tak sure. Ngee...

Akhirnya, lepas tanya penjual dalam gerai-gerai tu kami jumpa juga Karim Restaurant. 
Honestly, restoran yang femes, yang disebut-sebut sedap bla bla blaaa tidaklah sehebat yang dikatakan orang. Moral of the story, mai rasa dulu baru tau sedap ka tidak. 


Bukan saja dari segi rasa, harganya jugak agak mahal. Yang ok, kami sempat menunaikan solat itu pun di ruangan makan tingkat atas. 
Walaupun dekorasinya 5 star tapi rasa hidangan disitu hanyalah sekadar 2.5 star. ๐Ÿ˜ฉ 


Last day, semua dah lemau dengan lifestyle orang India.Tak nak lepas peluang, kami cuba minum air tebu.
Sedap yummy! ๐Ÿ‘
Rasa panjang pulops bebel dalam entry ni. Ngee...so nak stop sat dulu. InsyAllah, next entry adalah post terakhir tentang kembara di bumi India nih. ❤


To be continue...๐Ÿ˜ด   
  








Thursday, March 9, 2017

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 9)

23 September 2016
Hari kelapan

Welcome to Jaipur!

Hari pertama di Jaipur. Rasa tenang dan sunyi sahaja, al musababnya kawasan hotel Geng Kari tinggal nih kawasan perumahan lot banglo. Tetiba feeling orang 'have-have' pulops. ๐Ÿ’–

Special sikit untuk trip di Jaipur kali ni sebab kami amik pakej. Dalam jam 9 pagi camtu, mini caravan berwarna putih pun tiba dengan bunyi pon ponnn (okeh, ini ilusi semata-mata ๐Ÿ˜Œ) datang amik kami. 

Firstly, kami dibawa ke Jantar Mantar. FYI, terdapat 5 buah Jantar Mantar di India iaitu di New Delhi, Ujjain, Mathura dan Varanasi. Sebab ianya dibina di 5 tempat, aku pun tak tahu. So, takyah nak feeling-feeling konpius shangat awat ada banyak kat sana.. HaHa... 

Mula sampai tu blur la jugak..apa kebenda arca-arca banyak nih. Sampai berpeluh-peluh ke-ti-ak tour guide tu explained. Lastly, baru laa aku faham. Jantar Mantar ini adalah sebuah taman astronomi. 

Mempunyai 19 alat untuk mengukur waktu,melihat bintang, melihat gerhana, mengira jarak utara selatan dengan garisan khatulistiwa. Mempunyai alat-alat atau pengetahuan yang hebat macam nih pada abad ke-17 boleh dianggap satu perkara yang hebat, superb dan mengagumkan. Tambahan pula, di sini terdapat Jam Matahari yang besaq kategori giant. Bukan giant Doraemon tu ek! ๐Ÿ˜… 





Next, waktu tengah hari nih panaih liplip lak. Untuk info, dah alang-alang crita bab cuaca panaih. Nak crita tentang Jaipur, iaitu ia adalah sebuah bandar terancang dan terletak di padang pasir di Rajasthan, India. So, itu adalah antara sebab mengapa cuaca di sini panaih. 
Sekian al-kisah geografi kali ini....๐Ÿ˜†

So, kami pun decide nak lunch dulu. Memusing mencari kedai sambil ditemani irama dangdut plus rock diperut. Ngeee...
Dapat tour guide non muslim, so, mohon difahamilah...tapi itu bukan masalah problema. Kami berjaya attack Nasi Briyani dan lauk pauk gred AAA. Nama restoran tu M.M. Khan Hotel. Hepi tak sanggah! Very recommended untuk sesiapa yang nak try. 

Solosai lunch, Geng Kari attack Amer Fort. Haaa...hat ni salah satu tempat peberet! 
Amer Fort a.k.a Amber Fort terletak di atas sebuah bukit. Jarak perjalanan hampir 11 km dari Jaipur. Kalau ikut apa yang aku baca dalam blog-blog, ramai yang naik gajah untuk ke kota tu. 
Tapi kami naik jeep. Hahah..moden la kot. Maybe kekangan masa antara sebab tour guide kami suruh naik jeep. Nak naik gajah tengok poket pun dah sayup-sayup. 

Sebelum naik jeep, kami posing dulu berhadapan dengan Tasik Moata. Di situ dah boleh nampak benteng-benteng batu merah Amer Fort dengan jelas.
Satu jeep muat untuk 4 orang, aku, kak Maya, Ibnor dan Zaha. Yang lain, satu jeep jugak. Syok jugak merempit dengan jeep nih. Sementara nak sampai ke atas kota tu, terhoyong hayang jugak laa kami kat dalam tu. Nak gelak kukakuki, hati-hati takut tergigit lidah lak ๐Ÿ˜…. Tapi kami sempat wefie dalam tu sekeping. Jeep kami stop sebelum pintu masuk ke Amer Fort, so kena berjalan kaki untuk masuk ke dalam. Semput sat...


Gegel yang comey-comey posing di belakang Tasik Moata dan
Amer Fort dibelakang kami....gah di situ!



Jejak saja dalam kota tu, kagum dan speechless. Macam tengok Agra Fort aritu gak. Istimewanya Amer Fort ni, senibina kotanya adalah hasil gabungan ciri-ciri Mughal dan Hindu.
Mempunyai istana mewah berbata merah, marmar putih, sebuah kuil, sebuah istana cermin, kolam mandi untuk maharaja dan maharani dan sebuah dewan untuk rakyat serta dewan untuk para pembesar. 

Part menarik apabila tour guide kami membawa kami menyelusuri sebuah terowong. Mengikut cerita tour guide kami, terowong ini digunakan raja dahulu untuk berjumpa isteri-isterinya secara rahsia. Aku pun feeling laa sikit, macam dalam filem Hindustan yang selalu ada scene macam nih. Haha...๐Ÿ˜˜
Walhal aku baca, terowong ini sebenaqnya digunakan sebagai jalan keluar ketika perang. Sama ada, cerita dia betui atau tak. Wallahualam. Yang pasti syok naik turun tangga. Kikikii.
Posing hepi dibelakang Kuil Shila Devi,
yang terletak di bahagian hadapan pintu masuk.

Di dalam Amer Fort terdapat beberapa bangunan iaitu
Diwan-i-aam(Hall of Public Audience), Diwan-i-Khas(Hall of Private Audience),
Sheesh Mahal (Mirror Palace) & Sukh Niwas.

Tab mandi Maharaja dan Maharani

Mirror Palace...binaan dan ukiran yang hebat!


Next, Jal Mahal. Turun sahaja dari Amer Fort kami terus ke Jal Mahal, sehala jalannya. Hat nih peberet kak Maya. Golden dreams gitew. Hehe... Jal Mahal atau dikenali sebagai Istana Air. Tengok pun tau...sebab istana tu terletak ditengah-tengah tasik Man Sagar. 
Jal Mahal....nun jauh di sana

Kami hanya tengok istana tu dari seberang. Di tempat kami berdiri, area tu boleh digambarkan sama seperti Padang Kota di Penang. Ada ramai penjual yang menjual cendera hati dan barang-barang. Tapi sila hati-hati, kat sini ramai penyeluk saku dan peragut. Itu amaran tour guide kami. Di seberang jalan, aku excited nampak unta-unta duduk berehat. Segak aihh pakai kain warna-warni. Hehe...๐Ÿ˜

Tour kami tak tamat kat situ sebab Geng Kari dibawa ke tempat shopping. Nak pulun carik sari. Benda wajib kalau mai India tak mai cari 'SAREE'. 
Tempat yang kami attack ni macam bazaar yang memang khusus untuk sari, berderet-deret kedai sari dok ada. Di sinilah kemahiran tawar-menawar sangat perlu. Harga yang depa bagi memang mahal.
So, pandai tawar dan tengok kualiti. Dalam dok mintak diskaun bagai rupanya ada cerita. 
Aku pun dah setel rembat 4 helai sari. Hehe...jenuhlah gak. Sebab harga depa letak tak munasabah sarawak bagai. Dari satu kedai ke satu kedai lain. Yang pasti, customer service depa thorbaek. 
Chai bergelas-gelas dah masuk dalam perut sementara adegan perang mintak diskaun. Ngeeee ๐Ÿ˜Œ
Rambang mata + rabak poket nak memilih saree.
Tak cukup dalam kedai tu, kedai sebelah ada lagik! 

Kat area kedai-kedai ni jugak ada gerai makanan. Aku beli capati 5 keping, kosong tanpa kuah. Kalau tengok depa masak capati tu, maybe ada yang tak lalu. Tapi, normallah...dah sedia gaya hidup depa. Janji jiwa nak blend dengan gaya local people iolls tercapai dan masih ok. So go on. Kalau tak berani cuba street food, it's ok. Kena gak pikir kesihatan...satgi tak pasal-pasal bermalam kat spital depa. Huhu...takdak reja!

Setel tour hari nih, Geng Kari pun balik hotel semula. Kami freshen up dan janji nak dinner 'together-gether' kat rooftop hotel nanti.

Sampai kat rooftop hotel, gelap macam pandangan Kassim Selamat. Kedekut betui, ada laa lampu satu dua yang menyala. Macam buat rancangan Romantika kat bumi Jaipur lak. Hehee...nasib view cun. Dinner berbumbungkan langit dan environment heritage. Ohsem!

Capati aku beli tadi setel.
Laku keras sebab semua lapaq except Kak Maya. Hehe..kak Maya dah tau tempat aku beli tu, kompem tak makanlah. The rest tak tau, licin depa kebaih. Geng Kari ok saja makan. So, oklah tu. Hehe...

Yang sadis sigaraganya, lauk tapau kat M.M.Khan Hotel tadi tengah hari lupa amik. Alaaaa...lauk sodap! Bukan rejeki. Tak apa. Kami pun orderlah apa yang nak. Aku tengok menu. Aku order 'plain noodle' & cold coffee. Noodle tu ingat ada la kicap atau apa-apa. Sampai-sampai memang 'plain' sungguh. Nasib baik ada perencah yang depa bawak, gaul dengan air panas. 
Dah order, tak baik membazir, licin jugak mangkuk tu. Hehee... ๐Ÿ˜‹
'Plain noodle'...plain sungguh ๐Ÿ˜‚

Kak Maya terpaksa menjelma jadi
cashier untuk dinner Geng Kari .

Habis dinner dan borak-borak, kami balik bilik masing-masing. Kena packing beg sebab besok pagi dah nak check out.
So, gud nite uolls! 


Kos hangus utk hari ke-8:
Jantar Mantar = Rs100 (student), Rs200 (biasa) 
Coke sebotol = Rs30
Lime sebotol = Rs60
Lunch @M.M Khan Hotel = Rs247
Amer Fort = Rs100
Sewa jeep = Rs90 seorang
Tips = Rs100
Saree = Rs 6800 (4 helai) 
Capati = Rs30 (5 keping)
Dinner @ Hotel Krishna = Rs200

*Tips : 
Yang mana ada Kad Pelajar, silalah bawak.
Iolls yang dah hampir 10 tahun abih study, still berguna. Erkk...๐Ÿ˜‡

To be continue...NH ๐Ÿ’ค