Total Pageviews

Saturday, March 25, 2017

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir (Part 11)

25 September 2016
Hari kesepuluh

Semakin menghampiri detik-detik terakhir kami di tanah Delhi ini, Geng Kari dibawa ronda rondi oleh tour guide sebelum dihantar ke airport. Kalau nak lepas rindu last minit camni heloklah intai-intai suasana sekeliling. Huhu...

Dalam meronda rondi, kami dapat melihat rumah Presiden India dan bangunan Parlimen India. Binaannya seperti dalam jangkaan aku, kompem la gojes. Depa memang superb dalam hasil binaan.

Jam 6 petang, kami tiba di airport antarabangsa, Terminal T3. Waktu boarding jam 8.40 malam nanti. Lama gak kan jarak masa menunggu?

Ngeee, sebenaqnya dah abeh tawaf dan tiba masa untuk kami chill di airport. Bolehlaa nak enjoy last moment dengan Geng Kari. Tak tahu sama ada kami boleh jumpa lagi atau tidak? ๐Ÿ˜ข

Security check untuk kali terakhir memang kenangan, abih semua kena godek. Kalu diimbas balik nak gelak pun ada, sama macam time nak keluaq dari Kashmir hari tu. Saboo ja laa...rules still rule!

Sementara nak boarding, kami solat dulu di Prayer Room. Jumpa geng makcik-makcik dari Keyel. Depa pun macam group India yang aku jumpa kat epot KLIA2. Nak masuk Kashmir, tapi terpaksa kensel last minit. Tetiba ghasa bangga + riak bagai. Hahaha..dak laa. Terpikir gak, rezeki walaupun ada tempat yang kami tak boleh pergi tapi Alhamdulillah rezeki untuk kembara ke sana masih ada. 
Kekadang yang sedikit dan kecil itulah yang terindah. Tak semua kita nak boleh dapat, sikit pun patut bersyukur. 

Jam 8.40 pm, kami dah boarding. 
เค…เคฒเคตिเคฆा।... Alvida Indiaaaa.....๐Ÿ˜

Kos hangus utk hari ke-10:
Aiskrim @ India Gate = Rs50
Lunch @ Karim Restaurant = Rs865
(Mutton briyani Rs370, Firdaus Qurma Rs350, 
Lemon ice Rs65 & Tax Rs80)
Aiskrim @ Nizarmuddin = Rs10
Gatorade @ epot = Rs40

26 September 2016
Hari kesebelas

Welcome to Malaysia!
Moment-moment terakhir kami wefie
 bersama selepas keluar dari flight
.

Hepi dah touchdown....yeayyy!

Jam 7.10 pagi
Alhamdulillah, kami selamat tiba di KLIA2.
Tamatlah Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir...10 hari 9 malam ๐Ÿ’‹

Banyak benda yang aku dapat dalam trip ini, pengalaman dan pengajaran dalam satu perjalanan.
Yang pasti India sebuah negara yang sangat unik dan membuat kita lebih faham erti bersyukur.
Apa yang kita dengar dan lihat sendiri juga lebih berharga dari cerita-cerita orang.

Last but not least, untuk sahabat Geng Kari.
Hampa memang sempoi...kita kenal hanya dalam whatsapps group dan menjadi akrab ketika trip Yindia. Muahhh! hehe...๐Ÿ˜š

Kita berjaya mengharungi waktu susah dan waktu senang bersama-sama. First time travel dalam crowd yang ramai, benarlah the more, the merrier.
InsyAllah diizinkanNya, kita gather balik dan mengembara lagi, lagi dan lagi! ๐Ÿ˜˜


Acah-acah posing, Acu dan Aryan si kepoci...๐Ÿ˜ฐ

Jam 2.40pm
Flight MH 1148, KLIA-PEN.
Sekali lagi, Alhamdulillah aku tiba di tanah tumpah, Penang.
Tak sabiaq laaa...nak balik ke rumahku, syurgaku. ๐Ÿ˜

Kos hangus utk hari ke-11:
Brekkie @quizzin = RM 5.80
Top up = RM 30.00
Bli tic train ke klia = RM2

No comments:

Post a Comment