Total Pageviews

Friday, December 9, 2016

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 5)


21 September 2016
Hari keenam

7.00 am - Breakfast terakhir di bumi Kashmir. Menu as usual lah. Janji kopi peberet aku sedia terhidang. Dalam sayu nak tinggalkan 'Paradise On The Earth' ni, semangat nak mengembara Golden Triangle iaitu Delhi-Agra-Jaipur mula berkobar-kobar.
Excited lain macam. Hahah!
Taj Mahal hang tunggu aku naaa....😘

Noora, Aku & Salim.
Labu & Labi kami selama 5 hari 4 malam.
Thanks sangat. Layanan torbaek!
7.45 am - Selepas adegan lambai-melambai & ucapan Good bye. Kami mula bergerak ke airport Srinagar. On the way ke airport, baru aku nampak suasana pekan depa. Penduduk Srinagar mula keluar berniaga. Mungkin keadaan semakin baik. Cuaca pagi tu pun fresh. Alhamdulillah.

Sewaktu nak masuk ke kawasan airport, kami melalui security check hampir 7 kali sebelum berjaya menaiki flight GoAir. 7 kali wokeh! Kau hado? Haha.
So, disarankan keluar awal dari tempat penginapan. At least 3 jam awal pun tak apa. Jangan nak berdrama sinetron bagai kalau dah lewat. Tata laa jawabnya. πŸ˜‚
Again, jangan lupa jugak follow tips yang aku bagi dalam entry Part 1. Mudahkan kerja depa, kita pun senang nak lepas.

Tapi security check yang second last paling teruk. Beg passenger tak kira kecik @ besar yang kita hand carry semua depa suruh kita keluarkan. Attoyai...time tu aku galas beg kecil dan sling bag.
Satu hal pulak packing balik. Huhu...redha sangat time tu.

So, nak tambah satu tips lagi,
Sila bawak beg kecil dan check in semua barang-barang yang remeh ke dalam flight.
Sekian.πŸ’¨

Sampai awal boleh lepak-lepak depan taman airport
11.45 am - Flight G8 198 berlepas.
12.45 am - Flight kami tiba agak awal rasanya di IGI Airport T3, Delhi.

Welcome to New Delhi!

Ketibaan kami disambut dengan paparan 36 πŸ’¦

Perkara pertama bila jejakkan kaki di airport, kami cari shuttle bus untuk ke Metro Station. Masa naik bas tu teragak-agak sikit. So tanya dekat orang sebelah, rasa yakin balik. Huhu.
Naik metro tu kami melalui route Delhi Autocity - Dhaula Kuan - Shivaji Stadium - New Delhi.
Syok jugak naik metro depa. Bersih. Itu first impression aku.

Line up untuk naik metro ke New Delhi 

Token Delhi Metro = INR 50
Sampai di New Delhi, bermulalah kembara kami. Jeng jeng..jeng!
Keluar saja dari station New Delhi tu, rasa semacam bau yang dah sedia maklum.
Bau hancing tak tau nak haaaaaabaq! Hahaha. Aku dari tak berniqab, teruih zrappp. Insof!
Kami tengok sesama sendiri lepas tu....berderai gelak. πŸ™Š Waktu tu kami redah sajalah. Jalan terus sebab nak check in hotel di area Paharganj.

Excited dengan suasana bising dan orang yang terlalu ramai ni buatkan aku sanggup redah jalan & galas beg yang berbelas kilo nih. Jauh jugaklah Paharganj ni. Nasib baik ada deretan kedai yang jual macam-macam jenis pakaian, seluar aladdin, kasut, dan hotel-hotel bajet pun banyak area nih.
Mata teruih membulat. Hahaha. πŸ‘€

Pahar Ganj ni sememangnya sangat terkenal dengan hotel-hotel bajet murah dan dikenali oleh golongan backpackers. Boleh dikatakan suasananya menunjukkan 'wajah dan kehidupan' orang India.
Jalan kecil yang sentiasa sibuk. Ramai penjaja tepi jalan. Makanan tempatan banyak di sepanjang jalan. Gerai-gerai menjual chai. Kedai gunting rambut. Even, Subway pun hado. πŸ˜†

Akhirnya, kami jumpa juga Hotel Heritage Home. Sampai saja teruih mintak password wiFi.
Aku share sebilik dengan Kak Maya. Bilik kami ohsem, nak masuk 5 orang pun muat rasanya. Sama macam nama hotel, herritage style. Kunci bilik pun guna mangga atau orang utagha sebut pedal ayam. Nalaa punya besaq. Lepas, segarkan badan. Kami plan nak carik nasik atau apa-apa makanan janji halalan toyyiban.
View bilik aku & Kak Maya, cun dak? Luaih baq hang...

Nice hotel, Hotel Heritage Home
Jalan sana sini. Sesat pulops. Perut berdendang sayang dah nih! Lastly cari masjid. Boleh tanya-tanyakan orang Muslim kat situ. Alhamdulillah, dimudahkanNya kami jumpa orang Indonesia yang stay kat sini.

Ikut arah yang dia tunjukkan, akhirnya kami jumpa satu gerai. Tak ada tulisan halal. Cuma ada lambang '786'. Tak salah aku, '786' tu menunjukkan perniagaan orang India Muslim.
So, bila kami sebut halal, penjual tu faham cuma dia tak faham bahasa omputeh.
Gerai yang hanya ada 2 meja kecil, tapi briyani chicken dia. Phewww....sedap baq hang!
Seriously, 10 hari mengembara dan makan banyak jenis briyani. Ini briyani yang paling sedap aku hadam. Hahaha. πŸ˜†
Briyani Chicken 1st try di gerai 786, Delhi.
Abaikan muka yang tanned tak hingat πŸ˜…

Geng gegel share 1 set briyani chicken portion besaq. Plain lunch. Waktu tu, pekerja gerai tu ambil segenggam bawang besar yang dah dihiris bulat nak letak dalam bekas pinggan kami. Aku tengok bekas dia amik tu pun erkkk. Kensel. Nasi briyani dengan ayam pun dah cukup. Janji sedap dia wow!

Lepas semua dah kenyang, kami hanya jalan-jalan tengok life depa. Feberet aku sebenaqnya, suka tengok gelagat kalau travel tempat orang. Suasana kat sini pula ramai dengan orang. Bunyi hon merata-rata. Kereta dengan motorsikal banyak tapi satu yang aku tengok, tak ada incident pun.
Nyaris nak langgar tapi tak ada pun yang gaduh-gaduh bagai. πŸ˜‚

On the way balik hotel, ak, Tirah & Zaha singgah kedai belakang hotel kami nak beli simcard plus ada internet sekali. Dapat 1 GB berharga INR 400.
Kat sini pun ada kenangan lawak, sebab Tirah saja yang bawa pasport. So kami gunakan pasport dia untuk daftar. Maybe foreigner. Kena pulak bagi gambar berukuran pasport. Pulak.
Lastly, tokey (maybe) kedai tu suruh Tirah berdiri berbelakangkan dinding yang penuh poster iklan tentang prepaid. Baik punya background. Hehe...

View gerai-gerai area Pahar Ganj

Malam tu, kami hanya relax dalam bilik. Update status kat FB dan upload semua gambar-gambar indah masa di Kashmir. Henpon aku pun buat hal, memory penuh. Selalu camtu kalau travel.
So jalan terbaik upload semua gambar dalam FB. Risau jugak kalau tetiba hilang semua.
Jangan buat hal la...nak ke Kashmir bukan semudah 1,2,3!

Tengah-tengah tidoq tu aku boleh lagik dengar bunyi hon kenderaan dari dalam bilik. Oittt...hampa tak tidoq ka? Hon non stop. Huhu...lepaih tu iolls pun tata. Hehe.

To be continue...NH πŸ’€













Tuesday, December 6, 2016

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 4)

20 September 2016
Hari kelima

Welcome to Naranag!

4.00 am - Macam biasa, kami bergerak keluar dari hotel seawal yang boleh.
Destinasi seterusnya, Naranag. Kami menginap di rumah local people hampir seharian.
Otw ke Naranag bagaikan satu perjalanan yang berbeza. Jalan masih berbukit dan berbengkang bengkok. Jalan juga semakin mengecil dan bentuk rumah-rumah penduduk juga berbeza.

Bentuk rumah di Naranag
(View dari bilik tingkat atas guesthouse kami)

Susah untuk aku membezakan antara rumah orang kaya dengan rumah orang biasa sebab semua rumah cantik-cantik belaka. Tersusun rapi. Selain padi, tanaman paling banyak adalah tanaman jagung. Feberet ni...kecik kemetot pulak tu. Hehe...

Tiba awal di guesthouse, tuan rumah mula sediakan roti dan chai untuk sarapan pagi kami.
Chai di sini kureng sikit...sebabnya bau susu sangat kuat. Fresh milk without sugar hokeh!
Part besh bila kami dapat tengok cara depa membakar roti dan memasak chai secara tradisional.
Pakat-pakat pulun semua nak buatkan doh jadi roti. At last, failed. Haha...amek ko!

Lepaking sama-sama masa breakfast

Anak-anak tuan tanah kedaung..segak-segak depa.
Tak kecuali jugak orang Malaysia dalam pic nih! kihkihkih!
Ikan trout weh...fresh nih.
Hidup dalam air sejuk, bersih & tinggi kandungan oksigen.

Selepas sarapan, kami sekali lagi menjelma sebagai ponny rider. Aku mula terbayangkan kekebasan punggung kelmarin. Hahah...Kali ini, kami menyelusuri sungai-sungai, rumah-rumah orang kampung, Gypsy Village, dan sebuah kuil yang didedikasikan untuk Lord Shiva.

Tak ingat pulak berapa jam kami trekking dengan ponny. Tapi kali ni aku banyak berjalan. Sebab tengok ponny aku tu cam semput. Kecian pulops. Nampak dak ciri-ciri kemanusiaan Neelopak. πŸ˜…

Di pertengahan trekking, kami stop dekat area Gypsy Village. Ada 2, 3 khemah mungkin sebuah khemah untuk satu keluarga.

Difahamkan, depa ni hidup berpindah randah a.k.a hidup nomad. Pada musim sejuk depa akan membawa haiwan ternakan masing-masing ke bawah lembah untuk melindungi diri daripada cuaca sejuk melampau.
Pada musim panas pula depa akan berpindah semula ke kawasan lembah pergunungan tinggi.
So, anak-anak depa memang tidak berpeluang untuk ke sekolah.
Di sinilah tempat tinggal sementara depa. 
Masa kami berehat dekat dengan khemah depa, ada beberapa kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mai dekat.
"Didi...didi..." sorang budak perempuan tu mula memanggil.
Bukan sebab nama aku Didi.
Tapi Didi bermaksud, kakak. Hehe...

Aku seluk poket nak laa bagi sikit coklat Clorets. Tetiba zrappp...dah serupa jebon depa rembat. Huhu..Tanjat gegel. 😯 Muka comel-comel belaka. Tapi, mak aii ganaih.
'Keep calm' itu tagline untuk situasi macam ni. Faham-faham sajalah. Jangan dok pi marah depa pulops! πŸ™…
Jauh di sudut hati sebenarnya agak kesian sebab budak-budak ni hidup macam ni. Tak ada pendidikan formal. Tapi, itulah budaya yang depa amalkan sejak turun-temurun.
Semoga mereka sentiasa hidup dalam lindungan dan rahmatNya. Aaminnn.

Ponny trekking di Naranag bermula πŸ˜„

Bersama kanak-kanak di Gypsy Village
...depa ni la yang zrappp Clorets iolss! Hahah!

Selepas rehat dan posing crettt sana sini. Kami trekking semula sehingga ada sebuah jambatan kecil. Sekali lagi, rest. Kematu bambam cheq. Ngeee... πŸ˜‚

Geng boboi mula buat aksi 80PL (bukan tontonan awam). ⚠
Depa excited nak mandi sungai. Sungai tu pulak sejuk takat beku. Orang utagha sebut, sejuk gedi.

Tak lama lepas tu, kami balik semula ke guesthouse. Sempat singgah di sebuah restoran untuk lunch.
Masakan kat sini sedap sangat. Dua pinggan nasi setel. Aku tak ingat nama restoran tu, tapi yang aku ingat mungkin ada bunyi mountain view. Sebabnya, restoran tu tertutup. Apa yang mountain view pun tak tau. View dinding ada laa. Kihkihkih 😁.

4.00 pm - Kami melawat kebun epal. Kenangan pahit manis maharaja lawak bermula di sini. Nak menapak mendaki kebun tu satu hal. Muka owner ladang tu cengey oittt. Aku tahan nak gelak. Dia perati gelagat kami semua, memasing zibi posing dengan buah epal dia. Buah epal paling sedap jenis Golden Epal. Crunchy! Hehe...πŸ˜†

Time aku nak tunjuk skill panjat pokok epal, tetiba ada anak lembu naik hangin.
Rasa macam dia nak main-main. Tapi, mainan dia nak menyondol. Bahaya nih!
Geng Kari semua dah larik tak ketahuan. Aku maintain ataih pokok. Menyenget jugak! Naseb baik ada Salim  (very daa talented kan?)

Kejadian Geng Kari di'attack' anak lembu...
Aku & Ibnor dah sedia tersangkut atas pokok! Huhu!
Lepas kena kejaq dengan anak lembu, kebetulan jugak time tu azan Asar, lagik laa owner kebun tu tak bagi stay kat kebun dia. Garang nau laa. Rasa macam nak p tarik janggut dia! Hehe..ok, gurau!
So, kami turun balik ke guesthouse.
Then, tengah relax lepaking dan sembang-sembang tetiba anak lembu tadi sekali lagi buat hal.
Hahah...seyes tak paham. Geng Kari semua lari tak ketahuan. APTB! πŸ˜†

Irrfan Helok sedang membakar jagung untuk makan petang.

Sebelum peristiwa dikejaq anak lembu untuk kedua kalinya.
Kembali ke guesthouse, dapat sebuah bilik berehat untuk geng gegel & sebuah bilik untuk geng boboi. Yeayyy, landing time. Cuaca sejuk dari pagi sampai ke petang. Nyaman gilos kat sini. As usual, Nanna Hideanna kalau tak buat peta. Tak sah. Titoq la sat!

6.30 pm - Irrfan roger yang kami dah boleh balik ke houseboat semula.
Sebenaqnya jalan kembali ke houseboat kami ada curfew. Kemungkinan lewat malam baru boleh lalu. Alhamdulillah, bila dapat tahu yang kami dah boleh caloo betey awal!

7.10 pm - Menempuh jalan untuk kembali ke houseboat sangat mencabar. Makin kecik pulak jalan nak balik ni. Mencabar bukan hanya sebab melalui jalan yang curam dan tebing tinggi. Tapi, kereta geng boboi nyaris dilempar batu.

Waktu tu jalan dah mulai gelap, nampak beberapa orang lelaki yang berdiri di tepi jalan dan tangan memegang batu sebesar tapak tangan. Aku pun tak faham. Apa laa masalah depa.
So, time kritikal macam ini lah travel insurans sangat penting.
Apa-apa jadi, taklah kita susahkan family nun jauh di sana. Sayangilah keluarga anda. πŸ˜‹

8.30 pm - Syukur, malam tu kami selamat kembali ke houseboat. Lupakan kes baling batu tadi. Kalau tak, spoil mood nak travel. 5 hari lagi nak travel ni. Sampai saja, puyut bergendang dangdut. πŸ˜…
Nasib ada Noora yang sudi sediakan dinner. Noora ni chef hotel. Buat partime kat houseboat sebab curfew. Tourist takdopsss.

Ruang tamu untuk Geng Kari berkumpul selama 5 hari.

Malam terakhir di houseboat opsss bukan di houseboat saja tapi juga di Kashmir, kami mula packing beg memasing. Rasa sayu pulak nak tinggal tempat tenang macam ni.
Pernah aku baca blog trip ke Kashmir. Blogger tu bagitahu yang dia tak suka duduk di houseboat sebab perlu naik shikara untuk ke sana ke sini.
Tapi bagi aku, inilah istimewanya Kashmir. Tinggal di dalam houseboat, suasana yang jarang dialami.
Tak rugi lagik menyesal kalau tak cuba stay, at least 1 malam pun tak apa.

Besok, flight pulang ke Delhi pagi. Huhu...mood sayu pulak nak tinggal katil empuk 4 tiang tu, sampan panjang, view gunung ohsem, Dal Lake dan banyak lagi la...πŸ˜‚
So, enjoy last night puas-puas kat houseboat ni. Lepas ni dah tak ada orang sediakan makan minum dan bawa travel. Kena indipendent workeh, hwaitting!

Amazing race untuk trip di Delhi-Agra-Jaipur bakal tiba!

Kos hangus hari ke-5
i) Caj Ponny Riding : INR 600
ii) Tips tuan umah : INR 300
Total = INR 900

To be continue...πŸ’€ NH












Monday, December 5, 2016

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 3)

19 September 2016
Hari keempat

4.00am - Kami siap awal pagi dan breakfast awal. Semua bersemangat waja untuk 'menyerang' Sonamarg. Agak ralat sebab curfew ni, kami tak dapat masuk ke Gulmarg dan Pahalgam. Semua jalan ke sana ditutup. Kita hanya merancang, DIA menentu segalanya. Ini yang terbaik.
So, think positive dan redha. 😍

Jam 4.15 am kami sudah menaiki kereta menuju ke Sonamarg. Kami bergerak dengan 2 buah kereta mpv dan seperti biasa jalan yang gelap gulita menjadi hak milik total driver tu. Berapa km/j laa driver tu bawa. Mengantuk? Tak ada dalam kamus sebab ada background music yang rancak driver tu bukak. Aku, kak Maya, Fati dan Tirah diam dan hanya bercakap bila nampak perkara yang menarik. Suasana awal pagi ini memang berbeza.
Jalan berliku-liku, waktu tu jugak kami selisih dengan pengembala kambing biri-biri.
First time, aku tengok kambing biri-biri yang beratus-ratus dengan hanya dengan dua orang pengembala.

Hampir sejam meredah jalan, kami berhenti untuk minum chai. Rasanya ini R&R untuk ke Sonamarg. Kalau tidak salah kedai ini bernama 'Delhi Darbar Dhara'. Jalan ini juga menuju ke Ladakh. InsyAllah diizinkanNya nak jugak ke Ladakh.
Hanya ada satu kedai makan, toilet dan kedai cenderahati a.k.a cedera mata tengok barang-barang kat sini. Semua barang ada dijual, agak murah, boleh tawar-menawar.
Di sini, aku sukses sambaq satu baju sejuk daripada wool, satu scarve atau mafla, dompet kulit dan table runner.
Opsss...terlebey shopping sudaaa! πŸ˜†

Selfie sekeping dengan salesman encem nih πŸ˜‹
Kami meneruskan perjalanan, hampir sejam kemudian kami tiba di Sindh Guesthouse & Restaurant.
Oleh kerana kami tiba awal, kami sempat berjalan-jalan melihat kawasan yang bergunung-ganang, dengan sungai deras dan cuaca yang sangat sejuk.

Kami ditemani Salim untuk mendaki bukit kecil dan melalui air sungai yang sangat deras. Sedang dalam perjalanan, kami berselisih dengan beberapa orang wanita memikul kayu yang digunakan untuk memasak. Kagum sebab depa mampu mendaki bukit yang tinggi dan ulang alik beberapa kali dalam sehari.

Nampak dak ayaq sungai tu...sejuk tahap gaban. 
 Welcome to Sonamarg!

Seterusnya, kami berhenti di signboard Welcome to Sonamarg dan berjalan hingga ke arah bukit. Di situ kami mula menaiki ponny. Waktu kami di sini, oleh kerana curfew memang tiada pelancong dan hanya kami 9 orang sahaja yang huha.

One more thing...aku nak share tentang sebutan Sonamarg yang betoi. Selalu orang kita sebut Sonamarg dengan sebutan 'Sonamaq'.
Opsss...pelisss ya, sebutan yang betoi adalah 'So-na-ma-ghek' = Sonamarg.
Sama jugak dengan Gulmarg, sebutan sebenaqnya adalah 'Gul-ma-ghek' = Gulmarg.
Just for sharing πŸ‘€



Tengok pic nih...dah jadi windu balik dengan view ohsem nih!

Sorang satu dapat ponny masing-masing. Aku dapat ponny yang somey banget! Paling penting, ponny tu punya peel sejibik dengan aku...malas bergerak. Asyik berhenti minum, mengulat memanjang. Sampai tertidoq ataih ponny tu. Nasib tak jatuh...Geng lain dah jauh kehadapan. Ponny aku dengan Tirah saja yang teeettt...hehe.
Sabor sajalah. 😌

Pengalaman yang tak dapat dibeli, bukan semata-mata menunggang ponny. Tapi, trekking menuju ke Thajiwas Glacier selama 3 jam itu sangat bermakna. (Pergi & balik hampir 6 jam) Kepada yang bimbang nak menunggang ponny, jangan risau sebab sepanjang trekking ada orang akan mengiring sepanjang perjalanan.

Diiringi pemandangan gunung yang spektakular dan tak terungkap. Istimewanya, pengambaran Bajrangi Bhaijan dilakukan di sini. Scene Murni didukung oleh Salman Khan. Ohsem tak? HaHa...

Geng Kari jadi Geng Ponny....burrr Rani burrr!
Bermulanya ponny trekking ke Thajiwas Glacier. 
(Belakang tu hotel yang kami stay 1 malam)
Titik tamat setelah 3 jam ponny trekking...yeayyy!

Setelah tiba di kawasan yang lapang, ada sebuah base camp. Kami berhenti untuk lunch, order chai dan megi goreng. Seyes, megi goreng dia sedap ya amat! Tak tau sebab lapar atau memang betoi sedap. Tapi rasa macam nak order sepinggan lagik. Aci dak? 😁
Base camp ini berada di tengah antara gunung-ganang. Di sini, sekeliling kami adalah kawasan pergunungan. Puncak gunung masih diseliputi salji walaupun musim kami travel ini bukan winter time. Rejeki, Alhamdulillah!
Angin pula sepoi-sepoi. Dalam duk rest lepak layan view, lalu segerombolan kambing biri-biri. Excited sekali lagi. Berduyun-duyun turun dari pergunungan...comey laa 😍

Menunggang ponny selama hampir 6 jam, azab jugak sebab habis kebas punggung eden. Tapi muka kena maintain. Hehe..hashtag redha jangan lupa ok!

Seketul salji 😍

Sekumpulan kambing biri-biri...
kalau akulah si pengembara tu confirm hilang semua.
 πŸ˜Œ

Lepaking dalam base camp, disaji pula dengan
 megi goreng & chai panaih-panaih...πŸ˜„


Kos ponny trekking = INR 800
Kos megi goreng = INR 50
Kos chai = INR 30
Kos nescafe = INR 30
Tips Ponny = INR 200 

Setelah fenat menjadi ponny rider selama 6 jam, kami menginap semalam di Hotel Sonamarg Glacier.
Besh tentang hotel ni adalah ianya bertentangan dengan Thajiwas Glacier.
Buka tingkat hotel saja, phewwww! πŸ’¦
Lewat petang, geng gegel turun tengok Irrfan, Zul dan Qayyum memancing di belakang hotel.
Aku cuba masukkan kaki dalam sungai tu.
Taktau berapa suhu sejuk dia. Lagik lama boleh cramp kaki Neelopak. Huhu.

Lepas tu, kami berjalan keluar minum petang di sebuah gerai kecil bersebelahan dengan hotel kami menginap. Chai dia dah laa murah...masyAllah..sedap! Terkenang sampai sekarang.
9 cawan chai hanya berharga INR100. Cer bahagi sat, secheweennn berapa? Ngeee...murah shangat!

Tidoq semalam di Hotel Sonamarg Glacier


View belakang hotel 
Muka hepi tunggu chai shedappp! πŸ˜‹


To be continue...πŸ’€ NH

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 2)

18 September 2016
Hari Ketiga

5.30am - Kami mula bersarapan awal pagi. Ingat kalau travel dapat tidoq sampai matahari terpacak?
Jangan sesekali harap macam tu. Hehe...menu masih serupa. Breakfast omputeh.
Yang masih ingat hingga sekarang adalah tentang air kopi panas depa. Oleh sebab ada dua atau tiga jenis kopi, semuanya aku cuba. Dan ada satu air kopi rasa dan baunya macam kambing.
Seyes, tak tipu. Huhu...
Nasib ada air kopi yang lain, so sebagai peminum kopi tegar of course laa wajibul minum kopi lain.
Minum kopi panas dalam cuaca yang sejuk huhu ni tentulah ohsem.
Rugi kalau tak cuba πŸ˜…

Sebenaqnya, tujuan asal bangun awal pagi ni adalah sebab kami perlu ke Sonamarg dan bermalam semalam di sana. Tapi takdirNya, plan kami tidak berjaya sebab ada curfew. So, kami terpaksa berpatah balik ke houseboat. Demi keselamatan dan driver-driver kami pun tak nak amek risiko.

Makanya, Mughal Garden, menjadi tempat pertama yang kami lawati setelah plan ke Sonamarg ditunda untuk esok .Macam biasa nak ke luar dari houseboat perlu naik shikara. Dan dari tempat kami ke Mughal Garden taklah jauh.
Seperti biasa, driver F1 mula beraksi. Kami melalui satu security check, turun dari kereta dan perlu berjalan kaki untuk discan body.
Kemudian, masuk semula ke dalam kereta untuk ke Mughal Garden.

Security check ada dimana-mana...enjoy saja!

Mughal Garden adalah sebuah taman bunga yang dibina oleh Maharaja Mughal dengan gaya senibina Islam. Pelbagai jenis tumbuhan bunga, pokok dan air pancut ada, Kalau di Penang, ianya sama seperti Botanical Garden. Bayaran masuk yang dikenakan adalah INR10.
Bagi aku, Maharaja Mughal ini tentulah seorang penggemar taman bunga.

Posing sado di Mughal Garden...πŸ’ž

Seterusnya, kami bergerak ke Pari Mahal atau "House of Faries".
Jarak antara Pari Mahal dan Mughal Garden tidaklah jauh. Bagi aku, kunjungan ke Pari Mahal lebih mahal atau berbaloi. Bukannya apa, Pari Mahal lebih menarik dengan view dan mempunyai 7 tingkat bangunannya.
Kami juga boleh melihat pemandangan hampir keseluruhan Srinagar dan Dal Lake jika berada di atas bukit di Pari Mahal ini.
Di sini kami mencuba pakaian tradisional, caj yang dikenakan untuk sekeping gambar dan pakaian adalah INR300.
Memori yang tak boleh dilupakan kat sini berlangsungnya video klip tak ketahuan kami.
Mohon jangan ditanya macam mana video klip tu...bukan untuk tatapan umum. Waaaaa! πŸ’ƒ

PARI MAHAL : Untuk tatapan anak cucu cicit..  😎

Nota Sejarah: 
Pari Mahal dahulunya adalah tempat biara Budha. Dimusnahkan dan dibina semula oleh Putera sulung Shah Jahan iaitu Dara Shikoh menjadi tempat pembelajaran astronomi dan astrologi. Di sini juga dikatakan menjadi tempat sebenar Dara Shikoh dibunuh oleh adik bongsunya, Putera Aurangazeb kerana ingin merampas tahta pemerintahan Mughal. 

Model original orang Kashmiri dengan view bandar Srinagar dan Dal Lake  
(PARI MAHAL)
Seterusnya, kami bergerak ke kuil untuk orang Hindu. Tak ingat pulak nama kuil ni. Dah try Google tapi tak dapat. Yang pasti di sini tidak dibenarkan sebarang rakaman atau kamera. Pernah dibom. Kawalan sekuriti juga sangat ketat dan dikawal pihak polis. Tapi, seperti Pari Mahal di sini kami boleh melihat view Srinagar dan Dal Lake yang luas.

TIPS :
Hanya yang berjiwa besar dan kuat fizikal dan mental sahaja digalakkan ke sini. 
Kalau tidak salah hampir 600 anak tangga yang perlu anda daki untuk sampai ke kuil ini.
Tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya sampai ke puncak. 

Akhir sekali, kami ke Handicraft emporium. Bahasa mudahnya, kedai kraf tangan atau kedai cenderahati. Mula sampai saja, dah terbayang duit yang akan melayang. Abess laaa.
Mohon bertabah untuk kaki shopping.
Di sini ada dijual pelbagai jenis shawl iaitu pashmina pelbagai jenis kualiti. Ada yang dari jenis bulu (wool), benang (yarn) dan paling mahal dan berkualiti adalah "shahtoosh" a.k.a "ring shawl" kerana kelembutan dan kehangatan kainmya.

Harga sehelai pashmina juga sesuai dengan kualiti tingginya. Kalau sebut pashmina sinonim dengan Kashmir. So, harga beratus ringgit untuk sehelai adalah logik. Jangan buat tanjat-tanjat pulops kat situ,
Apa-apa pun, kat sini aku enjoy tengok pashmina ori sebab tak beli, dapat minum teh dan dapat update status kat FB.
Hehe...

Handicraft Emporium...semua pulun tengok pashmina.
Setelah hampir setengah hari di darat, kami pulang semula ke houseboat untuk lunch. (serupa ikan duyung lak tetiba!) Lepas lunch, kenyang relax sat.

Petang sikit, kami buat sightseeing.
Ronda-ronda naik sampan kecik tapi panjang nak tengok floating market depa.
Driver kami tak lain tak bukan, Salim. Hehe...dia ni very da multitalented, multipurpose pun ada.
Suasana sunyi saja petang ni. Time tu, aku, Fati, Tirah & Zaha sahaja.
Yang lain relax nak lepak kat houseboat.

Mula-mula masuk area floating tu nampak deretan kedai-kedai. Kedai runcit, kedai makan, kedai pakaian kulit macam jaket, kedai kain, guesthouse & motel pun ada.
Kami try masuk kedai jaket kulit tu, cantik-cantik dan harga pun cantik. Ada yang berkualiti tinggi dan rendah. Tak pasti kulit asli atau tak.
Aku dah berkenan jaket warna purple dan coklat. Tapi huhu...harga boleh tahan.
Ada yang berharga hingga INR 800- INR 4000.
So, simpan dalam hati buat kenangan saja la. 😚

Lepas syok try & error baju tadi. Kami just pusing area depan houseboat kami. At least boleh ambil view gunung-gunung waktu petang nih.
Salim pula buat pusingan 360 darjah. Excited dan nak tergelak pun ada sebab sampan kami nyaris-nyaris nak terbalik.
Aku pulak fobia bila dok tengah-tengah Dal Lake ni. Aku terus cari houseboat kami. In case...hehe.
Jangan sampai Pandalela Rinong tercengang tengok aku berenang sudah! πŸ˜‚

Pakcik merempit dengan sampan...
sampan ni laa Salim bawak kami sightseeing.
Kelas gitew πŸ˜‹

Malam tu kami dinner berjemaah. Dinner 9 orang memang riuh. Menu pulak bukan calang-calang.
Nasi briyani dan ayam. Pertambahan kolestrol tak usah ditanyalah. Iolls redha ✌

❤ Dinner berjemaah + menu ohsem ❤
(Ruang makan dalam houseboat)


Malam ini kami semua masuk tidur awal. Kami perlu bangun awal untuk breakfast dan bergerak cepat jam 4.00 am demi mengelak dari terlibat dengan curfew. So, good night! 

To be continue....πŸ’€ NH


Sunday, December 4, 2016

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 1)


16 September 2016
Hari Pertama.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

3 tahun bercuti pannnnnjang (nampak tak panjang dia tu?) dalam bidang blogging. Hopefully akan ada penamat untuk blog kembara kali ini. Bukan calang-calang kembara, sebab my golden dream come true gitew. So wajibul pulun laa kan. Ok, dengan langkah sejuta excited. Bermulanya sebuah kembara...

Jam 2.10 pm, flight pertama dari Penang ke KLIA2. Masa beli tiket AirAsia tu agak nervous sebab risau kalau delay. Plus, flight ke Delhi jam 7.00 pm. Kalau delay kompem amazing race sesorang.
Alhamdulillah jam 3.10 pm sampai KLIA2, terus contact Kak Maya. Last kami travel together-gether bulan MEI lepas ke Siem Reap. Hat tu trip gamble. Jiwa kacau bagai. InsyAllah ada rezeki, aku story.

Kak Maya fly dari Kedah ke KLIA naik MAS gitew. Hehe...cheq hanya mampu sambaq AA. Tapi balik sat gi, eksyen sikit...balik dengan MAS. Ngeee...Ok, balik bab asal, kami janji nak jumpa kat KLIA2. Ada lagi 6 orang geng lagi yang tunggu dekat Quizinn, food court kat KLIA2 tu.

Sebenaqnya, ini first time nak jumpa "family baru" untuk 10 hari. Hanya 2 orang yang aku dan Kak Maya pernah jumpa. First, Zaha jumpa masa aku dan Kak Maya overnight kat KLIA2 untuk trip Siem Reap bulan Mei arituh. Jumpa pun sebab nak kenai-kenai, kira still dok recruit geng untuk trip Yindia nih. Yang kedua, jumpa Fatihah a.k.a Fati dekat my hometown Penang. Fati mai melawat adik dia. So, alang-alang dah mai, gather laa sekali. At least, dapat eratkan ukhwah. πŸ˜‰

4 orang geng lagi iaitu Athirah, Ibnor, Qayyum & Zul. (wajib mention nama). Perasaan masa mula-mula jumpa tu muka semua poyo-poyo saja. Haa laa, baru jumpa. Hehe...tapi lama-lama orait dan boleh "in". Lepas masing-masing check in & lepas immigration, tetiba ada orang panggil nama, Nanna...Nanna...pusing la tengok, eh ada sorang lelaki. Dalam hati, mat indon mana panggil.
Dia tanya, Nanna kan? Aku pun jawab ya. (takkan Neelofa pulops...hihihi) Saya Jack.
Aku paling tengok kak Maya...haaa baru teringat ada sorang geng lagi. Tertinggai kapai laa dia ni. Sebab masa kami gather tadi dia takdak. So, Alhamdulillah cukup 9 orang dah.

Jam 7.00 pm, flight D7 182 dari KLIA2 ke Indira Gandhi International (T3). Kami tiba di airport Delhi pada jam 10.00pm waktu tempatan sebab beza masa kita dengan Delhi adalah waktu Malaysia lambat 2 jam. So, 5 jam jugak dalam flight tu.

Syukur alhamdulillah, jejak saja kat airport tu feeling lain macam. Tak percaya sampai sini. Poyo kan..cubit sikitπŸ˜†! Hehe...Plus, sambil jalan ke immigration, ada background music lagu-lagu yindiaa. Lagik laa feeling. Turun dari escalator ke kaunter nak cop paspot nampak dah patung simbol tangan-tangan atas kaunter immigration. Kalau baca blog travel ke yindia, mesti ada pic patung tangan tu.
Kalau tak salah itu simbol Yoga, salah satu Buddhist art.

Masa turn cop paspot tu, pegawai immigration tu tanya "Why Srinagar?" Aku jawab "Just for a holiday". Pastu dia cakap "Danger, you better don't go." Adeh...hat ni la yang menghantui sebulan yang lalu. Aku pun replied "It's ok, we have hired tour" Ntah betoi omputeh aku tu, belasah saja laa.
Dia senyum dan cop. Ish, bagi cheq nebes saja. Anyway, tenkiu makcik immigration. Muka ketat tapi ramah. Halangan pertama sukses! Yeaaay!

Time tu teringat kisah kat airport KLIA2, masa line up untuk check in luggage, ada satu group Indian family, rasa dalam 12 orang. Depa semua terkezut habaq nak masuk Kashmir. (Info : Kashmir dan Srinagar adalah sama) Sebabnya, depa dah cancelled trip ke sana dan tukaq ke Shimla & Manali.
Kes curfew (perintah berkurung) & rusuhan ni lah yang masalah problema bila kita bagitau nak p Kashmir. So, mental & fizikal kena kuat. Plan B pun dah ada if apa-apa yang jadi masa kat sana nanti, kami akan buat trip ke Ladakh atau stay dekat Pahalgam saja.

Lepas saja immigration, kami keluaq carik kaunter shuttle bas untuk ke Terminal 1D. Untuk info, Delhi airport ni ada 3 terminal, so kena pastikan kita tahu flight apa & terminal apa.
Untuk Terminal 1D (Domestic terminal), hanya ada IndiGo, Spicejet dan GoAir.
Kami overnight dalam airport saja sementara menunggu flight pagi ke Srinagar. Boleh laa jimat sikit untuk sehari ni.
Kami menaiki pesawat tambang murah India iaitu GoAir pada jam 5.45 am. Beshnya GoAir ni, free 15kg untuk luggage. Sementara tu, dalam airport Terminal 1D ni kita boleh saja jenjalan tapi make sure bawa passport sebab askar kat mana-mana ada. Lepak caj henpon, minum-minum, nak solat pun ada prayer room. Semua kemudahan ada so tak la cuak atau boring tunggu esok menjelang. So chill untuk first day.
Sila cari kaunter untuk naik free shuttle bas. 

17 September 2016 
Hari Kedua.

Untuk menaiki GoAir, kami kena menaiki bas untuk ke kapal terbang depa. Walaupun flight jam 5.45 am, better standby stay dekat dengan kaunter sebab kami kena naik bas untuk ke kapal terbang. Gate pun bukak awai. Takut miss flight nanti. Flight ke Srinagar mengambil masa selama 1 jam 20 minit.
Tapi sebelum tu, kena line up dia kaunter GoAir untuk dapatkan boarding pass. Dan pengalaman pertama melalui security check depa. Ketat. Satu pujian, depa sediakan security check box untuk golongan wanita. Tak laa segan...Thumbs up! Check satu body tu normal, iPad, dslr, kamera, apa saja dalam beg dan poket akan disemak dan ditanya.

Tips :
i) Kosongkan poket kalau memakai seluaq.
ii)Bagitau saja apa dalam beg & sentiasa on gajet untuk mudahkan depa check.
iii)Muka jangan tunjuk nebes walaupun dalam hati rasa macam baru pi rompak bank. Ngeee....

Boading Pass & Buku Merah jangan lupa bawak!

Masuk saja dalam flight G8 190, tak nampak apa melainkan gelap gulita. Kroh mati tak hingat duniya. Ngeee...letih tak tidoq semalaman. Hampir sejam terlelap, sedar-sedar teruih touch up muka sememeh ni. Tetiba uncle sebelah sapa, "Where are you coming from?". Macam biasa, tagline 'Be friendly' dengan local people tak rugi.
"I'm from Malaysia". 
"Holiday?" sopan saja dia tanya.
"Yes, i'm travel with my friends" aku senyum. Boleh tahan segak uncle ni. Ala-ala Dato K. Hehe...
Sembang-sembang sikit, sambil dia tunjuk view dekat bawak tu. Cantik! Dari tingkap flight boleh nampak dah. Hati mula berbunga pelangi bagai. Hepi.
Kami stop bersembang sebab nak landing dan last sembang tu, dia jemput ke rumah dia. Tak ingat pulak nama tempat dia. Nama dia bagitau awal conversation tadi pun lupa jugak. Hahah... Al-maklong laa. Excited dengan view ohsem kat bawah tu. Banjaran Himalayan yang tersergam memukau pandangan pun hoo hem jii.

Welcome to Srinagar! πŸ’˜

Alhamdulillah sekali lagi, sukses jejakkan kaki di bumi Kashmir. Senyum meleret-leret toksah tanya.
Masing-masing tunggu turn nak ambil beg. Kami bagi laluan local people ambil dulu sebab tengok depa kalut. Tak lama rasa semacam, sunyi. Baru perasan, keadaan airport tu kosong. Lastly, tinggal kami 9 orang, pegawai airport dan ada beberapa askar.
Saspen sat. Pastu sorang lelaki tanya,
"Where is your tour guide?"
Kami bagitau "outside". 
"Why outside?" nada suara dia time tu kuat. Sesapa nak bayangkan pakcik dalam filem tamil marah.
Sila laa. Lebih kurang sama tinggi pitching dia. Huhu. Kekwat tui.

Tak lama dia nampak cool dan bagi satu kertas, wajib isi maklumat semua geng dengan no paspot.
Lepas isi dan bawak barang masing-masing kami jenguk-jenguk jugak mana tour guide kami ni.
Dengan area arrival tu sunyi dan kosong, seyes time tu aku feeling dok kat Palestin. Huu...anjakan paradigma shangat.

Lengang..πŸ˜‚
Sebelum kejadian semua 'ghaib' πŸ’†
Kami decide untuk keluar dari area arrival, lelaki tadi yang cakap kuat tu rupanya pegawai airport. Relax saja tanpa uniform. Hanya berT-shirt. Dia tanya lagi pasal tour guide. Maybe bimbang sebab keadaan curfew sekarang.
Alhamdulillah, dia sudi bantu dengan call tour guide kami, Irrfan.
Kashmir ni dah hampir sebulan talian telefon disekat. So, kalau kita ada fon pun, sukar nak contact.
Habis saja call, dia cakap Irrfan ada kat luar. Lega banyak bila dapat tau Irrfan ada sini.
Part tak boleh lupa, pegawai 'baik hati' tu tanya ada sweet @ cokelat tak?
Tak pasti tapi orang Kashmir ni memang suka dengan buah tangan atau ole-ole dari Malaysia especially cokelat.

Keluar saja dari airport nampak seorang lelaki, memperkenalkan dirinya Irrfan, tour guide kami.
First impression, helok. Haha..curik ayat kak Maya sat.
Dia mai dengan 2 buah mpv. Kami berpecah kepada dua group.
Setiap satu mpv, kami campur-campur lelaki dan perempuan. Just in case if anything happen.
Sentiasa alert sebab keadaan sana yang paham-paham la. Darurat,

Aku, Zul, Qayyum, Jack, Irrfan dan driver satu kereta.
Kak Maya, Fati, Tirah, Ibnor, Zaha dan driver satu kereta.
Masuk saja dalam kereta tu, berdesup pakcik driver tu bawak. Macam tak kasi chan nak layan view pagi. Kiranya driver F1 Kashmir ni.
Kedai-kedai banyak yang tutup. Ada jugak penduduk yang keluar.
Masuk area pekan kecil mula nampak askar-askar India dengan senjata.
Dawai gulung-gulung besar atas jalan merata-rata. (pernah tengok dawai gulung tu dalam berita TV saja, kali nih real) .Ada juga yang diletakkan dekat simpang jalan, pintu kedai dan pintu masuk bangunan kerajaan dan bank.

Aku hanya tengok dan amati suasana tu sebab peluang rare macam ni jarang dirasai.
Ini bukanlah hiburan atau perkara lucu tapi ada satu rasa yang hanya jiwa dan minda bagi sesiapa yang alami akan faham.

Tak lama dalam mpv tu kami sampai di Dal Lake, tempat yang kami akan mnginap selama 5 hari.
Kami menaiki shikara iaitu gelaran bagi sampan besar. So, selama di sini shikara adalah pengangkutan air yang digunakan sama ada dari darat ke houseboat atau dari houseboat ke darat.
Sebuah shikara boleh memuatkan 5 atau 6 orang termasuk pendayung shikara.

Nota:
Terdapat dua tasik di Srinagar iaitu Dal Lake dan Nigeen Lake.
Dal Lake paling luas, lebih dekat untuk ke mana-mana dan dikenali sebagai "Srinagar Jewel"

Langkah pertama untuk menjejakkan kaki ke houseboat.
 
Geng Kari posing ataih shikara...πŸ˜ƒ

Menaiki shikara untuk pertama kalinya, excited sebab dalam shikara tu boleh nampak view 360 darjah. Mata melilau tengok. Jenguk ke dalam air tasik tu lagi excited sebab jernih hinggakan boleh nampak tumbuh-tumbuhan dalam air tasik.

Kami tiba di Al Zira Houseboat, dari pandangan luar biasa. Ada pelantar kecil untuk memudahkan pelancong memijak untuk keluar dari shikara.
Melangkah masuk ke dalam houseboat tu, WOW!
Okeh, rasa tettttt...hehe. Dekoration perabot, ukiran kayu dia wow! MasyAllah. Cantik...πŸ’ž
Apa lagi, bermulalah lawatan supervisa. Jalan terus sampai belakang, ada satu bilik utama rasanya.
Katil kayu bertiang empat yang sangat cantik. Oraitt ni bilik aku dengan Kak Maya.
Yeay....hehe. Yang lain pun dah chup bilik masing-masing.
Houseboat ni panjang dan besaq jugak, ada 4 bilik dilengkapi dengan toilet, 1 ruang makan, satu ruang tamu dan ada 1 rooftop.
Alhamdulillah.
Bilik aku dan Kak Maya....yuhuuu!
Mohon tereyak di ujung bucu katil.

Pagi pertama di Kashmir, untuk breakfast kami disajikan dengan menu omputeh omelette, roti, beberapa jenis kopi panas dan teh kosong panas. Berehat sebentar, kemudian kami mula dengan melawat area Dal Lake. Bukan lawatan berjalan, tapi naik shikara. Rasa macam maharani dan maharaja pulops. Makan, minum dan berjalan pun ada orang bawakkan.
Mula tu rasa maybe pendayung shikara tu just nak pusing-pusing saja.
Tapi tak...jauh jugak dia bawak. Rasa tenang dan damai dengan view tasik yang luas.
Gunung-ganang depan mata walaupun jauh sangat memukau.
Waktu ini terselit iklan ala-ala GoShop kat asterok. Hehe...ada beberapa penjual barang-barang kemas, biji benih, souvenir dan barang-barang lain yang menghampiri shikara kami.
Jualan secara langsung ataih shikara gitew.  πŸ’•

Lunch untuk hari pertama ni, kami disajikan makanan tempatan. Bagi aku, apa saja yang disaji kalau tak kena dengan selera kita itu normal. Takkan nak harap ada nasi lemak atau kari ikan kalau mengembara tempat orang. Realistic sikit kan. Hehe...
Tapi, Alhamdulillah sedap lauk pauk mauk tu.


Lepas lunch saja, aku dan kak Maya terlelap.
Penat berjimba dan posing bagai atas shikara tadi. Ngee....
Bangun untuk solat Asar....rasa sunyi pulops dalam houseboat ni. Jalan tengok bilik sorang-sorang.
Aippp...semua bilik kosong.
Depa pi mana? Huhu...tinggal aku dengan kak Maya saja ni. Jangan wat hal weh!

Aku dengan kak Maya keluar duduk di pelantar luar houseboat kami. Sorang rakyat Malaysia pun tak ada. Dengan blur sebab kroh lama tadi, kami dua layan view yang ohsem.
Suasana petang dengan pemandangan Dal Lake, orang tempatan keluar mendayung sampan.
Ada juga yang meronda dengan anak isteri naik sampan, mungkin ronda petang ni. Hehe...
Kebanyakan mereka mempunyai sampan panjang sendiri, ialah tinggal di kawasan tasik,
Takkan nak berenang ke sana sini. Jangan tak tau, di sini jugak ada floating market.
Ingat HatYai saja ada? Huh...opsss riak! 😌

Tak lama kemudian, kak Maya cakap tudiaaa depa! Meronda rupanya.
Aku pun fokus...tapi tettt. Rabun jauh, spek mata buat muzium tinggal dalam bilik. Hehe...
Boleh depa relax naik sampan ramai-ramai tak hajak.
Hmm...tetiba rasa nak left group.
Nasib kat sini masih tiada liputan internet. Siap hampa...😈
Aku mula nampak Fati, Tirah, Qayyum, Zul dan Jack. Tak lupa Salim.
Salim rupanya ketua depa. Huhu...Chuppp...okeh, gurau saja!
Sampai saja di pelantar tu, Zul bagitahu yang kami boleh buat fish spa free.

Mummy menunggu ketibaan anak-anak pulang dari jimba petang
(wajah dua dihadapan yang kena tinggai...huhu)

Aku yang dah celup kaki dalam tasik tu baru perasan yang ada ikan kecik-kecik sedang rancak gigit.
Punyalah blur sampai tak rasa ikan-ikan tu gigit. Sabau saja laa...
Rasa seronok juga lepak-lepak atas pelantar ni. Udara segar dengan cuaca sejuk di Dal Lake ni.
Tenang dengan ciptaanNya.

Untuk waktu petang pula, kami enjoy view petang di rooftop dan makan malam pada jam 8.00 pm.
Rehat secukupnya, untuk hari esok.
Rooftop houseboat...makan chipsmore dan chai
panas sambil tunggu sunset satu kenangan ohsem!




To be continue...πŸ’€ NH.
Tekan di sini... Part 2