Hari Pertama.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
3 tahun bercuti pannnnnjang (nampak tak panjang dia tu?) dalam bidang blogging. Hopefully akan ada penamat untuk blog kembara kali ini. Bukan calang-calang kembara, sebab my golden dream come true gitew. So wajibul pulun laa kan. Ok, dengan langkah sejuta excited. Bermulanya sebuah kembara...
Jam 2.10 pm, flight pertama dari Penang ke KLIA2. Masa beli tiket AirAsia tu agak nervous sebab risau kalau delay. Plus, flight ke Delhi jam 7.00 pm. Kalau delay kompem amazing race sesorang.
Alhamdulillah jam 3.10 pm sampai KLIA2, terus contact Kak Maya. Last kami travel together-gether bulan MEI lepas ke Siem Reap. Hat tu trip gamble. Jiwa kacau bagai. InsyAllah ada rezeki, aku story.
Kak Maya fly dari Kedah ke KLIA naik MAS gitew. Hehe...cheq hanya mampu sambaq AA. Tapi balik sat gi, eksyen sikit...balik dengan MAS. Ngeee...Ok, balik bab asal, kami janji nak jumpa kat KLIA2. Ada lagi 6 orang geng lagi yang tunggu dekat Quizinn, food court kat KLIA2 tu.
Sebenaqnya, ini first time nak jumpa "family baru" untuk 10 hari. Hanya 2 orang yang aku dan Kak Maya pernah jumpa. First, Zaha jumpa masa aku dan Kak Maya overnight kat KLIA2 untuk trip Siem Reap bulan Mei arituh. Jumpa pun sebab nak kenai-kenai, kira still dok recruit geng untuk trip Yindia nih. Yang kedua, jumpa Fatihah a.k.a Fati dekat my hometown Penang. Fati mai melawat adik dia. So, alang-alang dah mai, gather laa sekali. At least, dapat eratkan ukhwah. π
4 orang geng lagi iaitu Athirah, Ibnor, Qayyum & Zul. (wajib mention nama). Perasaan masa mula-mula jumpa tu muka semua poyo-poyo saja. Haa laa, baru jumpa. Hehe...tapi lama-lama orait dan boleh "in". Lepas masing-masing check in & lepas immigration, tetiba ada orang panggil nama, Nanna...Nanna...pusing la tengok, eh ada sorang lelaki. Dalam hati, mat indon mana panggil.
Dia tanya, Nanna kan? Aku pun jawab ya. (takkan Neelofa pulops...hihihi) Saya Jack.
Aku paling tengok kak Maya...haaa baru teringat ada sorang geng lagi. Tertinggai kapai laa dia ni. Sebab masa kami gather tadi dia takdak. So, Alhamdulillah cukup 9 orang dah.
Jam 7.00 pm, flight D7 182 dari KLIA2 ke Indira Gandhi International (T3). Kami tiba di airport Delhi pada jam 10.00pm waktu tempatan sebab beza masa kita dengan Delhi adalah waktu Malaysia lambat 2 jam. So, 5 jam jugak dalam flight tu.
Syukur alhamdulillah, jejak saja kat airport tu feeling lain macam. Tak percaya sampai sini. Poyo kan..cubit sikitπ! Hehe...Plus, sambil jalan ke immigration, ada background music lagu-lagu yindiaa. Lagik laa feeling. Turun dari escalator ke kaunter nak cop paspot nampak dah patung simbol tangan-tangan atas kaunter immigration. Kalau baca blog travel ke yindia, mesti ada pic patung tangan tu.
Kalau tak salah itu simbol Yoga, salah satu Buddhist art.
Masa turn cop paspot tu, pegawai immigration tu tanya "Why Srinagar?" Aku jawab "Just for a holiday". Pastu dia cakap "Danger, you better don't go." Adeh...hat ni la yang menghantui sebulan yang lalu. Aku pun replied "It's ok, we have hired tour" Ntah betoi omputeh aku tu, belasah saja laa.
Dia senyum dan cop. Ish, bagi cheq nebes saja. Anyway, tenkiu makcik immigration. Muka ketat tapi ramah. Halangan pertama sukses! Yeaaay!
Time tu teringat kisah kat airport KLIA2, masa line up untuk check in luggage, ada satu group Indian family, rasa dalam 12 orang. Depa semua terkezut habaq nak masuk Kashmir. (Info : Kashmir dan Srinagar adalah sama) Sebabnya, depa dah cancelled trip ke sana dan tukaq ke Shimla & Manali.
Kes curfew (perintah berkurung) & rusuhan ni lah yang masalah problema bila kita bagitau nak p Kashmir. So, mental & fizikal kena kuat. Plan B pun dah ada if apa-apa yang jadi masa kat sana nanti, kami akan buat trip ke Ladakh atau stay dekat Pahalgam saja.
Lepas saja immigration, kami keluaq carik kaunter shuttle bas untuk ke Terminal 1D. Untuk info, Delhi airport ni ada 3 terminal, so kena pastikan kita tahu flight apa & terminal apa.
Untuk Terminal 1D (Domestic terminal), hanya ada IndiGo, Spicejet dan GoAir.
Kami overnight dalam airport saja sementara menunggu flight pagi ke Srinagar. Boleh laa jimat sikit untuk sehari ni.
Kami menaiki pesawat tambang murah India iaitu GoAir pada jam 5.45 am. Beshnya GoAir ni, free 15kg untuk luggage. Sementara tu, dalam airport Terminal 1D ni kita boleh saja jenjalan tapi make sure bawa passport sebab askar kat mana-mana ada. Lepak caj henpon, minum-minum, nak solat pun ada prayer room. Semua kemudahan ada so tak la cuak atau boring tunggu esok menjelang. So chill untuk first day.
Sila cari kaunter untuk naik free shuttle bas. |
17 September 2016
Hari Kedua.
Untuk menaiki GoAir, kami kena menaiki bas untuk ke kapal terbang depa. Walaupun flight jam 5.45 am, better standby stay dekat dengan kaunter sebab kami kena naik bas untuk ke kapal terbang. Gate pun bukak awai. Takut miss flight nanti. Flight ke Srinagar mengambil masa selama 1 jam 20 minit.
Tapi sebelum tu, kena line up dia kaunter GoAir untuk dapatkan boarding pass. Dan pengalaman pertama melalui security check depa. Ketat. Satu pujian, depa sediakan security check box untuk golongan wanita. Tak laa segan...Thumbs up! Check satu body tu normal, iPad, dslr, kamera, apa saja dalam beg dan poket akan disemak dan ditanya.
Tips :
i) Kosongkan poket kalau memakai seluaq.
ii)Bagitau saja apa dalam beg & sentiasa on gajet untuk mudahkan depa check.
iii)Muka jangan tunjuk nebes walaupun dalam hati rasa macam baru pi rompak bank. Ngeee....
Boading Pass & Buku Merah jangan lupa bawak! |
Masuk saja dalam flight G8 190, tak nampak apa melainkan gelap gulita. Kroh mati tak hingat duniya. Ngeee...letih tak tidoq semalaman. Hampir sejam terlelap, sedar-sedar teruih touch up muka sememeh ni. Tetiba uncle sebelah sapa, "Where are you coming from?". Macam biasa, tagline 'Be friendly' dengan local people tak rugi.
"I'm from Malaysia".
"Holiday?" sopan saja dia tanya.
"Yes, i'm travel with my friends" aku senyum. Boleh tahan segak uncle ni. Ala-ala Dato K. Hehe...
Sembang-sembang sikit, sambil dia tunjuk view dekat bawak tu. Cantik! Dari tingkap flight boleh nampak dah. Hati mula berbunga pelangi bagai. Hepi.
Kami stop bersembang sebab nak landing dan last sembang tu, dia jemput ke rumah dia. Tak ingat pulak nama tempat dia. Nama dia bagitau awal conversation tadi pun lupa jugak. Hahah... Al-maklong laa. Excited dengan view ohsem kat bawah tu. Banjaran Himalayan yang tersergam memukau pandangan pun hoo hem jii.
Welcome to Srinagar! π
Alhamdulillah sekali lagi, sukses jejakkan kaki di bumi Kashmir. Senyum meleret-leret toksah tanya.
Masing-masing tunggu turn nak ambil beg. Kami bagi laluan local people ambil dulu sebab tengok depa kalut. Tak lama rasa semacam, sunyi. Baru perasan, keadaan airport tu kosong. Lastly, tinggal kami 9 orang, pegawai airport dan ada beberapa askar.
Saspen sat. Pastu sorang lelaki tanya,
"Where is your tour guide?"
Kami bagitau "outside".
"Why outside?" nada suara dia time tu kuat. Sesapa nak bayangkan pakcik dalam filem tamil marah.
Sila laa. Lebih kurang sama tinggi pitching dia. Huhu. Kekwat tui.
Tak lama dia nampak cool dan bagi satu kertas, wajib isi maklumat semua geng dengan no paspot.
Lepas isi dan bawak barang masing-masing kami jenguk-jenguk jugak mana tour guide kami ni.
Dengan area arrival tu sunyi dan kosong, seyes time tu aku feeling dok kat Palestin. Huu...anjakan paradigma shangat.
Lengang..π |
Sebelum kejadian semua 'ghaib' π |
Alhamdulillah, dia sudi bantu dengan call tour guide kami, Irrfan.
Kashmir ni dah hampir sebulan talian telefon disekat. So, kalau kita ada fon pun, sukar nak contact.
Habis saja call, dia cakap Irrfan ada kat luar. Lega banyak bila dapat tau Irrfan ada sini.
Part tak boleh lupa, pegawai 'baik hati' tu tanya ada sweet @ cokelat tak?
Tak pasti tapi orang Kashmir ni memang suka dengan buah tangan atau ole-ole dari Malaysia especially cokelat.
Keluar saja dari airport nampak seorang lelaki, memperkenalkan dirinya Irrfan, tour guide kami.
First impression, helok. Haha..curik ayat kak Maya sat.
Dia mai dengan 2 buah mpv. Kami berpecah kepada dua group.
Setiap satu mpv, kami campur-campur lelaki dan perempuan. Just in case if anything happen.
Sentiasa alert sebab keadaan sana yang paham-paham la. Darurat,
Aku, Zul, Qayyum, Jack, Irrfan dan driver satu kereta.
Kak Maya, Fati, Tirah, Ibnor, Zaha dan driver satu kereta.
Masuk saja dalam kereta tu, berdesup pakcik driver tu bawak. Macam tak kasi chan nak layan view pagi. Kiranya driver F1 Kashmir ni.
Kedai-kedai banyak yang tutup. Ada jugak penduduk yang keluar.
Masuk area pekan kecil mula nampak askar-askar India dengan senjata.
Dawai gulung-gulung besar atas jalan merata-rata. (pernah tengok dawai gulung tu dalam berita TV saja, kali nih real) .Ada juga yang diletakkan dekat simpang jalan, pintu kedai dan pintu masuk bangunan kerajaan dan bank.
Aku hanya tengok dan amati suasana tu sebab peluang rare macam ni jarang dirasai.
Ini bukanlah hiburan atau perkara lucu tapi ada satu rasa yang hanya jiwa dan minda bagi sesiapa yang alami akan faham.
Tak lama dalam mpv tu kami sampai di Dal Lake, tempat yang kami akan mnginap selama 5 hari.
Kami menaiki shikara iaitu gelaran bagi sampan besar. So, selama di sini shikara adalah pengangkutan air yang digunakan sama ada dari darat ke houseboat atau dari houseboat ke darat.
Sebuah shikara boleh memuatkan 5 atau 6 orang termasuk pendayung shikara.
Nota:
Terdapat dua tasik di Srinagar iaitu Dal Lake dan Nigeen Lake.
Dal Lake paling luas, lebih dekat untuk ke mana-mana dan dikenali sebagai "Srinagar Jewel"
Langkah pertama untuk menjejakkan kaki ke houseboat. |
Geng Kari posing ataih shikara...π |
Menaiki shikara untuk pertama kalinya, excited sebab dalam shikara tu boleh nampak view 360 darjah. Mata melilau tengok. Jenguk ke dalam air tasik tu lagi excited sebab jernih hinggakan boleh nampak tumbuh-tumbuhan dalam air tasik.
Kami tiba di Al Zira Houseboat, dari pandangan luar biasa. Ada pelantar kecil untuk memudahkan pelancong memijak untuk keluar dari shikara.
Melangkah masuk ke dalam houseboat tu, WOW!
Okeh, rasa tettttt...hehe. Dekoration perabot, ukiran kayu dia wow! MasyAllah. Cantik...π
Apa lagi, bermulalah lawatan supervisa. Jalan terus sampai belakang, ada satu bilik utama rasanya.
Katil kayu bertiang empat yang sangat cantik. Oraitt ni bilik aku dengan Kak Maya.
Yeay....hehe. Yang lain pun dah chup bilik masing-masing.
Houseboat ni panjang dan besaq jugak, ada 4 bilik dilengkapi dengan toilet, 1 ruang makan, satu ruang tamu dan ada 1 rooftop.
Alhamdulillah.
Bilik aku dan Kak Maya....yuhuuu! Mohon tereyak di ujung bucu katil. |
Pagi pertama di Kashmir, untuk breakfast kami disajikan dengan menu omputeh omelette, roti, beberapa jenis kopi panas dan teh kosong panas. Berehat sebentar, kemudian kami mula dengan melawat area Dal Lake. Bukan lawatan berjalan, tapi naik shikara. Rasa macam maharani dan maharaja pulops. Makan, minum dan berjalan pun ada orang bawakkan.
Mula tu rasa maybe pendayung shikara tu just nak pusing-pusing saja.
Tapi tak...jauh jugak dia bawak. Rasa tenang dan damai dengan view tasik yang luas.
Gunung-ganang depan mata walaupun jauh sangat memukau.
Waktu ini terselit iklan ala-ala GoShop kat asterok. Hehe...ada beberapa penjual barang-barang kemas, biji benih, souvenir dan barang-barang lain yang menghampiri shikara kami.
Jualan secara langsung ataih shikara gitew. π
Lunch untuk hari pertama ni, kami disajikan makanan tempatan. Bagi aku, apa saja yang disaji kalau tak kena dengan selera kita itu normal. Takkan nak harap ada nasi lemak atau kari ikan kalau mengembara tempat orang. Realistic sikit kan. Hehe...
Tapi, Alhamdulillah sedap lauk pauk mauk tu.
Lepas lunch saja, aku dan kak Maya terlelap.
Penat berjimba dan posing bagai atas shikara tadi. Ngee....
Bangun untuk solat Asar....rasa sunyi pulops dalam houseboat ni. Jalan tengok bilik sorang-sorang.
Aippp...semua bilik kosong.
Depa pi mana? Huhu...tinggal aku dengan kak Maya saja ni. Jangan wat hal weh!
Aku dengan kak Maya keluar duduk di pelantar luar houseboat kami. Sorang rakyat Malaysia pun tak ada. Dengan blur sebab kroh lama tadi, kami dua layan view yang ohsem.
Suasana petang dengan pemandangan Dal Lake, orang tempatan keluar mendayung sampan.
Ada juga yang meronda dengan anak isteri naik sampan, mungkin ronda petang ni. Hehe...
Kebanyakan mereka mempunyai sampan panjang sendiri, ialah tinggal di kawasan tasik,
Takkan nak berenang ke sana sini. Jangan tak tau, di sini jugak ada floating market.
Ingat HatYai saja ada? Huh...opsss riak! π
Tak lama kemudian, kak Maya cakap tudiaaa depa! Meronda rupanya.
Aku pun fokus...tapi tettt. Rabun jauh, spek mata buat muzium tinggal dalam bilik. Hehe...
Boleh depa relax naik sampan ramai-ramai tak hajak.
Hmm...tetiba rasa nak left group.
Nasib kat sini masih tiada liputan internet. Siap hampa...π
Aku mula nampak Fati, Tirah, Qayyum, Zul dan Jack. Tak lupa Salim.
Salim rupanya ketua depa. Huhu...Chuppp...okeh, gurau saja!
Sampai saja di pelantar tu, Zul bagitahu yang kami boleh buat fish spa free.
Mummy menunggu ketibaan anak-anak pulang dari jimba petang (wajah dua dihadapan yang kena tinggai...huhu) |
Aku yang dah celup kaki dalam tasik tu baru perasan yang ada ikan kecik-kecik sedang rancak gigit.
Punyalah blur sampai tak rasa ikan-ikan tu gigit. Sabau saja laa...
Rasa seronok juga lepak-lepak atas pelantar ni. Udara segar dengan cuaca sejuk di Dal Lake ni.
Tenang dengan ciptaanNya.
Untuk waktu petang pula, kami enjoy view petang di rooftop dan makan malam pada jam 8.00 pm.
Rehat secukupnya, untuk hari esok.
Rooftop houseboat...makan chipsmore dan chai panas sambil tunggu sunset satu kenangan ohsem! |
To be continue...π€ NH.
Tekan di sini... Part 2
No comments:
Post a Comment