22 September 2016
Lepas puas melata di Jama Masjid, kami attack area Taj Mahal. Luaq dan dalam...rugi kalau tak pulun. "One of the 7 wonders of the world" tuuu....π. Alhamdulillah, tahun 2016 ni agak gemilang dalam sejarah travel aku, sebabnya aku sukses attack 2 daripada 7 wonders of the world. Mei lepas ke Angkor Watt dan bulan September dapat tatap Taj Mahal. Tak laa hebat tapi besh gak...hehe. Nampak tak betapa humblenya aku? Erkkk...π
Ok balik ke cerita Taj Mahal. Sebaik melangkah ke dalam bangunan Taj Mahal, aku yang tahap rabun separa kritikal nih agak kurang jelas sebab dalam tu hanya menggunakan cahaya matahari yang masuk dari luar. Aku ingat time tu mendongak jugak carik lampu, and yesss ada 1 saja lampu gantung. Tak ingat pulak ianya menyala atau tak. Untuk info, sebarang rakaman adalah di larang. So, sesapa nak merasa dihalau oleh pihak security kat dalam tu, sila amik gambaq! kihkihkih!
Ada dua makam dan ianya berada di dalam sangkar. Dalam bangunan ni hanya menempatkan makam mereka berdua sahaja. Hanya tengok dari lubang-lubang sangkar dan kalau nak lepak lama-lama agak susah sebab pelancong yang masuk akan pusing keliling sangkar bulat tu. Secara tak langsung, aku dan Geng Kari pun pusing serupa orang tawaf. Yang aku pelik bin ajaib apahal pulak makam Mumtaz Mahal (isteri Shah Jahan) tu besaq dan duk tengah-tengah dari suami dia. Size makam Shah Jahan lak agak kecik dan berada di sebelah makam permaisurinya. Lelama pikiaq dan teringat...iyalah dah Mumtaz Mahal mangkat dulu. Plus, Taj Mahal ni kan dibina sebagai tanda kasih dan peringatan untuk permaisurinya yang dah mangkat selepas melahirkan puteri ke-14 depa. No wonder laa..apa laa yang teruks shangat aku nih. Hehe...
Info bangunan Taj Mahal
i. Bumbung, kubah dan menara dibina dengan marmar putih & seni mozek indah.
ii. Kubah (dome) terbesar Taj Mahal digelar 'Onion Dome' & dikelilingi oleh 4 dome kecil.
iii. Ketinggian Taj Mahal adalah sebanyak 171 meter.
iv. Pembinaan memakan masa selama 22 tahun.
v. Sebanyak 20,000 tenaga kerja digunakan termasuk tukang ukir, tukar emas, tukang batu termasyur dari seluruh dunia.
vi. Ayat-ayat suci Al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal.
vii. Sebanyak 43 jenis permata digunakan antaranya; topaz, jed, berlian, nilam & kristal.
viii. Kos pembinaan Taj Mahal menelan belanja lebih 32 juta rupees.
Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini,
Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.
Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan;
Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata.
Di dunia ini bangunan ini telah dibina;
Bagi menggambarkan keagungan Pencipta.
- Gambaran Shah Jahan mengenai Taj mahal
πKu abadikan potret diri di Taj Mahalπ |
Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini,
Seperti orang diampunkan, dia bebas dari dosa.Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini,
Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.
Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan;
Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata.
Di dunia ini bangunan ini telah dibina;
Bagi menggambarkan keagungan Pencipta.
- Gambaran Shah Jahan mengenai Taj mahal
Selepas ke Taj Mahal, Geng Kari yang mengamalkan sistem ekonomi terpimpin sebab skip brekpas pagi tadi mula laa tak ketahuan sebab lapaq. Hehe..So, kami brunch a.k.a brekpas+lunch terus di The Silk Route. Tak jauh dari Taj Mahal, agak eksklusif tempat ni, tapi very recommended! Kalau ada 100 bintang pun cheq bagi. Nasi beriani depa sangat laa shedap. Yang tak beshnya orang Yindia nih memang tak kaki ais ketui kot. Jus buah hanya ada 2 3 ketui ais. Huhu....so solution dia mintak extra ais ketui, itu pun jenuh explain+elaborate ais ketui...da rest i'm very hepiiii! WiFi pun hadooo dan ruang untuk solat pun disediakan. So, pandai-pandai la manfaatkan fasiliti yang ada. π
Masih di Agra,
Puyut kenyang, hati senang. Ungkapan tepat bila lepas brunch tadi. Then, taxi tu bawak pula ke JK Cottage Industries. Geng Kari tengok cara-cara pembuatan marble floor. Tengok ja laa..takdak makna nak beli kan? Ngee...
Masih di Agra,
To be continue, jumpa di Part 8...NH π€
No comments:
Post a Comment