Total Pageviews

Friday, December 9, 2016

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 5)


21 September 2016
Hari keenam

7.00 am - Breakfast terakhir di bumi Kashmir. Menu as usual lah. Janji kopi peberet aku sedia terhidang. Dalam sayu nak tinggalkan 'Paradise On The Earth' ni, semangat nak mengembara Golden Triangle iaitu Delhi-Agra-Jaipur mula berkobar-kobar.
Excited lain macam. Hahah!
Taj Mahal hang tunggu aku naaa....😘

Noora, Aku & Salim.
Labu & Labi kami selama 5 hari 4 malam.
Thanks sangat. Layanan torbaek!
7.45 am - Selepas adegan lambai-melambai & ucapan Good bye. Kami mula bergerak ke airport Srinagar. On the way ke airport, baru aku nampak suasana pekan depa. Penduduk Srinagar mula keluar berniaga. Mungkin keadaan semakin baik. Cuaca pagi tu pun fresh. Alhamdulillah.

Sewaktu nak masuk ke kawasan airport, kami melalui security check hampir 7 kali sebelum berjaya menaiki flight GoAir. 7 kali wokeh! Kau hado? Haha.
So, disarankan keluar awal dari tempat penginapan. At least 3 jam awal pun tak apa. Jangan nak berdrama sinetron bagai kalau dah lewat. Tata laa jawabnya. 😂
Again, jangan lupa jugak follow tips yang aku bagi dalam entry Part 1. Mudahkan kerja depa, kita pun senang nak lepas.

Tapi security check yang second last paling teruk. Beg passenger tak kira kecik @ besar yang kita hand carry semua depa suruh kita keluarkan. Attoyai...time tu aku galas beg kecil dan sling bag.
Satu hal pulak packing balik. Huhu...redha sangat time tu.

So, nak tambah satu tips lagi,
Sila bawak beg kecil dan check in semua barang-barang yang remeh ke dalam flight.
Sekian.💨

Sampai awal boleh lepak-lepak depan taman airport
11.45 am - Flight G8 198 berlepas.
12.45 am - Flight kami tiba agak awal rasanya di IGI Airport T3, Delhi.

Welcome to New Delhi!

Ketibaan kami disambut dengan paparan 36 💦

Perkara pertama bila jejakkan kaki di airport, kami cari shuttle bus untuk ke Metro Station. Masa naik bas tu teragak-agak sikit. So tanya dekat orang sebelah, rasa yakin balik. Huhu.
Naik metro tu kami melalui route Delhi Autocity - Dhaula Kuan - Shivaji Stadium - New Delhi.
Syok jugak naik metro depa. Bersih. Itu first impression aku.

Line up untuk naik metro ke New Delhi 

Token Delhi Metro = INR 50
Sampai di New Delhi, bermulalah kembara kami. Jeng jeng..jeng!
Keluar saja dari station New Delhi tu, rasa semacam bau yang dah sedia maklum.
Bau hancing tak tau nak haaaaaabaq! Hahaha. Aku dari tak berniqab, teruih zrappp. Insof!
Kami tengok sesama sendiri lepas tu....berderai gelak. 🙊 Waktu tu kami redah sajalah. Jalan terus sebab nak check in hotel di area Paharganj.

Excited dengan suasana bising dan orang yang terlalu ramai ni buatkan aku sanggup redah jalan & galas beg yang berbelas kilo nih. Jauh jugaklah Paharganj ni. Nasib baik ada deretan kedai yang jual macam-macam jenis pakaian, seluar aladdin, kasut, dan hotel-hotel bajet pun banyak area nih.
Mata teruih membulat. Hahaha. 👀

Pahar Ganj ni sememangnya sangat terkenal dengan hotel-hotel bajet murah dan dikenali oleh golongan backpackers. Boleh dikatakan suasananya menunjukkan 'wajah dan kehidupan' orang India.
Jalan kecil yang sentiasa sibuk. Ramai penjaja tepi jalan. Makanan tempatan banyak di sepanjang jalan. Gerai-gerai menjual chai. Kedai gunting rambut. Even, Subway pun hado. 😆

Akhirnya, kami jumpa juga Hotel Heritage Home. Sampai saja teruih mintak password wiFi.
Aku share sebilik dengan Kak Maya. Bilik kami ohsem, nak masuk 5 orang pun muat rasanya. Sama macam nama hotel, herritage style. Kunci bilik pun guna mangga atau orang utagha sebut pedal ayam. Nalaa punya besaq. Lepas, segarkan badan. Kami plan nak carik nasik atau apa-apa makanan janji halalan toyyiban.
View bilik aku & Kak Maya, cun dak? Luaih baq hang...

Nice hotel, Hotel Heritage Home
Jalan sana sini. Sesat pulops. Perut berdendang sayang dah nih! Lastly cari masjid. Boleh tanya-tanyakan orang Muslim kat situ. Alhamdulillah, dimudahkanNya kami jumpa orang Indonesia yang stay kat sini.

Ikut arah yang dia tunjukkan, akhirnya kami jumpa satu gerai. Tak ada tulisan halal. Cuma ada lambang '786'. Tak salah aku, '786' tu menunjukkan perniagaan orang India Muslim.
So, bila kami sebut halal, penjual tu faham cuma dia tak faham bahasa omputeh.
Gerai yang hanya ada 2 meja kecil, tapi briyani chicken dia. Phewww....sedap baq hang!
Seriously, 10 hari mengembara dan makan banyak jenis briyani. Ini briyani yang paling sedap aku hadam. Hahaha. 😆
Briyani Chicken 1st try di gerai 786, Delhi.
Abaikan muka yang tanned tak hingat 😅

Geng gegel share 1 set briyani chicken portion besaq. Plain lunch. Waktu tu, pekerja gerai tu ambil segenggam bawang besar yang dah dihiris bulat nak letak dalam bekas pinggan kami. Aku tengok bekas dia amik tu pun erkkk. Kensel. Nasi briyani dengan ayam pun dah cukup. Janji sedap dia wow!

Lepas semua dah kenyang, kami hanya jalan-jalan tengok life depa. Feberet aku sebenaqnya, suka tengok gelagat kalau travel tempat orang. Suasana kat sini pula ramai dengan orang. Bunyi hon merata-rata. Kereta dengan motorsikal banyak tapi satu yang aku tengok, tak ada incident pun.
Nyaris nak langgar tapi tak ada pun yang gaduh-gaduh bagai. 😂

On the way balik hotel, ak, Tirah & Zaha singgah kedai belakang hotel kami nak beli simcard plus ada internet sekali. Dapat 1 GB berharga INR 400.
Kat sini pun ada kenangan lawak, sebab Tirah saja yang bawa pasport. So kami gunakan pasport dia untuk daftar. Maybe foreigner. Kena pulak bagi gambar berukuran pasport. Pulak.
Lastly, tokey (maybe) kedai tu suruh Tirah berdiri berbelakangkan dinding yang penuh poster iklan tentang prepaid. Baik punya background. Hehe...

View gerai-gerai area Pahar Ganj

Malam tu, kami hanya relax dalam bilik. Update status kat FB dan upload semua gambar-gambar indah masa di Kashmir. Henpon aku pun buat hal, memory penuh. Selalu camtu kalau travel.
So jalan terbaik upload semua gambar dalam FB. Risau jugak kalau tetiba hilang semua.
Jangan buat hal la...nak ke Kashmir bukan semudah 1,2,3!

Tengah-tengah tidoq tu aku boleh lagik dengar bunyi hon kenderaan dari dalam bilik. Oittt...hampa tak tidoq ka? Hon non stop. Huhu...lepaih tu iolls pun tata. Hehe.

To be continue...NH 💤













No comments:

Post a Comment