Hari Ketujuh
4.00 am - Geng Kari check out. Pepagi lagi kami dah exercise dengan berjalan kaki hampir 1km dari hotel ke NDLS. Feeling sejuk-sejuk pagi. Dalam perjalanan kami tetiba ada adegan yang tidak diingini. Ada dua mamat India ni bergaduh, sorang dah naik sheikh dengan pecahkan botol sambil acah-acah ke arah kawan yang sorang lagi.
Time tu, aku dengan kak Maya jalan sama-sama dan geng lain berada di belakang dan di hadapan kami. Cuak jugak, sat gi tak pasal-pasal jadi kes. Cepat-cepat kami jalan. Kes mabuk laa tu...area Pahar Ganj ni selain tempat penginapan dan gerai-gerai ada juga night clubs. So, tak hairanlah ada yang peel camni. 😓
Drama subuh shapie bukan setakat itu saja, kali ini drama dengan pegawai yang jaga tempat scan beg penumpang yang nak masuk ke dalam station NDLS. Awai-awai dia dah scam kami. Dia bagitahu yang train kami cancelled dan kena beli tiket baru. Aikk...sudah. Jenayah kolar putih betui.
Kemeja putih dan bertali leher tapi cittt. Penipu. Lepas arguing bagai, kami terus letak beg dan proceed masuk. Grr...
Otw ke NDLS |
Dalam pada tu, risau jugak sebab risau baju atau seluar kena najis. Air sembahyang dah amik untuk solat subuh sat gi. Dalam mengembara bab menjaga pakaian sangat penting. Biasanya, kita akan memakai pakaian yang sama dan dalam tempoh panjang. So, kalau nak solat senang. Tandas depa pula, huhu. Mungkin orang lain ok. So, bergantung pada diri masing-masing.
Pic hepi...merata tempat aku explore. Bukan senang nak feeling camni kan...😍 |
Dok lama-lama dalam train tu dah serasi agaknya. Taj Mahal punya pasai, bertabahlah. Cuma bab bau tu aku takleh blend lagi. Tapi sebab hanc**** inilah yang bawak aku sampai ke sini. Hehe...sepanjang perjalanan ke Agra boleh layan macam-macam view. Penempatan depa banyak tapi tak teratur. Kekadang rasa macam depa ni baru lepas perang. Sebabnya batu bata berselerak dan pecah sana sini. Bangunan ada yang runtuh. Ada juga yang tinggal dalam khemah. Mungkin mereka gelandangan. Aku terpana seketika!
Welcome to Agra!
8.30 am - Kami tiba di Agra Cantt. Masa tu ada orang approach untuk naik taxi. Mintak diskaun. So, last kami dapat deal dengan amik 2 buah taxi untuk trip hari ini. Menyenangkan jugak sebab kami perlu kembali semula ke AGC pada petang ini untuk naik train ke Jaipur pada jam 6 petang nanti.
Trip kami bermula dengan tujuan utama iaitu ke salah satu daripada tujuh keajaiban di dunia, Taj Mahal. Macam biasa badan dan barang wajib kena scan. Local people dan tourists berduyun-duyun. Saat melangkah ke Taj Mahal memang pandangan aku zuppp tepat ke arah bangunan di tengah-tengah tu. Yup, bangunan Taj Mahal tu tersergam dengan indahnya. Dari entrance tu kita boleh tengok bangunan putih tu. Ada mughal garden di hadapannya. Ohsem tapi time tu aku rasa something. Jarum excited aku tak maximum. Dah awat pulak...huhu.😅
Kaunter tiket Taj Mahal |
Mimbar Jama Masjid, Taj Mahal Berada dalam Jama Masjid yang bersebelahan Taj Mahal. |
Di luar Jama Masjid & kelihatan Sungai Yamuna. |
Info penting Taj Mahal
i. Sebarang makanan dilarang dibawa masuk ke dalam Taj Mahal
ii. Taj Mahal ditutup pada hari Jumaat.(Penting!)
iii. Dilarang memakai kasut. (ada sarung disediakan INR250)
iv. Dilarang mengambil gambar di dalam Taj Mahal iaitu kubur Shah Jahan & Mumtaz Mahal.
Kami masuk ke bangunan Jama Masjid dulu, ya laa..melawat masjid rasanya lagi ok. Lepaih tu, baru pi ziarah kubur. Jama Masjid ni berbeza dengan Taj Mahal sebab batu batanya merah. Taj Mahal pula dibina dari marble-marble putih. Masih digunakan terutamanya pada hari Jumaat. Kebetulan diizinkanNya, kami bertemu dengan bilal masjid. Agak berusia, tegas tapi ramah. Tegas tu nampak bila dia marah tourist yang masuk ke dalam masjid tanpa membuka kasut. Ofkos la maghah kan. Rumah Allah. Wajib kita pelihara. Dan bilal tu juga bagitau yang tulisan di pintu masuk Taj Mahal ialah Surah Yasin. Wow...😍
To be continue, jumpa kat Part 7 lak keh...NH 💤
No comments:
Post a Comment