Total Pageviews

Monday, December 5, 2016

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 3)

19 September 2016
Hari keempat

4.00am - Kami siap awal pagi dan breakfast awal. Semua bersemangat waja untuk 'menyerang' Sonamarg. Agak ralat sebab curfew ni, kami tak dapat masuk ke Gulmarg dan Pahalgam. Semua jalan ke sana ditutup. Kita hanya merancang, DIA menentu segalanya. Ini yang terbaik.
So, think positive dan redha. 😍

Jam 4.15 am kami sudah menaiki kereta menuju ke Sonamarg. Kami bergerak dengan 2 buah kereta mpv dan seperti biasa jalan yang gelap gulita menjadi hak milik total driver tu. Berapa km/j laa driver tu bawa. Mengantuk? Tak ada dalam kamus sebab ada background music yang rancak driver tu bukak. Aku, kak Maya, Fati dan Tirah diam dan hanya bercakap bila nampak perkara yang menarik. Suasana awal pagi ini memang berbeza.
Jalan berliku-liku, waktu tu jugak kami selisih dengan pengembala kambing biri-biri.
First time, aku tengok kambing biri-biri yang beratus-ratus dengan hanya dengan dua orang pengembala.

Hampir sejam meredah jalan, kami berhenti untuk minum chai. Rasanya ini R&R untuk ke Sonamarg. Kalau tidak salah kedai ini bernama 'Delhi Darbar Dhara'. Jalan ini juga menuju ke Ladakh. InsyAllah diizinkanNya nak jugak ke Ladakh.
Hanya ada satu kedai makan, toilet dan kedai cenderahati a.k.a cedera mata tengok barang-barang kat sini. Semua barang ada dijual, agak murah, boleh tawar-menawar.
Di sini, aku sukses sambaq satu baju sejuk daripada wool, satu scarve atau mafla, dompet kulit dan table runner.
Opsss...terlebey shopping sudaaa! 😆

Selfie sekeping dengan salesman encem nih 😋
Kami meneruskan perjalanan, hampir sejam kemudian kami tiba di Sindh Guesthouse & Restaurant.
Oleh kerana kami tiba awal, kami sempat berjalan-jalan melihat kawasan yang bergunung-ganang, dengan sungai deras dan cuaca yang sangat sejuk.

Kami ditemani Salim untuk mendaki bukit kecil dan melalui air sungai yang sangat deras. Sedang dalam perjalanan, kami berselisih dengan beberapa orang wanita memikul kayu yang digunakan untuk memasak. Kagum sebab depa mampu mendaki bukit yang tinggi dan ulang alik beberapa kali dalam sehari.

Nampak dak ayaq sungai tu...sejuk tahap gaban. 
 Welcome to Sonamarg!

Seterusnya, kami berhenti di signboard Welcome to Sonamarg dan berjalan hingga ke arah bukit. Di situ kami mula menaiki ponny. Waktu kami di sini, oleh kerana curfew memang tiada pelancong dan hanya kami 9 orang sahaja yang huha.

One more thing...aku nak share tentang sebutan Sonamarg yang betoi. Selalu orang kita sebut Sonamarg dengan sebutan 'Sonamaq'.
Opsss...pelisss ya, sebutan yang betoi adalah 'So-na-ma-ghek' = Sonamarg.
Sama jugak dengan Gulmarg, sebutan sebenaqnya adalah 'Gul-ma-ghek' = Gulmarg.
Just for sharing 👀



Tengok pic nih...dah jadi windu balik dengan view ohsem nih!

Sorang satu dapat ponny masing-masing. Aku dapat ponny yang somey banget! Paling penting, ponny tu punya peel sejibik dengan aku...malas bergerak. Asyik berhenti minum, mengulat memanjang. Sampai tertidoq ataih ponny tu. Nasib tak jatuh...Geng lain dah jauh kehadapan. Ponny aku dengan Tirah saja yang teeettt...hehe.
Sabor sajalah. 😌

Pengalaman yang tak dapat dibeli, bukan semata-mata menunggang ponny. Tapi, trekking menuju ke Thajiwas Glacier selama 3 jam itu sangat bermakna. (Pergi & balik hampir 6 jam) Kepada yang bimbang nak menunggang ponny, jangan risau sebab sepanjang trekking ada orang akan mengiring sepanjang perjalanan.

Diiringi pemandangan gunung yang spektakular dan tak terungkap. Istimewanya, pengambaran Bajrangi Bhaijan dilakukan di sini. Scene Murni didukung oleh Salman Khan. Ohsem tak? HaHa...

Geng Kari jadi Geng Ponny....burrr Rani burrr!
Bermulanya ponny trekking ke Thajiwas Glacier. 
(Belakang tu hotel yang kami stay 1 malam)
Titik tamat setelah 3 jam ponny trekking...yeayyy!

Setelah tiba di kawasan yang lapang, ada sebuah base camp. Kami berhenti untuk lunch, order chai dan megi goreng. Seyes, megi goreng dia sedap ya amat! Tak tau sebab lapar atau memang betoi sedap. Tapi rasa macam nak order sepinggan lagik. Aci dak? 😁
Base camp ini berada di tengah antara gunung-ganang. Di sini, sekeliling kami adalah kawasan pergunungan. Puncak gunung masih diseliputi salji walaupun musim kami travel ini bukan winter time. Rejeki, Alhamdulillah!
Angin pula sepoi-sepoi. Dalam duk rest lepak layan view, lalu segerombolan kambing biri-biri. Excited sekali lagi. Berduyun-duyun turun dari pergunungan...comey laa 😍

Menunggang ponny selama hampir 6 jam, azab jugak sebab habis kebas punggung eden. Tapi muka kena maintain. Hehe..hashtag redha jangan lupa ok!

Seketul salji 😍

Sekumpulan kambing biri-biri...
kalau akulah si pengembara tu confirm hilang semua.
 😌

Lepaking dalam base camp, disaji pula dengan
 megi goreng & chai panaih-panaih...😄


Kos ponny trekking = INR 800
Kos megi goreng = INR 50
Kos chai = INR 30
Kos nescafe = INR 30
Tips Ponny = INR 200 

Setelah fenat menjadi ponny rider selama 6 jam, kami menginap semalam di Hotel Sonamarg Glacier.
Besh tentang hotel ni adalah ianya bertentangan dengan Thajiwas Glacier.
Buka tingkat hotel saja, phewwww! 💦
Lewat petang, geng gegel turun tengok Irrfan, Zul dan Qayyum memancing di belakang hotel.
Aku cuba masukkan kaki dalam sungai tu.
Taktau berapa suhu sejuk dia. Lagik lama boleh cramp kaki Neelopak. Huhu.

Lepas tu, kami berjalan keluar minum petang di sebuah gerai kecil bersebelahan dengan hotel kami menginap. Chai dia dah laa murah...masyAllah..sedap! Terkenang sampai sekarang.
9 cawan chai hanya berharga INR100. Cer bahagi sat, secheweennn berapa? Ngeee...murah shangat!

Tidoq semalam di Hotel Sonamarg Glacier


View belakang hotel 
Muka hepi tunggu chai shedappp! 😋


To be continue...💤 NH

No comments:

Post a Comment