Sambungan Hari Ketujuh
Seterusnya, Geng Kari ke Agra Fort. Sejujurnya, aku lebih suka Agra Fort & Amer Fort di Jaipur berbanding Taj Mahal. 'Feeling sad' tu masih ada bila teringatkan Taj Mahal. Mungkin kisah disebalik sejarah pembinaannya dan erti monumen itu sendiri. So, sesapa yang rajin boleh laa carik info tu. Tetiba hashtag jiwang. Kihkihkih 😖
Taj Mahal boleh dilihat dari Agra fort |
Melangkah ke Agra Fort pastinya sesiapa pun akan teruja dengan 'kemegahan' senibinanya. Entrance dia saja aku dah kagum. MasyAllah, cantik sebab bangunan atau lebih tepat kubu ini dibina dengan batu bata merah. Agra Fort pernah menjadi tempat pentadbiran dan pertahanan. Agra Fort ni agak luas so berjalan laa kami.
Kalau nak tau di sini jugalah tempat Shah Jahan menghabiskan hari-hari terakhirnya. Sebab musababnya, dia telah dikurung oleh puteranya sendiri, Aurangzeb. Kijam kan? Sebab harta, anak beranak boleh gadoh! 😡
Back to da story, dari tingkat atas Agra Fort ni, aku boleh nampak Taj Mahal. Dan menurut cerita, Shah Jahan yang dikurung boleh melihat Taj Mahal disebalik tirai besi penjaranya. Okeh...tetiba mood syahdu mai 😢
Selain itu, di dalam bangunan Agra Fort ini turut mempunyai istana, masjid, dewan peribadi, dewan awam, taman, kolam mandi, dan menariknya ada istana yang digunakan ketika cuaca panas dan cuaca sejuk. Dasat dak? 😌
Tiket Masuk : Rs500, student Rs100.
Wif Kak Maya di dalam Agra Fort |
Squirrel tomey...nak bergambo kena bayaq Rs10. Aku & Zul tak kasik chan, pulun laa posing dengan kiut miut nih! |
View dari tingkat atas Agra Fort |
Aci rehat sat...penat nak cover Agra Fort nih 😌 |
Salah satu dewan di Agra Fort |
Puas selfie, wefie, posing dan jelajah bagai hampir jam 5.00 pm, kami pun bergerak terus ke Agra Cantt semula...nak kejaq train ke Jaipur pulak. Sampai awai tak apa. Boleh gak relax dan layan gelagat orang.
Train dari AGC pada jam 6.05 pm dan dijangka tiba di Jaipur pada jam 10.50 pm. Train ke Jaipur ni adalah train yang paling aku rasa selesa tahap gaban. Ada aircond wokeh. Kihkihkih. Hat tu yang buat aku kroh tak ingat...hehe 😋
Tiba saja di Jaipur, aku rasa lain. Rasa aman sikit. Tak rasa hingaq bingaq macam di Delhi dan Agra.
Oleh sebab dalam booking.com bagitahu yang hotel kami ni tak jauh dari stesyen keretapi. So, kami sekali lagi berjalan dengan beg gedabak berat. Jalan-jalan...tak sampai. 3 minit katanya. Citt....muhong!
1 km jugak Geng Kari 'eksesais' 😂
Finally, jumpa gak Krishna Hotel nih. Hotel paling 'besh' sebab masuk saja dah gulap gulita. Receptionist pun takdops. Kami redah masuk macam tu saja. Actually, hotel ni adalah sebuah rumah banglo yang sangat bercirikan heritage. Panggil-panggil, rupanya staf hotel tu ada tapi tidoq. Hmm...kecian punya tunggu kami sampai tertidoq (iyolaa tu!) 😅
So, masing-masing pun dapat bilik. Macam biasa, aku sebilik dengan Kak Maya 😍.
Kami segarkan badan, solat, basuh baju (harap cepat kering). Puyut lapaq pulops. But dun wori, be hepi sebab kami dah tapau lauk pauk plus nasi briyani dari Agra tadi. Hehe...
Dinner berjemaah kami di bilik grup boboi. Alhamdulillah. Dapat dinner walaupun berlapikkan plastik (sebab pinggan takdops) tapi hidangan yang shedappp. Sampai la nih still teringat. Cenggini haaa 👍!
Lepas dah kenyang, masing-masing balik ke bilik sendiri dan kroh. Perjalanan untuk esok panjang. Jomlah charge balik energy.
Kos hangus utk hari ke-7:
Taxi = Rs167
Taj Mahal = Rs1000
Lunch@The Silk Route = Rs400
Agra Fort = Rs500
Tips = Rs100
FM = 280
Tapau makan = Rs170
To be continue...NH 💤
Assalamualaikum Nannahideanna... Saya inginkan tip dan cara bagaimana untuk nak booking train ticket dari Delhi -Agra dan juga Agra ke Jaipur.. Saya pergi di website saya jadi keliru untuk masalah ini.. Boleh bantu dan share sikit kepada saya.. Saya bercadang untuk trip Kembara India next year so this year buat study and research sikit.. Terima kasih.. Ikhlas dari Rashid Trekker.
ReplyDelete