Total Pageviews

Saturday, March 18, 2017

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 10)

24 September 2016
Hari kesembilan

Geng Kari memang disiplin. Siap on time. Dah la depa semua nih hensem-hensem & comel-comel belaka. Hahaha...angkat diri sendirik πŸ˜‰
Jomsss....serang! 
Traveller van sampai, kami pun gerak ke Hawa Mahal.
Hawa Mahal ni free kalau nak tengok. Terletak bersebelahan bahu jalan sahaja. In case, nak masuk ke dalam Hawa Mahal kena lor bayaq. So, kami pilih hat free punya. Haha..bajet k, πŸ‘Œ

Next, Albert Hall Museum.
Yang ini pun free. Haippp...awat bajet sangat nih. Hehe...Kat sini layan view depan muzium saja. Ada manyak burung merpati lagik, so wajib feeling obersi. Plus, ada ahli Geng Kari yang buat video berlari-lari sambil acah burung-burung tu. Feeling gitew πŸ˜†
Dah puas posing seratuih keping, ok done!

Serangan ketiga Geng Kari ialah ke kedai sari semalam. Hehe...hat ni cheq suka! πŸ’•
Sambaq laa sari lagik. Kali nih, kami try kedai yang Ibnor recommend. Memang murah dari semalam. Rupanya ada al-kisah. Sari semalam mahal sikit sebab tour guide kami dah kawtim dengan owner kedai 40%.
Cissss...dasar fenifu. Teruih terbayang muka tour guide tu. Huhu...mohon bertabah laa. 
Tapi, nasib baik depa jamu chai masala. Okeh teruih. Haissshhh,duhai chai..awat hang sedap sangat. πŸ˜‹
Siapa cakap orang lelaki tak gemar berbelanja?
Bukti depa laa kaki shopping dari kami geng gegel nih πŸ˜‚


Oleh sebab train kami jam 2.35 pm nanti, kami decide nak lunch dulu. Memang kena isi something, sebab jarak masa nak balik ke Delhi agak panjang iaitu lebih 6 jam. Mereput kalau tak makan...ngeee!

Memusing gak carik kedai makan, tanya halal sana sini. At last jumpa, Hamdi Restaurant.
Kat sini menu dia pun ohsem macam lunch kelmarin. Syukur, alhamdulillah. Sentiasa dipermudahkanNya sepanjang perjalanan kami ini. Yang mana kurang tu, bersyukur jugak. 
Sedikit info tentang Hamdi Restaurant, dekorasi restaurant ini berkonsepkan arabic style. Bersih, ada wiFi, menu sedap, layanan tiptop dan paling penting harga masih 'waras diterima dek akal'. Very recommended! ✅



Next, kami buat amazing race waktu tiba di Stesyen Keretapi Jaipur. Pulun laa cari nak naik train kat mana. Yang pasti, security check sentiasa ada.
Alhamdulillah jumpa. Train kami kali ini ada air cond, hahahaha (ketawa besaq).
Train dijangka akan tiba di Delhi jam 9.10pm. So, memang dapat tengok dan rasai view bandar ke kampung dan ke bandar semula sepanjang perjalanan nanti. 



New Delhi Station
Alhamdulillah, kami dah tiba di NDLS. 
Bunyi hon auto dah mula menjadi halwa telinga tanpa henti. Orang ramai di sana sini. 
Jauh berbeza dengan Jaipur. So, hadap saja. Sekarang nak mencari kenderaan ke Pahar Ganj. Kami decide naik auto memandangkan dah lewat malam, badan pun dah letih shangat kalau nak berjalan ke tempat hotel. 

Agak payah mencari auto yang bersesuaian dengan bajet kami. Tapi, Alhamdulillah driver auto tu setuju. Aku, kak Maya dan Ibnor share naik satu auto. Yang lain, naik auto lain. Menyenget jugak la auto time tu...kikikii 😌

Agak berbaloi kaki aku tersepit beg time tu, sebab dapat rasa merempit di jalanraya depa yang sesak. View malam tu jugak berbeza. Driver auto tu bawa kami melalui jalan yang lain. Boleh nampak area urban, kereta-kereta mewah, shopping mall yang besaq...yes, finally aku dah nampak perbezaan kat situ. 
Yang susah, sangat susah.
Yang senang, hidup mewah.

Lastly, kami tiba di hotel tapi ada problem pula. Kata receptionist, hotel dah fully booked.
Haippp..dah booking tapi suka suki saja depa canceled booking kami pastu cakap fully booked...Achaaa hei, scam lagi! 😱

Malas nak gaduh, at last pihak hotel arranged hotel baru. Badly, hotel gah pada nama tapi tidak pada tempatnya. Kalau hampa tanya nama hotel tu pun aku tak ingat. Hehe..nampak tak 'chemistry' jiwa aku dengan hotel tu, sampai nama pun tak ingat. Plus, hotel yang diganti tu sangat teruk. Pintu toilet tak boleh dikunci dan pintu bilik hotel pun payah nak dibuka semula bila dah dikunci. Nak buka kena flying kick baru okey. #redha

Rezeki malam akhir di bumi 'unik' rasanya nih. Tak apa laa, pengalaman. Janji ada tempat tidoq. Syukur, Alhamdulillah. #senyum



Kos hangus utk hari ke-10:
Hawa Mahal = free
Albert Hall  = free
Saree = Rs3600 (3 helai)
Lunch @ Hamdi Restaurant = Rs1560/4= Rs390

25 September 2016
Hari kesepuluh

Jam 9.00 am. 
Check out. 
Sobseb sobseb...sebab ini last check out Geng Kari. Lepas ni dah balik Malaysia weh. 
Hashtag syahdu. 😒
Dating dengan tour guide+driver kami untuk
hari terakhir...πŸ˜†
Tapi dalam mood syahdu, jiwa kembara masih membara di hari terakhir. Banyak tempat yang nak di'attack', kalau boleh nak ke semua tourist attractions. Tamak? Mestilah! Hehe...😰
Inilah traveller van yang membawa kami
untuk day trip di Delhi. 
So, dengan naik traveller van kami gerak ke Rajghat. Rajghat adalah sebuah taman yang menempatkan memorial khas yang didedikasikan untuk Mahatma Gandhi.
Hampa kenai dak Mahatma Gandhi ni? Isk..tak kenai saja. Hehe...ok sikit ringkasan tentang Mahatma Gandhi, beliau ialah seorang pejuang untuk membebaskan India dari penjajahan Inggeris. Yang lain, Google laa ek. Di sini security sangat ketat. Huhu ada kes 'hitam' aku masa line up untuk security check tu. Tapi tett...malaih cerita. 😁
Kami tak masuk sehingga ke tempat memorial sebab agak jauh dan boleh nampak memorial tu dari atas jambatan. 

So, next kami ke Jama Masjid. Tapi on the way tu, kami melalui beberapa tempat pelancong iaitu Jantar Mantar dan Connaught Place. Hanya tengok dari dalam van. Mana yang boleh skip, skip saja. 
Chor Market (Pasar Pencuri)

Jama Masjid yang terletak di Old Delhi ini juga dikenali sebagai Masjid Jahan Numa yang bermaksud 'most commanding view of the world'. Dibina oleh Pemerintahan Mughal Shah Jahan. Masjid ini boleh memuatkan seramai 25 000 jemaah dalam satu masa. Mempunyai 3 gate untuk masuk dan 4 menara. Sayangnya, masjid ini tidak dijaga dan diselenggara dengan baik. Air dalam kolah untuk berwuduk kotor dengan lumut dan najis burung merata-rata. 
Namun, meter excited aku tetap suka dengan masjid ini. Mungkin sebab kawasannya luas. Seronok melilau. Ngee...Fee untuk masuk adalah percuma. Namun, jika anda membawa telefon berkamera atau kamera, Rs300 akan dikenakan. 



Next, India Gate.
Tiada entry fee dikenakan. Untuk info, India Gate dibina sebagai monumen bagi mengingati pengorbanan 82 000 orang tentera India-Britain yang maut ketika Perang Dunia 1. 
Bangunan setinggi 42 meter ini dibina daripada batu granit dan batu pasir merah. Kat sini boleh jimat masa sebab hanya boleh posing sana sini. Habis...




Cuaca makin terik, kami terus ke area Nizammuddin (markas tabligh) yang bersebelahan dengan Humayun's Tomb. Area di sini memang sesak dengan orang ramai. Pasar menjual pelbagai barangan, makanan dan bunga-bunga. 

Aku kurang pasti bunga-bunga yang dijual untuk apa, tapi masa kami berjalan untuk mencari Karim Restaurant (orang cakap tempat ni pemes & sedap) aku nampak satu bangunan di sebelah kiri ramai orang India Muslim yang masuk ke situ. Mereka akan meletakkan bunga dalam kasut dan masuk ke dalam bangunan tersebut. Hmm...yang lain aku tak sure. Ngee...

Akhirnya, lepas tanya penjual dalam gerai-gerai tu kami jumpa juga Karim Restaurant. 
Honestly, restoran yang femes, yang disebut-sebut sedap bla bla blaaa tidaklah sehebat yang dikatakan orang. Moral of the story, mai rasa dulu baru tau sedap ka tidak. 


Bukan saja dari segi rasa, harganya jugak agak mahal. Yang ok, kami sempat menunaikan solat itu pun di ruangan makan tingkat atas. 
Walaupun dekorasinya 5 star tapi rasa hidangan disitu hanyalah sekadar 2.5 star. 😩 


Last day, semua dah lemau dengan lifestyle orang India.Tak nak lepas peluang, kami cuba minum air tebu.
Sedap yummy! πŸ‘
Rasa panjang pulops bebel dalam entry ni. Ngee...so nak stop sat dulu. InsyAllah, next entry adalah post terakhir tentang kembara di bumi India nih. ❤


To be continue...😴   
  








Thursday, March 9, 2017

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 9)

23 September 2016
Hari kelapan

Welcome to Jaipur!

Hari pertama di Jaipur. Rasa tenang dan sunyi sahaja, al musababnya kawasan hotel Geng Kari tinggal nih kawasan perumahan lot banglo. Tetiba feeling orang 'have-have' pulops. πŸ’–

Special sikit untuk trip di Jaipur kali ni sebab kami amik pakej. Dalam jam 9 pagi camtu, mini caravan berwarna putih pun tiba dengan bunyi pon ponnn (okeh, ini ilusi semata-mata 😌) datang amik kami. 

Firstly, kami dibawa ke Jantar Mantar. FYI, terdapat 5 buah Jantar Mantar di India iaitu di New Delhi, Ujjain, Mathura dan Varanasi. Sebab ianya dibina di 5 tempat, aku pun tak tahu. So, takyah nak feeling-feeling konpius shangat awat ada banyak kat sana.. HaHa... 

Mula sampai tu blur la jugak..apa kebenda arca-arca banyak nih. Sampai berpeluh-peluh ke-ti-ak tour guide tu explained. Lastly, baru laa aku faham. Jantar Mantar ini adalah sebuah taman astronomi. 

Mempunyai 19 alat untuk mengukur waktu,melihat bintang, melihat gerhana, mengira jarak utara selatan dengan garisan khatulistiwa. Mempunyai alat-alat atau pengetahuan yang hebat macam nih pada abad ke-17 boleh dianggap satu perkara yang hebat, superb dan mengagumkan. Tambahan pula, di sini terdapat Jam Matahari yang besaq kategori giant. Bukan giant Doraemon tu ek! πŸ˜… 





Next, waktu tengah hari nih panaih liplip lak. Untuk info, dah alang-alang crita bab cuaca panaih. Nak crita tentang Jaipur, iaitu ia adalah sebuah bandar terancang dan terletak di padang pasir di Rajasthan, India. So, itu adalah antara sebab mengapa cuaca di sini panaih. 
Sekian al-kisah geografi kali ini....πŸ˜†

So, kami pun decide nak lunch dulu. Memusing mencari kedai sambil ditemani irama dangdut plus rock diperut. Ngeee...
Dapat tour guide non muslim, so, mohon difahamilah...tapi itu bukan masalah problema. Kami berjaya attack Nasi Briyani dan lauk pauk gred AAA. Nama restoran tu M.M. Khan Hotel. Hepi tak sanggah! Very recommended untuk sesiapa yang nak try. 

Solosai lunch, Geng Kari attack Amer Fort. Haaa...hat ni salah satu tempat peberet! 
Amer Fort a.k.a Amber Fort terletak di atas sebuah bukit. Jarak perjalanan hampir 11 km dari Jaipur. Kalau ikut apa yang aku baca dalam blog-blog, ramai yang naik gajah untuk ke kota tu. 
Tapi kami naik jeep. Hahah..moden la kot. Maybe kekangan masa antara sebab tour guide kami suruh naik jeep. Nak naik gajah tengok poket pun dah sayup-sayup. 

Sebelum naik jeep, kami posing dulu berhadapan dengan Tasik Moata. Di situ dah boleh nampak benteng-benteng batu merah Amer Fort dengan jelas.
Satu jeep muat untuk 4 orang, aku, kak Maya, Ibnor dan Zaha. Yang lain, satu jeep jugak. Syok jugak merempit dengan jeep nih. Sementara nak sampai ke atas kota tu, terhoyong hayang jugak laa kami kat dalam tu. Nak gelak kukakuki, hati-hati takut tergigit lidah lak πŸ˜…. Tapi kami sempat wefie dalam tu sekeping. Jeep kami stop sebelum pintu masuk ke Amer Fort, so kena berjalan kaki untuk masuk ke dalam. Semput sat...


Gegel yang comey-comey posing di belakang Tasik Moata dan
Amer Fort dibelakang kami....gah di situ!



Jejak saja dalam kota tu, kagum dan speechless. Macam tengok Agra Fort aritu gak. Istimewanya Amer Fort ni, senibina kotanya adalah hasil gabungan ciri-ciri Mughal dan Hindu.
Mempunyai istana mewah berbata merah, marmar putih, sebuah kuil, sebuah istana cermin, kolam mandi untuk maharaja dan maharani dan sebuah dewan untuk rakyat serta dewan untuk para pembesar. 

Part menarik apabila tour guide kami membawa kami menyelusuri sebuah terowong. Mengikut cerita tour guide kami, terowong ini digunakan raja dahulu untuk berjumpa isteri-isterinya secara rahsia. Aku pun feeling laa sikit, macam dalam filem Hindustan yang selalu ada scene macam nih. Haha...😘
Walhal aku baca, terowong ini sebenaqnya digunakan sebagai jalan keluar ketika perang. Sama ada, cerita dia betui atau tak. Wallahualam. Yang pasti syok naik turun tangga. Kikikii.
Posing hepi dibelakang Kuil Shila Devi,
yang terletak di bahagian hadapan pintu masuk.

Di dalam Amer Fort terdapat beberapa bangunan iaitu
Diwan-i-aam(Hall of Public Audience), Diwan-i-Khas(Hall of Private Audience),
Sheesh Mahal (Mirror Palace) & Sukh Niwas.

Tab mandi Maharaja dan Maharani

Mirror Palace...binaan dan ukiran yang hebat!


Next, Jal Mahal. Turun sahaja dari Amer Fort kami terus ke Jal Mahal, sehala jalannya. Hat nih peberet kak Maya. Golden dreams gitew. Hehe... Jal Mahal atau dikenali sebagai Istana Air. Tengok pun tau...sebab istana tu terletak ditengah-tengah tasik Man Sagar. 
Jal Mahal....nun jauh di sana

Kami hanya tengok istana tu dari seberang. Di tempat kami berdiri, area tu boleh digambarkan sama seperti Padang Kota di Penang. Ada ramai penjual yang menjual cendera hati dan barang-barang. Tapi sila hati-hati, kat sini ramai penyeluk saku dan peragut. Itu amaran tour guide kami. Di seberang jalan, aku excited nampak unta-unta duduk berehat. Segak aihh pakai kain warna-warni. Hehe...😍

Tour kami tak tamat kat situ sebab Geng Kari dibawa ke tempat shopping. Nak pulun carik sari. Benda wajib kalau mai India tak mai cari 'SAREE'. 
Tempat yang kami attack ni macam bazaar yang memang khusus untuk sari, berderet-deret kedai sari dok ada. Di sinilah kemahiran tawar-menawar sangat perlu. Harga yang depa bagi memang mahal.
So, pandai tawar dan tengok kualiti. Dalam dok mintak diskaun bagai rupanya ada cerita. 
Aku pun dah setel rembat 4 helai sari. Hehe...jenuhlah gak. Sebab harga depa letak tak munasabah sarawak bagai. Dari satu kedai ke satu kedai lain. Yang pasti, customer service depa thorbaek. 
Chai bergelas-gelas dah masuk dalam perut sementara adegan perang mintak diskaun. Ngeeee 😌
Rambang mata + rabak poket nak memilih saree.
Tak cukup dalam kedai tu, kedai sebelah ada lagik! 

Kat area kedai-kedai ni jugak ada gerai makanan. Aku beli capati 5 keping, kosong tanpa kuah. Kalau tengok depa masak capati tu, maybe ada yang tak lalu. Tapi, normallah...dah sedia gaya hidup depa. Janji jiwa nak blend dengan gaya local people iolls tercapai dan masih ok. So go on. Kalau tak berani cuba street food, it's ok. Kena gak pikir kesihatan...satgi tak pasal-pasal bermalam kat spital depa. Huhu...takdak reja!

Setel tour hari nih, Geng Kari pun balik hotel semula. Kami freshen up dan janji nak dinner 'together-gether' kat rooftop hotel nanti.

Sampai kat rooftop hotel, gelap macam pandangan Kassim Selamat. Kedekut betui, ada laa lampu satu dua yang menyala. Macam buat rancangan Romantika kat bumi Jaipur lak. Hehee...nasib view cun. Dinner berbumbungkan langit dan environment heritage. Ohsem!

Capati aku beli tadi setel.
Laku keras sebab semua lapaq except Kak Maya. Hehe..kak Maya dah tau tempat aku beli tu, kompem tak makanlah. The rest tak tau, licin depa kebaih. Geng Kari ok saja makan. So, oklah tu. Hehe...

Yang sadis sigaraganya, lauk tapau kat M.M.Khan Hotel tadi tengah hari lupa amik. Alaaaa...lauk sodap! Bukan rejeki. Tak apa. Kami pun orderlah apa yang nak. Aku tengok menu. Aku order 'plain noodle' & cold coffee. Noodle tu ingat ada la kicap atau apa-apa. Sampai-sampai memang 'plain' sungguh. Nasib baik ada perencah yang depa bawak, gaul dengan air panas. 
Dah order, tak baik membazir, licin jugak mangkuk tu. Hehee... πŸ˜‹
'Plain noodle'...plain sungguh πŸ˜‚

Kak Maya terpaksa menjelma jadi
cashier untuk dinner Geng Kari .

Habis dinner dan borak-borak, kami balik bilik masing-masing. Kena packing beg sebab besok pagi dah nak check out.
So, gud nite uolls! 


Kos hangus utk hari ke-8:
Jantar Mantar = Rs100 (student), Rs200 (biasa) 
Coke sebotol = Rs30
Lime sebotol = Rs60
Lunch @M.M Khan Hotel = Rs247
Amer Fort = Rs100
Sewa jeep = Rs90 seorang
Tips = Rs100
Saree = Rs 6800 (4 helai) 
Capati = Rs30 (5 keping)
Dinner @ Hotel Krishna = Rs200

*Tips : 
Yang mana ada Kad Pelajar, silalah bawak.
Iolls yang dah hampir 10 tahun abih study, still berguna. Erkk...πŸ˜‡

To be continue...NH πŸ’€


















Thursday, January 12, 2017

12 JANUARI 2017

Rest sat pasal post trip Yindia...nak bagi ucapan ala-ala PM untuk tahun Dua Kosong Satu Tujuh.
Selamat Datang 2017!

Alhamdulillah dan tenkius untuk tahun 2016 yang gojes. Hehe...walaupun ada hal-hal yang mencalit perasaan ini (gitew...) tapi ada juga hal-hal yang ohsem. Yang sedey-sedey tak mau crita. Biaq laa berlalu macam angin, terasa sekejap tapi hilang macam tu (metafora tak brapa nak jadi kikikii).

Kalau nak flashback dan ingat balik apa yang aku dah harungi 365 hari tu rasanya tak cukup 1 post. Ngee...so nak crita sikit-sikit yang mana ingat. Al maklong laaa...umoq 18 tahun (alwayss) ni ingatan selalu sendu. Dulu arwah tok suruh makan ikan banyak-banyak tak mau. Kan dah kureng daya ingatan tu πŸ˜…

Tahun 2016 banyak melakar kenangan indah dalam sejarah kembara insan bernama Nanna Hideanna (cecewah πŸ˜†)
Sebabnya aku sukses mengembara lebih jauh. Walaupun ada trip yang tak sukses. Tapi hal rejeki nih nak cakap apa kan? Hashtag redhalah.
Kuciwa jugak sebab dah set kat minda dan tiket flight pun dah beli, tapi...trip kensel! Huhu. Sedey! 😒

Trip paling besh ofkos trip Yindia. 10 hari mengembara dengan backpack yang berat gedabak, suasana kalut & naik train di Delhi dan Agra, Jaipur & Kashmir suasana agak berbeza sebab sisi tradisional & heritage masih utuh.

Tahun 2016 jugak laa aku banyak menjebakkan diri hiking. Umoq2 macam ni baru nak gagah naik gunung bagai. Hehe...tapi kalau tak cuba rugi gak. Bila lagi? Semput tu normal, faktor usia (kunun!) Walhal kolestrol manyoks! 😀

Rumusan untuk 2016 dan tahun-tahun sebelum ni, sebanaqnya kehidupan kita tidaklah seindah apa yang orang tengok.
Lagi banyak dugaan & ujian yang Allah beri, lagi banyak nikmat yang Allah SWT hadiahkan.
Terus istiqamah, itu azam aku tahun ni.
Orang kutuk atau keji, ignore selagi mampu.
"Hina besi kerana berkarat,
Hina manusia kerana melarat"
Takkan kita nak hidup dengan kata-kata orang saja.

Janji apa yang kita buat lillahita'ala.
Niat betui, insyAllah.
Allah ada untuk kita.
So, keep strong bebeh πŸ’ͺ!

Semoga 2017 dan tahun-tahun seterusnya dipermudahkan perjalanan, semoga diri ini lebih kuat tatkala diuji, mampu bangun jika rebah, sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmatNya.
Aaminn...yarabbal alamin.

✌ Aktiviti-aktiviti 2016 ✌
1) Langkawi : 19/2-21/2 ✅
2) Siem Reap : 17/5-21/5✅
3) Karimun : 5/8-10/8❎
4) Cameron Highlands & Gunung Irau : 26/8-29/8 ✅
5) India : 16/9-26/9✅
6) Hatyai & Koh Lipe :26/11-30/11✅

#senyum #alhamdulillah 🌸







Friday, December 23, 2016

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 8)

22 September 2016
Sambungan Hari Ketujuh

Seterusnya, Geng Kari ke Agra Fort. Sejujurnya, aku lebih suka Agra Fort & Amer Fort di Jaipur berbanding Taj Mahal. 'Feeling sad' tu masih ada bila teringatkan Taj Mahal. Mungkin kisah disebalik sejarah pembinaannya dan erti monumen itu sendiri. So, sesapa yang rajin boleh laa carik info tu. Tetiba hashtag jiwang. Kihkihkih πŸ˜–
Taj Mahal boleh dilihat dari Agra fort

Melangkah ke Agra Fort pastinya sesiapa pun akan teruja dengan 'kemegahan' senibinanya. Entrance dia saja aku dah kagum. MasyAllah, cantik sebab bangunan atau lebih tepat kubu ini dibina dengan batu bata merah. Agra Fort pernah menjadi tempat pentadbiran dan pertahanan. Agra Fort ni agak luas so berjalan laa kami.
Kalau nak tau di sini jugalah tempat Shah Jahan menghabiskan hari-hari terakhirnya. Sebab musababnya, dia telah dikurung oleh puteranya sendiri, Aurangzeb. Kijam kan? Sebab harta, anak beranak boleh gadoh! 😑

Back to da story, dari tingkat atas Agra Fort ni, aku boleh nampak Taj Mahal. Dan menurut cerita, Shah Jahan yang dikurung boleh melihat Taj Mahal disebalik tirai besi penjaranya. Okeh...tetiba mood syahdu mai 😒
Selain itu, di dalam bangunan Agra Fort ini turut mempunyai istana, masjid, dewan peribadi, dewan awam, taman, kolam mandi, dan menariknya ada istana yang digunakan ketika cuaca panas dan cuaca sejuk. Dasat dak? 😌

Tiket Masuk : Rs500, student Rs100.
Wif Kak Maya di dalam Agra Fort

Squirrel tomey...nak bergambo kena bayaq Rs10.
Aku & Zul tak kasik chan, pulun laa posing dengan kiut miut nih!

View dari tingkat atas Agra Fort

Aci rehat sat...penat nak cover Agra Fort nih 😌

Salah satu dewan di Agra Fort

Puas selfie, wefie, posing dan jelajah bagai hampir jam 5.00 pm,  kami pun bergerak terus ke Agra Cantt semula...nak kejaq train ke Jaipur pulak. Sampai awai tak apa. Boleh gak relax dan layan gelagat orang.

Train dari AGC pada jam 6.05 pm dan dijangka tiba di Jaipur pada jam 10.50 pm. Train ke Jaipur ni adalah train yang paling aku rasa selesa tahap gaban. Ada aircond wokeh. Kihkihkih. Hat tu yang buat aku kroh tak ingat...hehe πŸ˜‹

Tiba saja di Jaipur, aku rasa lain. Rasa aman sikit. Tak rasa hingaq bingaq macam di Delhi dan Agra.

Oleh sebab dalam booking.com bagitahu yang hotel kami ni tak jauh dari stesyen keretapi. So, kami sekali lagi berjalan dengan beg gedabak berat. Jalan-jalan...tak sampai. 3 minit katanya. Citt....muhong!

1 km jugak Geng Kari 'eksesais' πŸ˜‚
Finally, jumpa gak Krishna Hotel nih. Hotel paling 'besh' sebab masuk saja dah gulap gulita. Receptionist pun takdops. Kami redah masuk macam tu saja. Actually, hotel ni adalah sebuah rumah banglo yang sangat bercirikan heritage. Panggil-panggil, rupanya staf hotel tu ada tapi tidoq. Hmm...kecian punya tunggu kami sampai tertidoq (iyolaa tu!) πŸ˜…

So, masing-masing pun dapat bilik. Macam biasa, aku sebilik dengan Kak Maya 😍.
Kami segarkan badan, solat, basuh baju (harap cepat kering). Puyut lapaq pulops. But dun wori, be hepi sebab kami dah tapau lauk pauk plus nasi briyani dari Agra tadi. Hehe...

Dinner berjemaah kami di bilik grup boboi. Alhamdulillah. Dapat dinner walaupun berlapikkan plastik (sebab pinggan takdops) tapi hidangan yang shedappp. Sampai la nih still teringat. Cenggini haaa πŸ‘!

Lepas dah kenyang, masing-masing balik ke bilik sendiri dan kroh. Perjalanan untuk esok panjang. Jomlah charge balik energy.

Kos hangus utk hari ke-7:
Taxi = Rs167
Taj Mahal = Rs1000
Lunch@The Silk Route = Rs400
Agra Fort = Rs500
Tips = Rs100
FM = 280
Tapau makan = Rs170

To be continue...NH πŸ’€



Thursday, December 22, 2016

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 7)

22 September 2016
Sambungan Hari Ketujuh

Cinta di langit Taj Mahal 😍
Lepas puas melata di Jama Masjid, kami attack area Taj Mahal. Luaq dan dalam...rugi kalau tak pulun. "One of the 7 wonders of the world" tuuu....😍.  Alhamdulillah, tahun 2016 ni agak gemilang dalam sejarah travel aku, sebabnya aku sukses attack 2 daripada 7 wonders of the world. Mei lepas ke Angkor Watt dan bulan September dapat tatap Taj Mahal. Tak laa hebat tapi besh gak...hehe. Nampak tak betapa humblenya aku? Erkkk...πŸ˜„

Ok balik ke cerita Taj Mahal. Sebaik melangkah ke dalam bangunan Taj Mahal, aku yang tahap rabun separa kritikal nih agak kurang jelas sebab dalam tu hanya menggunakan cahaya matahari yang masuk dari luar. Aku ingat time tu mendongak jugak carik lampu, and yesss ada 1 saja lampu gantung. Tak ingat pulak ianya menyala atau tak.  Untuk info, sebarang rakaman adalah di larang. So, sesapa nak merasa dihalau oleh pihak security kat dalam tu, sila amik gambaq! kihkihkih!

Ada dua makam dan ianya berada di dalam sangkar. Dalam bangunan ni hanya menempatkan makam mereka berdua sahaja. Hanya tengok dari lubang-lubang sangkar dan kalau nak lepak lama-lama agak susah sebab pelancong yang masuk akan pusing keliling sangkar bulat tu. Secara tak langsung, aku dan Geng Kari pun pusing serupa orang tawaf. Yang aku pelik bin ajaib apahal pulak makam Mumtaz Mahal (isteri Shah Jahan) tu besaq dan duk tengah-tengah dari suami dia. Size makam Shah Jahan lak agak kecik dan berada di sebelah makam permaisurinya. Lelama pikiaq dan teringat...iyalah dah Mumtaz Mahal mangkat dulu. Plus, Taj Mahal ni kan dibina sebagai tanda kasih dan peringatan untuk permaisurinya yang dah mangkat selepas melahirkan puteri ke-14 depa. No wonder laa..apa laa yang teruks shangat aku nih. Hehe...

Pic belas ihsan dari tumblr.com :  
Makam Shah Jahan & Mumtaz Mahal.

Info bangunan Taj Mahal 
i.  Bumbung, kubah dan menara dibina dengan marmar putih & seni mozek indah.
ii. Kubah (dome) terbesar Taj Mahal digelar 'Onion Dome' & dikelilingi oleh 4 dome kecil.
iii. Ketinggian Taj Mahal adalah sebanyak 171 meter.  
iv. Pembinaan memakan masa selama 22 tahun.
v.  Sebanyak 20,000 tenaga kerja digunakan termasuk tukang ukir, tukar emas, tukang batu termasyur dari seluruh dunia.
vi. Ayat-ayat suci Al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal.
vii. Sebanyak 43 jenis permata digunakan antaranya; topaz, jed, berlian, nilam & kristal.
viii. Kos pembinaan Taj Mahal menelan belanja lebih 32 juta rupees.  


πŸ’œKu abadikan potret diri di Taj MahalπŸ’œ

Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini,
Seperti orang diampunkan, dia bebas dari dosa.
Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini,
Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.
Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan;
Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata.
Di dunia ini bangunan ini telah dibina;
Bagi menggambarkan keagungan Pencipta.

- Gambaran Shah Jahan mengenai Taj mahal

Selepas ke Taj Mahal, Geng Kari yang mengamalkan sistem ekonomi terpimpin sebab skip brekpas pagi tadi mula laa tak ketahuan sebab lapaq. Hehe..So, kami brunch a.k.a brekpas+lunch terus di The Silk Route. Tak jauh dari Taj Mahal, agak eksklusif tempat ni, tapi very recommended! Kalau ada 100 bintang pun cheq bagi. Nasi beriani depa sangat laa shedap. Yang tak beshnya orang Yindia nih memang tak kaki ais ketui kot. Jus buah hanya ada 2 3 ketui ais. Huhu....so solution dia mintak extra ais ketui, itu pun jenuh explain+elaborate ais ketui...da rest i'm very hepiiii! WiFi pun hadooo dan ruang untuk solat pun disediakan. So, pandai-pandai la manfaatkan fasiliti yang ada. πŸ˜„

Puyut kenyang, hati senang. Ungkapan tepat bila lepas brunch tadi. Then, taxi tu bawak pula ke JK Cottage Industries. Geng Kari tengok cara-cara pembuatan marble floor. Tengok ja laa..takdak makna nak beli kan? Ngee...

Masih di Agra, 
To be continue, jumpa di Part 8...NH πŸ’€ 



Wednesday, December 14, 2016

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 6)

22 September 2016
Hari Ketujuh

4.00 am - Geng Kari check out. Pepagi lagi kami dah exercise dengan berjalan kaki hampir 1km dari hotel ke NDLS. Feeling sejuk-sejuk pagi. Dalam perjalanan kami tetiba ada adegan yang tidak diingini. Ada dua mamat India ni bergaduh, sorang dah naik sheikh dengan pecahkan botol sambil acah-acah ke arah kawan yang sorang lagi.

Time tu, aku dengan kak Maya jalan sama-sama dan geng lain berada di belakang dan di hadapan kami. Cuak jugak, sat gi tak pasal-pasal jadi kes. Cepat-cepat kami jalan. Kes mabuk laa tu...area Pahar Ganj ni selain tempat penginapan dan gerai-gerai ada juga night clubs. So, tak hairanlah ada yang peel camni. πŸ˜“

Drama subuh shapie bukan setakat itu saja, kali ini drama dengan pegawai yang jaga tempat scan beg penumpang yang nak masuk ke dalam station NDLS. Awai-awai dia dah scam kami. Dia bagitahu yang train kami cancelled dan kena beli tiket baru. Aikk...sudah. Jenayah kolar putih betui.
Kemeja putih dan bertali leher tapi cittt. Penipu. Lepas arguing bagai, kami terus letak beg dan proceed masuk. Grr...
Otw ke NDLS
Kami menaiki train dari NDLS ke Agra Cantt (AGC) pada jam 5.15 am hingga  jam 8.30 am. Alhamdulillah, kami berjaya naik train yang pertama. Train yang diidam-idamkan. Hehe...tapi erkkk. Bau hanc*** teramatlah kuat. Perjalanan selama 3 jam 15 minit weiii...Pakai mask yang tebal pun tak lut. Aku double dengan sleeping mask. Hehe, orang pakai dekat mata cheq pi pakai kat hidung. Tapi, Allah saja yang tahu. Bau tu still tak hilang. Cer bayangkan bau dia camna...😷

Dalam pada tu, risau jugak sebab risau baju atau seluar kena najis. Air sembahyang dah amik untuk solat subuh sat gi. Dalam mengembara bab menjaga pakaian sangat penting. Biasanya, kita akan memakai pakaian yang sama dan dalam tempoh panjang. So, kalau nak solat senang. Tandas depa pula, huhu. Mungkin orang lain ok. So, bergantung pada diri masing-masing.

Pic hepi...merata tempat aku explore.
Bukan senang nak feeling camni kan...😍
Berada dalam train tu macam-macam ragam boleh kita tengok. Waktu tu still gelap, seyesli aku terkezuttt sebab ada sorang uncle ni merangkak dalam train sambil pegang penyapu dan mintak duit. Dengan power mata rabun aku yang tinggi ni, nampak macam lain lagi pun gelapkan. Huhu..dup dap sat. Tak lama orang lelaki yang berpakaian 'wanita' a.k.a paham-pahamlah apa mai mintak duit. Aku bolayan sambil tengok tingkap, layan view lagik baik. Pengalaman...rasa berdosa pulak bila ingat depa macam-macam. Huhu...ok iolls insaf.πŸ˜‰

Dok lama-lama dalam train tu dah serasi agaknya. Taj Mahal punya pasai, bertabahlah. Cuma bab bau tu aku takleh blend lagi. Tapi sebab hanc**** inilah yang bawak aku sampai ke sini. Hehe...sepanjang perjalanan ke Agra boleh layan macam-macam view. Penempatan depa banyak tapi tak teratur. Kekadang rasa macam depa ni baru lepas perang. Sebabnya batu bata berselerak dan pecah sana sini. Bangunan ada yang runtuh. Ada juga yang tinggal dalam khemah. Mungkin mereka gelandangan. Aku terpana seketika!

Welcome to Agra! 

8.30 am - Kami tiba di Agra Cantt. Masa tu ada orang approach untuk naik taxi. Mintak diskaun. So, last kami dapat deal dengan amik 2 buah taxi untuk trip hari ini. Menyenangkan jugak sebab kami perlu kembali semula ke AGC pada petang ini untuk naik train ke Jaipur pada jam 6 petang nanti.

Trip kami bermula dengan tujuan utama iaitu ke salah satu daripada tujuh keajaiban di dunia, Taj Mahal. Macam biasa badan dan barang wajib kena scan. Local people dan tourists berduyun-duyun. Saat melangkah ke Taj Mahal memang pandangan aku zuppp tepat ke arah bangunan di tengah-tengah tu. Yup, bangunan Taj Mahal tu tersergam dengan indahnya. Dari entrance tu kita boleh tengok bangunan putih tu. Ada mughal garden di hadapannya. Ohsem tapi time tu aku rasa something. Jarum excited aku tak maximum. Dah awat pulak...huhu.πŸ˜…
Kaunter tiket Taj Mahal


Mimbar Jama Masjid, Taj Mahal

Berada dalam Jama Masjid yang
bersebelahan Taj Mahal.


Di luar Jama Masjid & kelihatan Sungai Yamuna.
Lama aku perati struktur Taj Mahal ni. Kalau baca blog atau tengok dokumentari pasti cerita Taj Mahal ni gah-gah belaka. Aku? So-so. Mungkin sebab selalu tengok. Dalam gambar yup sejibik sama. Tak ada beza dalam gambar dengan realiti. Kami berjalan menuju ke arah bangunan di sebelahnya. Taj Mahal di apit dengan dua buah bangunan. Jama Masjid di sebelah kiri dan sebuah bangunan serupa Jama Masjid yang dikatakan bakal menjadi hotel mewah berada di sebelah kanan.

Info penting Taj Mahal
i. Sebarang makanan dilarang dibawa masuk ke dalam Taj Mahal
ii. Taj Mahal ditutup pada hari Jumaat.(Penting!)
iii. Dilarang memakai kasut. (ada sarung disediakan INR250)
iv. Dilarang mengambil gambar di dalam Taj Mahal iaitu kubur Shah Jahan & Mumtaz Mahal.

Kami masuk ke bangunan Jama Masjid dulu, ya laa..melawat masjid rasanya lagi ok. Lepaih tu, baru pi ziarah kubur. Jama Masjid ni berbeza dengan Taj Mahal sebab batu batanya merah. Taj Mahal pula dibina dari marble-marble putih. Masih digunakan terutamanya pada hari Jumaat. Kebetulan diizinkanNya, kami bertemu dengan bilal masjid. Agak berusia, tegas tapi ramah. Tegas tu nampak bila dia marah tourist yang masuk ke dalam masjid tanpa membuka kasut. Ofkos la maghah kan. Rumah Allah. Wajib kita pelihara. Dan bilal tu juga bagitau yang tulisan di pintu masuk Taj Mahal ialah Surah Yasin. Wow...😍

To be continue, jumpa kat Part 7 lak keh...NH πŸ’€