20 September 2016
Hari kelima
Welcome to Naranag!
4.00 am - Macam biasa, kami bergerak keluar dari hotel seawal yang boleh.
Destinasi seterusnya,
Naranag. Kami menginap di rumah local people hampir seharian.
Otw ke Naranag bagaikan satu perjalanan yang berbeza. Jalan masih berbukit dan berbengkang bengkok. Jalan juga semakin mengecil dan bentuk rumah-rumah penduduk juga berbeza.
|
Bentuk rumah di Naranag (View dari bilik tingkat atas guesthouse kami) |
Susah untuk aku membezakan antara rumah orang kaya dengan rumah orang biasa sebab semua rumah cantik-cantik belaka. Tersusun rapi. Selain padi, tanaman paling banyak adalah tanaman jagung. Feberet ni...kecik kemetot pulak tu. Hehe...
Tiba awal di guesthouse, tuan rumah mula sediakan roti dan chai untuk sarapan pagi kami.
Chai di sini kureng sikit...sebabnya bau susu sangat kuat. Fresh milk without sugar hokeh!
Part besh bila kami dapat tengok cara depa membakar roti dan memasak chai secara tradisional.
Pakat-pakat pulun semua nak buatkan doh jadi roti. At last, failed. Haha...amek ko!
|
Lepaking sama-sama masa breakfast |
|
Anak-anak tuan tanah kedaung..segak-segak depa. Tak kecuali jugak orang Malaysia dalam pic nih! kihkihkih! |
|
Ikan trout weh...fresh nih. Hidup dalam air sejuk, bersih & tinggi kandungan oksigen. |
Selepas sarapan, kami sekali lagi menjelma sebagai ponny rider. Aku mula terbayangkan kekebasan punggung kelmarin. Hahah...Kali ini, kami menyelusuri sungai-sungai, rumah-rumah orang kampung, Gypsy Village, dan sebuah kuil yang didedikasikan untuk Lord Shiva.
Tak ingat pulak berapa jam kami trekking dengan ponny. Tapi kali ni aku banyak berjalan. Sebab tengok ponny aku tu cam semput. Kecian pulops. Nampak dak ciri-ciri kemanusiaan Neelopak. π
Di pertengahan trekking, kami stop dekat area
Gypsy Village. Ada 2, 3 khemah mungkin sebuah khemah untuk satu keluarga.
Difahamkan, depa ni hidup berpindah randah a.k.a hidup nomad. Pada musim sejuk depa akan membawa haiwan ternakan masing-masing ke bawah lembah untuk melindungi diri daripada cuaca sejuk melampau.
Pada musim panas pula depa akan berpindah semula ke kawasan lembah pergunungan tinggi.
So, anak-anak depa memang tidak berpeluang untuk ke sekolah.
|
Di sinilah tempat tinggal sementara depa. |
Masa kami berehat dekat dengan khemah depa, ada beberapa kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mai dekat.
"
Didi...didi..." sorang budak perempuan tu mula memanggil.
Bukan sebab nama aku Didi.
Tapi Didi bermaksud, kakak. Hehe...
Aku seluk poket nak laa bagi sikit coklat Clorets. Tetiba zrappp...dah serupa jebon depa rembat. Huhu..Tanjat gegel. π― Muka comel-comel belaka. Tapi, mak aii ganaih.
'Keep calm' itu tagline untuk situasi macam ni. Faham-faham sajalah. Jangan dok pi marah depa pulops! π
Jauh di sudut hati sebenarnya agak kesian sebab budak-budak ni hidup macam ni. Tak ada pendidikan formal. Tapi, itulah budaya yang depa amalkan sejak turun-temurun.
Semoga mereka sentiasa hidup dalam lindungan dan rahmatNya. Aaminnn.
|
Ponny trekking di Naranag bermula π |
|
Bersama kanak-kanak di Gypsy Village ...depa ni la yang zrappp Clorets iolss! Hahah! |
Selepas rehat dan posing crettt sana sini. Kami trekking semula sehingga ada sebuah jambatan kecil. Sekali lagi, rest. Kematu bambam cheq. Ngeee... π
Geng boboi mula buat aksi 80PL (bukan tontonan awam). ⚠
Depa excited nak mandi sungai. Sungai tu pulak sejuk takat beku. Orang utagha sebut, sejuk gedi.
Tak lama lepas tu, kami balik semula ke guesthouse. Sempat singgah di sebuah restoran untuk lunch.
Masakan kat sini sedap sangat. Dua pinggan nasi setel. Aku tak ingat nama restoran tu, tapi yang aku ingat mungkin ada bunyi mountain view. Sebabnya, restoran tu tertutup. Apa yang mountain view pun tak tau. View dinding ada laa. Kihkihkih π.
4.00 pm - Kami melawat kebun epal. Kenangan pahit manis maharaja lawak bermula di sini. Nak menapak mendaki kebun tu satu hal. Muka owner ladang tu cengey oittt. Aku tahan nak gelak. Dia perati gelagat kami semua, memasing zibi posing dengan buah epal dia. Buah epal paling sedap jenis
Golden Epal. Crunchy! Hehe...π
Time aku nak tunjuk skill panjat pokok epal, tetiba ada anak lembu naik hangin.
Rasa macam dia nak main-main. Tapi, mainan dia nak menyondol. Bahaya nih!
Geng Kari semua dah larik tak ketahuan. Aku maintain ataih pokok. Menyenget jugak! Naseb baik ada Salim (very daa talented kan?)
|
Kejadian Geng Kari di'attack' anak lembu... Aku & Ibnor dah sedia tersangkut atas pokok! Huhu! |
Lepas kena kejaq dengan anak lembu, kebetulan jugak time tu azan Asar, lagik laa owner kebun tu tak bagi stay kat kebun dia. Garang nau laa. Rasa macam nak p tarik janggut dia! Hehe..ok, gurau!
So, kami turun balik ke guesthouse.
Then, tengah relax lepaking dan sembang-sembang tetiba anak lembu tadi sekali lagi buat hal.
Hahah...seyes tak paham. Geng Kari semua lari tak ketahuan. APTB! π
|
Irrfan Helok sedang membakar jagung untuk makan petang.
|
|
Sebelum peristiwa dikejaq anak lembu untuk kedua kalinya. |
Kembali ke guesthouse, dapat sebuah bilik berehat untuk geng gegel & sebuah bilik untuk geng boboi. Yeayyy, landing time. Cuaca sejuk dari pagi sampai ke petang. Nyaman gilos kat sini. As usual, Nanna Hideanna kalau tak buat peta. Tak sah. Titoq la sat!
6.30 pm - Irrfan roger yang kami dah boleh balik ke houseboat semula.
Sebenaqnya jalan kembali ke houseboat kami ada curfew. Kemungkinan lewat malam baru boleh lalu. Alhamdulillah, bila dapat tahu yang kami dah boleh caloo betey awal!
7.10 pm - Menempuh jalan untuk kembali ke houseboat sangat mencabar. Makin kecik pulak jalan nak balik ni. Mencabar bukan hanya sebab melalui jalan yang curam dan tebing tinggi. Tapi, kereta geng boboi nyaris dilempar batu.
Waktu tu jalan dah mulai gelap, nampak beberapa orang lelaki yang berdiri di tepi jalan dan tangan memegang batu sebesar tapak tangan. Aku pun tak faham. Apa laa masalah depa.
So, time kritikal macam ini lah travel insurans sangat penting.
Apa-apa jadi, taklah kita susahkan family nun jauh di sana. Sayangilah keluarga anda. π
8.30 pm - Syukur, malam tu kami selamat kembali ke houseboat. Lupakan kes baling batu tadi. Kalau tak, spoil mood nak travel. 5 hari lagi nak travel ni. Sampai saja, puyut bergendang dangdut. π
Nasib ada Noora yang sudi sediakan dinner. Noora ni chef hotel. Buat partime kat houseboat sebab curfew. Tourist takdopsss.
|
Ruang tamu untuk Geng Kari berkumpul selama 5 hari. |
Malam terakhir di houseboat opsss bukan di houseboat saja tapi juga di Kashmir, kami mula packing beg memasing. Rasa sayu pulak nak tinggal tempat tenang macam ni.
Pernah aku baca blog trip ke Kashmir. Blogger tu bagitahu yang dia tak suka duduk di houseboat sebab perlu naik shikara untuk ke sana ke sini.
Tapi bagi aku, inilah istimewanya Kashmir. Tinggal di dalam houseboat, suasana yang jarang dialami.
Tak rugi lagik menyesal kalau tak cuba stay, at least 1 malam pun tak apa.
Besok, flight pulang ke Delhi pagi. Huhu...mood sayu pulak nak tinggal katil empuk 4 tiang tu, sampan panjang, view gunung ohsem, Dal Lake dan banyak lagi la...π
So, enjoy last night puas-puas kat houseboat ni. Lepas ni dah tak ada orang sediakan makan minum dan bawa travel. Kena indipendent workeh, hwaitting!
Amazing race untuk trip di Delhi-Agra-Jaipur bakal tiba!
Kos hangus hari ke-5
i) Caj Ponny Riding : INR 600
ii) Tips tuan umah : INR 300
Total = INR 900
To be continue...π€ NH