Total Pageviews

Friday, December 23, 2016

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 8)

22 September 2016
Sambungan Hari Ketujuh

Seterusnya, Geng Kari ke Agra Fort. Sejujurnya, aku lebih suka Agra Fort & Amer Fort di Jaipur berbanding Taj Mahal. 'Feeling sad' tu masih ada bila teringatkan Taj Mahal. Mungkin kisah disebalik sejarah pembinaannya dan erti monumen itu sendiri. So, sesapa yang rajin boleh laa carik info tu. Tetiba hashtag jiwang. Kihkihkih πŸ˜–
Taj Mahal boleh dilihat dari Agra fort

Melangkah ke Agra Fort pastinya sesiapa pun akan teruja dengan 'kemegahan' senibinanya. Entrance dia saja aku dah kagum. MasyAllah, cantik sebab bangunan atau lebih tepat kubu ini dibina dengan batu bata merah. Agra Fort pernah menjadi tempat pentadbiran dan pertahanan. Agra Fort ni agak luas so berjalan laa kami.
Kalau nak tau di sini jugalah tempat Shah Jahan menghabiskan hari-hari terakhirnya. Sebab musababnya, dia telah dikurung oleh puteranya sendiri, Aurangzeb. Kijam kan? Sebab harta, anak beranak boleh gadoh! 😑

Back to da story, dari tingkat atas Agra Fort ni, aku boleh nampak Taj Mahal. Dan menurut cerita, Shah Jahan yang dikurung boleh melihat Taj Mahal disebalik tirai besi penjaranya. Okeh...tetiba mood syahdu mai 😒
Selain itu, di dalam bangunan Agra Fort ini turut mempunyai istana, masjid, dewan peribadi, dewan awam, taman, kolam mandi, dan menariknya ada istana yang digunakan ketika cuaca panas dan cuaca sejuk. Dasat dak? 😌

Tiket Masuk : Rs500, student Rs100.
Wif Kak Maya di dalam Agra Fort

Squirrel tomey...nak bergambo kena bayaq Rs10.
Aku & Zul tak kasik chan, pulun laa posing dengan kiut miut nih!

View dari tingkat atas Agra Fort

Aci rehat sat...penat nak cover Agra Fort nih 😌

Salah satu dewan di Agra Fort

Puas selfie, wefie, posing dan jelajah bagai hampir jam 5.00 pm,  kami pun bergerak terus ke Agra Cantt semula...nak kejaq train ke Jaipur pulak. Sampai awai tak apa. Boleh gak relax dan layan gelagat orang.

Train dari AGC pada jam 6.05 pm dan dijangka tiba di Jaipur pada jam 10.50 pm. Train ke Jaipur ni adalah train yang paling aku rasa selesa tahap gaban. Ada aircond wokeh. Kihkihkih. Hat tu yang buat aku kroh tak ingat...hehe πŸ˜‹

Tiba saja di Jaipur, aku rasa lain. Rasa aman sikit. Tak rasa hingaq bingaq macam di Delhi dan Agra.

Oleh sebab dalam booking.com bagitahu yang hotel kami ni tak jauh dari stesyen keretapi. So, kami sekali lagi berjalan dengan beg gedabak berat. Jalan-jalan...tak sampai. 3 minit katanya. Citt....muhong!

1 km jugak Geng Kari 'eksesais' πŸ˜‚
Finally, jumpa gak Krishna Hotel nih. Hotel paling 'besh' sebab masuk saja dah gulap gulita. Receptionist pun takdops. Kami redah masuk macam tu saja. Actually, hotel ni adalah sebuah rumah banglo yang sangat bercirikan heritage. Panggil-panggil, rupanya staf hotel tu ada tapi tidoq. Hmm...kecian punya tunggu kami sampai tertidoq (iyolaa tu!) πŸ˜…

So, masing-masing pun dapat bilik. Macam biasa, aku sebilik dengan Kak Maya 😍.
Kami segarkan badan, solat, basuh baju (harap cepat kering). Puyut lapaq pulops. But dun wori, be hepi sebab kami dah tapau lauk pauk plus nasi briyani dari Agra tadi. Hehe...

Dinner berjemaah kami di bilik grup boboi. Alhamdulillah. Dapat dinner walaupun berlapikkan plastik (sebab pinggan takdops) tapi hidangan yang shedappp. Sampai la nih still teringat. Cenggini haaa πŸ‘!

Lepas dah kenyang, masing-masing balik ke bilik sendiri dan kroh. Perjalanan untuk esok panjang. Jomlah charge balik energy.

Kos hangus utk hari ke-7:
Taxi = Rs167
Taj Mahal = Rs1000
Lunch@The Silk Route = Rs400
Agra Fort = Rs500
Tips = Rs100
FM = 280
Tapau makan = Rs170

To be continue...NH πŸ’€



Thursday, December 22, 2016

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 7)

22 September 2016
Sambungan Hari Ketujuh

Cinta di langit Taj Mahal 😍
Lepas puas melata di Jama Masjid, kami attack area Taj Mahal. Luaq dan dalam...rugi kalau tak pulun. "One of the 7 wonders of the world" tuuu....😍.  Alhamdulillah, tahun 2016 ni agak gemilang dalam sejarah travel aku, sebabnya aku sukses attack 2 daripada 7 wonders of the world. Mei lepas ke Angkor Watt dan bulan September dapat tatap Taj Mahal. Tak laa hebat tapi besh gak...hehe. Nampak tak betapa humblenya aku? Erkkk...πŸ˜„

Ok balik ke cerita Taj Mahal. Sebaik melangkah ke dalam bangunan Taj Mahal, aku yang tahap rabun separa kritikal nih agak kurang jelas sebab dalam tu hanya menggunakan cahaya matahari yang masuk dari luar. Aku ingat time tu mendongak jugak carik lampu, and yesss ada 1 saja lampu gantung. Tak ingat pulak ianya menyala atau tak.  Untuk info, sebarang rakaman adalah di larang. So, sesapa nak merasa dihalau oleh pihak security kat dalam tu, sila amik gambaq! kihkihkih!

Ada dua makam dan ianya berada di dalam sangkar. Dalam bangunan ni hanya menempatkan makam mereka berdua sahaja. Hanya tengok dari lubang-lubang sangkar dan kalau nak lepak lama-lama agak susah sebab pelancong yang masuk akan pusing keliling sangkar bulat tu. Secara tak langsung, aku dan Geng Kari pun pusing serupa orang tawaf. Yang aku pelik bin ajaib apahal pulak makam Mumtaz Mahal (isteri Shah Jahan) tu besaq dan duk tengah-tengah dari suami dia. Size makam Shah Jahan lak agak kecik dan berada di sebelah makam permaisurinya. Lelama pikiaq dan teringat...iyalah dah Mumtaz Mahal mangkat dulu. Plus, Taj Mahal ni kan dibina sebagai tanda kasih dan peringatan untuk permaisurinya yang dah mangkat selepas melahirkan puteri ke-14 depa. No wonder laa..apa laa yang teruks shangat aku nih. Hehe...

Pic belas ihsan dari tumblr.com :  
Makam Shah Jahan & Mumtaz Mahal.

Info bangunan Taj Mahal 
i.  Bumbung, kubah dan menara dibina dengan marmar putih & seni mozek indah.
ii. Kubah (dome) terbesar Taj Mahal digelar 'Onion Dome' & dikelilingi oleh 4 dome kecil.
iii. Ketinggian Taj Mahal adalah sebanyak 171 meter.  
iv. Pembinaan memakan masa selama 22 tahun.
v.  Sebanyak 20,000 tenaga kerja digunakan termasuk tukang ukir, tukar emas, tukang batu termasyur dari seluruh dunia.
vi. Ayat-ayat suci Al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal.
vii. Sebanyak 43 jenis permata digunakan antaranya; topaz, jed, berlian, nilam & kristal.
viii. Kos pembinaan Taj Mahal menelan belanja lebih 32 juta rupees.  


πŸ’œKu abadikan potret diri di Taj MahalπŸ’œ

Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini,
Seperti orang diampunkan, dia bebas dari dosa.
Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini,
Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.
Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan;
Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata.
Di dunia ini bangunan ini telah dibina;
Bagi menggambarkan keagungan Pencipta.

- Gambaran Shah Jahan mengenai Taj mahal

Selepas ke Taj Mahal, Geng Kari yang mengamalkan sistem ekonomi terpimpin sebab skip brekpas pagi tadi mula laa tak ketahuan sebab lapaq. Hehe..So, kami brunch a.k.a brekpas+lunch terus di The Silk Route. Tak jauh dari Taj Mahal, agak eksklusif tempat ni, tapi very recommended! Kalau ada 100 bintang pun cheq bagi. Nasi beriani depa sangat laa shedap. Yang tak beshnya orang Yindia nih memang tak kaki ais ketui kot. Jus buah hanya ada 2 3 ketui ais. Huhu....so solution dia mintak extra ais ketui, itu pun jenuh explain+elaborate ais ketui...da rest i'm very hepiiii! WiFi pun hadooo dan ruang untuk solat pun disediakan. So, pandai-pandai la manfaatkan fasiliti yang ada. πŸ˜„

Puyut kenyang, hati senang. Ungkapan tepat bila lepas brunch tadi. Then, taxi tu bawak pula ke JK Cottage Industries. Geng Kari tengok cara-cara pembuatan marble floor. Tengok ja laa..takdak makna nak beli kan? Ngee...

Masih di Agra, 
To be continue, jumpa di Part 8...NH πŸ’€ 



Wednesday, December 14, 2016

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 6)

22 September 2016
Hari Ketujuh

4.00 am - Geng Kari check out. Pepagi lagi kami dah exercise dengan berjalan kaki hampir 1km dari hotel ke NDLS. Feeling sejuk-sejuk pagi. Dalam perjalanan kami tetiba ada adegan yang tidak diingini. Ada dua mamat India ni bergaduh, sorang dah naik sheikh dengan pecahkan botol sambil acah-acah ke arah kawan yang sorang lagi.

Time tu, aku dengan kak Maya jalan sama-sama dan geng lain berada di belakang dan di hadapan kami. Cuak jugak, sat gi tak pasal-pasal jadi kes. Cepat-cepat kami jalan. Kes mabuk laa tu...area Pahar Ganj ni selain tempat penginapan dan gerai-gerai ada juga night clubs. So, tak hairanlah ada yang peel camni. πŸ˜“

Drama subuh shapie bukan setakat itu saja, kali ini drama dengan pegawai yang jaga tempat scan beg penumpang yang nak masuk ke dalam station NDLS. Awai-awai dia dah scam kami. Dia bagitahu yang train kami cancelled dan kena beli tiket baru. Aikk...sudah. Jenayah kolar putih betui.
Kemeja putih dan bertali leher tapi cittt. Penipu. Lepas arguing bagai, kami terus letak beg dan proceed masuk. Grr...
Otw ke NDLS
Kami menaiki train dari NDLS ke Agra Cantt (AGC) pada jam 5.15 am hingga  jam 8.30 am. Alhamdulillah, kami berjaya naik train yang pertama. Train yang diidam-idamkan. Hehe...tapi erkkk. Bau hanc*** teramatlah kuat. Perjalanan selama 3 jam 15 minit weiii...Pakai mask yang tebal pun tak lut. Aku double dengan sleeping mask. Hehe, orang pakai dekat mata cheq pi pakai kat hidung. Tapi, Allah saja yang tahu. Bau tu still tak hilang. Cer bayangkan bau dia camna...😷

Dalam pada tu, risau jugak sebab risau baju atau seluar kena najis. Air sembahyang dah amik untuk solat subuh sat gi. Dalam mengembara bab menjaga pakaian sangat penting. Biasanya, kita akan memakai pakaian yang sama dan dalam tempoh panjang. So, kalau nak solat senang. Tandas depa pula, huhu. Mungkin orang lain ok. So, bergantung pada diri masing-masing.

Pic hepi...merata tempat aku explore.
Bukan senang nak feeling camni kan...😍
Berada dalam train tu macam-macam ragam boleh kita tengok. Waktu tu still gelap, seyesli aku terkezuttt sebab ada sorang uncle ni merangkak dalam train sambil pegang penyapu dan mintak duit. Dengan power mata rabun aku yang tinggi ni, nampak macam lain lagi pun gelapkan. Huhu..dup dap sat. Tak lama orang lelaki yang berpakaian 'wanita' a.k.a paham-pahamlah apa mai mintak duit. Aku bolayan sambil tengok tingkap, layan view lagik baik. Pengalaman...rasa berdosa pulak bila ingat depa macam-macam. Huhu...ok iolls insaf.πŸ˜‰

Dok lama-lama dalam train tu dah serasi agaknya. Taj Mahal punya pasai, bertabahlah. Cuma bab bau tu aku takleh blend lagi. Tapi sebab hanc**** inilah yang bawak aku sampai ke sini. Hehe...sepanjang perjalanan ke Agra boleh layan macam-macam view. Penempatan depa banyak tapi tak teratur. Kekadang rasa macam depa ni baru lepas perang. Sebabnya batu bata berselerak dan pecah sana sini. Bangunan ada yang runtuh. Ada juga yang tinggal dalam khemah. Mungkin mereka gelandangan. Aku terpana seketika!

Welcome to Agra! 

8.30 am - Kami tiba di Agra Cantt. Masa tu ada orang approach untuk naik taxi. Mintak diskaun. So, last kami dapat deal dengan amik 2 buah taxi untuk trip hari ini. Menyenangkan jugak sebab kami perlu kembali semula ke AGC pada petang ini untuk naik train ke Jaipur pada jam 6 petang nanti.

Trip kami bermula dengan tujuan utama iaitu ke salah satu daripada tujuh keajaiban di dunia, Taj Mahal. Macam biasa badan dan barang wajib kena scan. Local people dan tourists berduyun-duyun. Saat melangkah ke Taj Mahal memang pandangan aku zuppp tepat ke arah bangunan di tengah-tengah tu. Yup, bangunan Taj Mahal tu tersergam dengan indahnya. Dari entrance tu kita boleh tengok bangunan putih tu. Ada mughal garden di hadapannya. Ohsem tapi time tu aku rasa something. Jarum excited aku tak maximum. Dah awat pulak...huhu.πŸ˜…
Kaunter tiket Taj Mahal


Mimbar Jama Masjid, Taj Mahal

Berada dalam Jama Masjid yang
bersebelahan Taj Mahal.


Di luar Jama Masjid & kelihatan Sungai Yamuna.
Lama aku perati struktur Taj Mahal ni. Kalau baca blog atau tengok dokumentari pasti cerita Taj Mahal ni gah-gah belaka. Aku? So-so. Mungkin sebab selalu tengok. Dalam gambar yup sejibik sama. Tak ada beza dalam gambar dengan realiti. Kami berjalan menuju ke arah bangunan di sebelahnya. Taj Mahal di apit dengan dua buah bangunan. Jama Masjid di sebelah kiri dan sebuah bangunan serupa Jama Masjid yang dikatakan bakal menjadi hotel mewah berada di sebelah kanan.

Info penting Taj Mahal
i. Sebarang makanan dilarang dibawa masuk ke dalam Taj Mahal
ii. Taj Mahal ditutup pada hari Jumaat.(Penting!)
iii. Dilarang memakai kasut. (ada sarung disediakan INR250)
iv. Dilarang mengambil gambar di dalam Taj Mahal iaitu kubur Shah Jahan & Mumtaz Mahal.

Kami masuk ke bangunan Jama Masjid dulu, ya laa..melawat masjid rasanya lagi ok. Lepaih tu, baru pi ziarah kubur. Jama Masjid ni berbeza dengan Taj Mahal sebab batu batanya merah. Taj Mahal pula dibina dari marble-marble putih. Masih digunakan terutamanya pada hari Jumaat. Kebetulan diizinkanNya, kami bertemu dengan bilal masjid. Agak berusia, tegas tapi ramah. Tegas tu nampak bila dia marah tourist yang masuk ke dalam masjid tanpa membuka kasut. Ofkos la maghah kan. Rumah Allah. Wajib kita pelihara. Dan bilal tu juga bagitau yang tulisan di pintu masuk Taj Mahal ialah Surah Yasin. Wow...😍

To be continue, jumpa kat Part 7 lak keh...NH πŸ’€

Friday, December 9, 2016

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 5)


21 September 2016
Hari keenam

7.00 am - Breakfast terakhir di bumi Kashmir. Menu as usual lah. Janji kopi peberet aku sedia terhidang. Dalam sayu nak tinggalkan 'Paradise On The Earth' ni, semangat nak mengembara Golden Triangle iaitu Delhi-Agra-Jaipur mula berkobar-kobar.
Excited lain macam. Hahah!
Taj Mahal hang tunggu aku naaa....😘

Noora, Aku & Salim.
Labu & Labi kami selama 5 hari 4 malam.
Thanks sangat. Layanan torbaek!
7.45 am - Selepas adegan lambai-melambai & ucapan Good bye. Kami mula bergerak ke airport Srinagar. On the way ke airport, baru aku nampak suasana pekan depa. Penduduk Srinagar mula keluar berniaga. Mungkin keadaan semakin baik. Cuaca pagi tu pun fresh. Alhamdulillah.

Sewaktu nak masuk ke kawasan airport, kami melalui security check hampir 7 kali sebelum berjaya menaiki flight GoAir. 7 kali wokeh! Kau hado? Haha.
So, disarankan keluar awal dari tempat penginapan. At least 3 jam awal pun tak apa. Jangan nak berdrama sinetron bagai kalau dah lewat. Tata laa jawabnya. πŸ˜‚
Again, jangan lupa jugak follow tips yang aku bagi dalam entry Part 1. Mudahkan kerja depa, kita pun senang nak lepas.

Tapi security check yang second last paling teruk. Beg passenger tak kira kecik @ besar yang kita hand carry semua depa suruh kita keluarkan. Attoyai...time tu aku galas beg kecil dan sling bag.
Satu hal pulak packing balik. Huhu...redha sangat time tu.

So, nak tambah satu tips lagi,
Sila bawak beg kecil dan check in semua barang-barang yang remeh ke dalam flight.
Sekian.πŸ’¨

Sampai awal boleh lepak-lepak depan taman airport
11.45 am - Flight G8 198 berlepas.
12.45 am - Flight kami tiba agak awal rasanya di IGI Airport T3, Delhi.

Welcome to New Delhi!

Ketibaan kami disambut dengan paparan 36 πŸ’¦

Perkara pertama bila jejakkan kaki di airport, kami cari shuttle bus untuk ke Metro Station. Masa naik bas tu teragak-agak sikit. So tanya dekat orang sebelah, rasa yakin balik. Huhu.
Naik metro tu kami melalui route Delhi Autocity - Dhaula Kuan - Shivaji Stadium - New Delhi.
Syok jugak naik metro depa. Bersih. Itu first impression aku.

Line up untuk naik metro ke New Delhi 

Token Delhi Metro = INR 50
Sampai di New Delhi, bermulalah kembara kami. Jeng jeng..jeng!
Keluar saja dari station New Delhi tu, rasa semacam bau yang dah sedia maklum.
Bau hancing tak tau nak haaaaaabaq! Hahaha. Aku dari tak berniqab, teruih zrappp. Insof!
Kami tengok sesama sendiri lepas tu....berderai gelak. πŸ™Š Waktu tu kami redah sajalah. Jalan terus sebab nak check in hotel di area Paharganj.

Excited dengan suasana bising dan orang yang terlalu ramai ni buatkan aku sanggup redah jalan & galas beg yang berbelas kilo nih. Jauh jugaklah Paharganj ni. Nasib baik ada deretan kedai yang jual macam-macam jenis pakaian, seluar aladdin, kasut, dan hotel-hotel bajet pun banyak area nih.
Mata teruih membulat. Hahaha. πŸ‘€

Pahar Ganj ni sememangnya sangat terkenal dengan hotel-hotel bajet murah dan dikenali oleh golongan backpackers. Boleh dikatakan suasananya menunjukkan 'wajah dan kehidupan' orang India.
Jalan kecil yang sentiasa sibuk. Ramai penjaja tepi jalan. Makanan tempatan banyak di sepanjang jalan. Gerai-gerai menjual chai. Kedai gunting rambut. Even, Subway pun hado. πŸ˜†

Akhirnya, kami jumpa juga Hotel Heritage Home. Sampai saja teruih mintak password wiFi.
Aku share sebilik dengan Kak Maya. Bilik kami ohsem, nak masuk 5 orang pun muat rasanya. Sama macam nama hotel, herritage style. Kunci bilik pun guna mangga atau orang utagha sebut pedal ayam. Nalaa punya besaq. Lepas, segarkan badan. Kami plan nak carik nasik atau apa-apa makanan janji halalan toyyiban.
View bilik aku & Kak Maya, cun dak? Luaih baq hang...

Nice hotel, Hotel Heritage Home
Jalan sana sini. Sesat pulops. Perut berdendang sayang dah nih! Lastly cari masjid. Boleh tanya-tanyakan orang Muslim kat situ. Alhamdulillah, dimudahkanNya kami jumpa orang Indonesia yang stay kat sini.

Ikut arah yang dia tunjukkan, akhirnya kami jumpa satu gerai. Tak ada tulisan halal. Cuma ada lambang '786'. Tak salah aku, '786' tu menunjukkan perniagaan orang India Muslim.
So, bila kami sebut halal, penjual tu faham cuma dia tak faham bahasa omputeh.
Gerai yang hanya ada 2 meja kecil, tapi briyani chicken dia. Phewww....sedap baq hang!
Seriously, 10 hari mengembara dan makan banyak jenis briyani. Ini briyani yang paling sedap aku hadam. Hahaha. πŸ˜†
Briyani Chicken 1st try di gerai 786, Delhi.
Abaikan muka yang tanned tak hingat πŸ˜…

Geng gegel share 1 set briyani chicken portion besaq. Plain lunch. Waktu tu, pekerja gerai tu ambil segenggam bawang besar yang dah dihiris bulat nak letak dalam bekas pinggan kami. Aku tengok bekas dia amik tu pun erkkk. Kensel. Nasi briyani dengan ayam pun dah cukup. Janji sedap dia wow!

Lepas semua dah kenyang, kami hanya jalan-jalan tengok life depa. Feberet aku sebenaqnya, suka tengok gelagat kalau travel tempat orang. Suasana kat sini pula ramai dengan orang. Bunyi hon merata-rata. Kereta dengan motorsikal banyak tapi satu yang aku tengok, tak ada incident pun.
Nyaris nak langgar tapi tak ada pun yang gaduh-gaduh bagai. πŸ˜‚

On the way balik hotel, ak, Tirah & Zaha singgah kedai belakang hotel kami nak beli simcard plus ada internet sekali. Dapat 1 GB berharga INR 400.
Kat sini pun ada kenangan lawak, sebab Tirah saja yang bawa pasport. So kami gunakan pasport dia untuk daftar. Maybe foreigner. Kena pulak bagi gambar berukuran pasport. Pulak.
Lastly, tokey (maybe) kedai tu suruh Tirah berdiri berbelakangkan dinding yang penuh poster iklan tentang prepaid. Baik punya background. Hehe...

View gerai-gerai area Pahar Ganj

Malam tu, kami hanya relax dalam bilik. Update status kat FB dan upload semua gambar-gambar indah masa di Kashmir. Henpon aku pun buat hal, memory penuh. Selalu camtu kalau travel.
So jalan terbaik upload semua gambar dalam FB. Risau jugak kalau tetiba hilang semua.
Jangan buat hal la...nak ke Kashmir bukan semudah 1,2,3!

Tengah-tengah tidoq tu aku boleh lagik dengar bunyi hon kenderaan dari dalam bilik. Oittt...hampa tak tidoq ka? Hon non stop. Huhu...lepaih tu iolls pun tata. Hehe.

To be continue...NH πŸ’€













Tuesday, December 6, 2016

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 4)

20 September 2016
Hari kelima

Welcome to Naranag!

4.00 am - Macam biasa, kami bergerak keluar dari hotel seawal yang boleh.
Destinasi seterusnya, Naranag. Kami menginap di rumah local people hampir seharian.
Otw ke Naranag bagaikan satu perjalanan yang berbeza. Jalan masih berbukit dan berbengkang bengkok. Jalan juga semakin mengecil dan bentuk rumah-rumah penduduk juga berbeza.

Bentuk rumah di Naranag
(View dari bilik tingkat atas guesthouse kami)

Susah untuk aku membezakan antara rumah orang kaya dengan rumah orang biasa sebab semua rumah cantik-cantik belaka. Tersusun rapi. Selain padi, tanaman paling banyak adalah tanaman jagung. Feberet ni...kecik kemetot pulak tu. Hehe...

Tiba awal di guesthouse, tuan rumah mula sediakan roti dan chai untuk sarapan pagi kami.
Chai di sini kureng sikit...sebabnya bau susu sangat kuat. Fresh milk without sugar hokeh!
Part besh bila kami dapat tengok cara depa membakar roti dan memasak chai secara tradisional.
Pakat-pakat pulun semua nak buatkan doh jadi roti. At last, failed. Haha...amek ko!

Lepaking sama-sama masa breakfast

Anak-anak tuan tanah kedaung..segak-segak depa.
Tak kecuali jugak orang Malaysia dalam pic nih! kihkihkih!
Ikan trout weh...fresh nih.
Hidup dalam air sejuk, bersih & tinggi kandungan oksigen.

Selepas sarapan, kami sekali lagi menjelma sebagai ponny rider. Aku mula terbayangkan kekebasan punggung kelmarin. Hahah...Kali ini, kami menyelusuri sungai-sungai, rumah-rumah orang kampung, Gypsy Village, dan sebuah kuil yang didedikasikan untuk Lord Shiva.

Tak ingat pulak berapa jam kami trekking dengan ponny. Tapi kali ni aku banyak berjalan. Sebab tengok ponny aku tu cam semput. Kecian pulops. Nampak dak ciri-ciri kemanusiaan Neelopak. πŸ˜…

Di pertengahan trekking, kami stop dekat area Gypsy Village. Ada 2, 3 khemah mungkin sebuah khemah untuk satu keluarga.

Difahamkan, depa ni hidup berpindah randah a.k.a hidup nomad. Pada musim sejuk depa akan membawa haiwan ternakan masing-masing ke bawah lembah untuk melindungi diri daripada cuaca sejuk melampau.
Pada musim panas pula depa akan berpindah semula ke kawasan lembah pergunungan tinggi.
So, anak-anak depa memang tidak berpeluang untuk ke sekolah.
Di sinilah tempat tinggal sementara depa. 
Masa kami berehat dekat dengan khemah depa, ada beberapa kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mai dekat.
"Didi...didi..." sorang budak perempuan tu mula memanggil.
Bukan sebab nama aku Didi.
Tapi Didi bermaksud, kakak. Hehe...

Aku seluk poket nak laa bagi sikit coklat Clorets. Tetiba zrappp...dah serupa jebon depa rembat. Huhu..Tanjat gegel. 😯 Muka comel-comel belaka. Tapi, mak aii ganaih.
'Keep calm' itu tagline untuk situasi macam ni. Faham-faham sajalah. Jangan dok pi marah depa pulops! πŸ™…
Jauh di sudut hati sebenarnya agak kesian sebab budak-budak ni hidup macam ni. Tak ada pendidikan formal. Tapi, itulah budaya yang depa amalkan sejak turun-temurun.
Semoga mereka sentiasa hidup dalam lindungan dan rahmatNya. Aaminnn.

Ponny trekking di Naranag bermula πŸ˜„

Bersama kanak-kanak di Gypsy Village
...depa ni la yang zrappp Clorets iolss! Hahah!

Selepas rehat dan posing crettt sana sini. Kami trekking semula sehingga ada sebuah jambatan kecil. Sekali lagi, rest. Kematu bambam cheq. Ngeee... πŸ˜‚

Geng boboi mula buat aksi 80PL (bukan tontonan awam). ⚠
Depa excited nak mandi sungai. Sungai tu pulak sejuk takat beku. Orang utagha sebut, sejuk gedi.

Tak lama lepas tu, kami balik semula ke guesthouse. Sempat singgah di sebuah restoran untuk lunch.
Masakan kat sini sedap sangat. Dua pinggan nasi setel. Aku tak ingat nama restoran tu, tapi yang aku ingat mungkin ada bunyi mountain view. Sebabnya, restoran tu tertutup. Apa yang mountain view pun tak tau. View dinding ada laa. Kihkihkih 😁.

4.00 pm - Kami melawat kebun epal. Kenangan pahit manis maharaja lawak bermula di sini. Nak menapak mendaki kebun tu satu hal. Muka owner ladang tu cengey oittt. Aku tahan nak gelak. Dia perati gelagat kami semua, memasing zibi posing dengan buah epal dia. Buah epal paling sedap jenis Golden Epal. Crunchy! Hehe...πŸ˜†

Time aku nak tunjuk skill panjat pokok epal, tetiba ada anak lembu naik hangin.
Rasa macam dia nak main-main. Tapi, mainan dia nak menyondol. Bahaya nih!
Geng Kari semua dah larik tak ketahuan. Aku maintain ataih pokok. Menyenget jugak! Naseb baik ada Salim  (very daa talented kan?)

Kejadian Geng Kari di'attack' anak lembu...
Aku & Ibnor dah sedia tersangkut atas pokok! Huhu!
Lepas kena kejaq dengan anak lembu, kebetulan jugak time tu azan Asar, lagik laa owner kebun tu tak bagi stay kat kebun dia. Garang nau laa. Rasa macam nak p tarik janggut dia! Hehe..ok, gurau!
So, kami turun balik ke guesthouse.
Then, tengah relax lepaking dan sembang-sembang tetiba anak lembu tadi sekali lagi buat hal.
Hahah...seyes tak paham. Geng Kari semua lari tak ketahuan. APTB! πŸ˜†

Irrfan Helok sedang membakar jagung untuk makan petang.

Sebelum peristiwa dikejaq anak lembu untuk kedua kalinya.
Kembali ke guesthouse, dapat sebuah bilik berehat untuk geng gegel & sebuah bilik untuk geng boboi. Yeayyy, landing time. Cuaca sejuk dari pagi sampai ke petang. Nyaman gilos kat sini. As usual, Nanna Hideanna kalau tak buat peta. Tak sah. Titoq la sat!

6.30 pm - Irrfan roger yang kami dah boleh balik ke houseboat semula.
Sebenaqnya jalan kembali ke houseboat kami ada curfew. Kemungkinan lewat malam baru boleh lalu. Alhamdulillah, bila dapat tahu yang kami dah boleh caloo betey awal!

7.10 pm - Menempuh jalan untuk kembali ke houseboat sangat mencabar. Makin kecik pulak jalan nak balik ni. Mencabar bukan hanya sebab melalui jalan yang curam dan tebing tinggi. Tapi, kereta geng boboi nyaris dilempar batu.

Waktu tu jalan dah mulai gelap, nampak beberapa orang lelaki yang berdiri di tepi jalan dan tangan memegang batu sebesar tapak tangan. Aku pun tak faham. Apa laa masalah depa.
So, time kritikal macam ini lah travel insurans sangat penting.
Apa-apa jadi, taklah kita susahkan family nun jauh di sana. Sayangilah keluarga anda. πŸ˜‹

8.30 pm - Syukur, malam tu kami selamat kembali ke houseboat. Lupakan kes baling batu tadi. Kalau tak, spoil mood nak travel. 5 hari lagi nak travel ni. Sampai saja, puyut bergendang dangdut. πŸ˜…
Nasib ada Noora yang sudi sediakan dinner. Noora ni chef hotel. Buat partime kat houseboat sebab curfew. Tourist takdopsss.

Ruang tamu untuk Geng Kari berkumpul selama 5 hari.

Malam terakhir di houseboat opsss bukan di houseboat saja tapi juga di Kashmir, kami mula packing beg memasing. Rasa sayu pulak nak tinggal tempat tenang macam ni.
Pernah aku baca blog trip ke Kashmir. Blogger tu bagitahu yang dia tak suka duduk di houseboat sebab perlu naik shikara untuk ke sana ke sini.
Tapi bagi aku, inilah istimewanya Kashmir. Tinggal di dalam houseboat, suasana yang jarang dialami.
Tak rugi lagik menyesal kalau tak cuba stay, at least 1 malam pun tak apa.

Besok, flight pulang ke Delhi pagi. Huhu...mood sayu pulak nak tinggal katil empuk 4 tiang tu, sampan panjang, view gunung ohsem, Dal Lake dan banyak lagi la...πŸ˜‚
So, enjoy last night puas-puas kat houseboat ni. Lepas ni dah tak ada orang sediakan makan minum dan bawa travel. Kena indipendent workeh, hwaitting!

Amazing race untuk trip di Delhi-Agra-Jaipur bakal tiba!

Kos hangus hari ke-5
i) Caj Ponny Riding : INR 600
ii) Tips tuan umah : INR 300
Total = INR 900

To be continue...πŸ’€ NH












Monday, December 5, 2016

Kembara Delhi-Agra-Jaipur-Kashmir 2016 (Part 3)

19 September 2016
Hari keempat

4.00am - Kami siap awal pagi dan breakfast awal. Semua bersemangat waja untuk 'menyerang' Sonamarg. Agak ralat sebab curfew ni, kami tak dapat masuk ke Gulmarg dan Pahalgam. Semua jalan ke sana ditutup. Kita hanya merancang, DIA menentu segalanya. Ini yang terbaik.
So, think positive dan redha. 😍

Jam 4.15 am kami sudah menaiki kereta menuju ke Sonamarg. Kami bergerak dengan 2 buah kereta mpv dan seperti biasa jalan yang gelap gulita menjadi hak milik total driver tu. Berapa km/j laa driver tu bawa. Mengantuk? Tak ada dalam kamus sebab ada background music yang rancak driver tu bukak. Aku, kak Maya, Fati dan Tirah diam dan hanya bercakap bila nampak perkara yang menarik. Suasana awal pagi ini memang berbeza.
Jalan berliku-liku, waktu tu jugak kami selisih dengan pengembala kambing biri-biri.
First time, aku tengok kambing biri-biri yang beratus-ratus dengan hanya dengan dua orang pengembala.

Hampir sejam meredah jalan, kami berhenti untuk minum chai. Rasanya ini R&R untuk ke Sonamarg. Kalau tidak salah kedai ini bernama 'Delhi Darbar Dhara'. Jalan ini juga menuju ke Ladakh. InsyAllah diizinkanNya nak jugak ke Ladakh.
Hanya ada satu kedai makan, toilet dan kedai cenderahati a.k.a cedera mata tengok barang-barang kat sini. Semua barang ada dijual, agak murah, boleh tawar-menawar.
Di sini, aku sukses sambaq satu baju sejuk daripada wool, satu scarve atau mafla, dompet kulit dan table runner.
Opsss...terlebey shopping sudaaa! πŸ˜†

Selfie sekeping dengan salesman encem nih πŸ˜‹
Kami meneruskan perjalanan, hampir sejam kemudian kami tiba di Sindh Guesthouse & Restaurant.
Oleh kerana kami tiba awal, kami sempat berjalan-jalan melihat kawasan yang bergunung-ganang, dengan sungai deras dan cuaca yang sangat sejuk.

Kami ditemani Salim untuk mendaki bukit kecil dan melalui air sungai yang sangat deras. Sedang dalam perjalanan, kami berselisih dengan beberapa orang wanita memikul kayu yang digunakan untuk memasak. Kagum sebab depa mampu mendaki bukit yang tinggi dan ulang alik beberapa kali dalam sehari.

Nampak dak ayaq sungai tu...sejuk tahap gaban. 
 Welcome to Sonamarg!

Seterusnya, kami berhenti di signboard Welcome to Sonamarg dan berjalan hingga ke arah bukit. Di situ kami mula menaiki ponny. Waktu kami di sini, oleh kerana curfew memang tiada pelancong dan hanya kami 9 orang sahaja yang huha.

One more thing...aku nak share tentang sebutan Sonamarg yang betoi. Selalu orang kita sebut Sonamarg dengan sebutan 'Sonamaq'.
Opsss...pelisss ya, sebutan yang betoi adalah 'So-na-ma-ghek' = Sonamarg.
Sama jugak dengan Gulmarg, sebutan sebenaqnya adalah 'Gul-ma-ghek' = Gulmarg.
Just for sharing πŸ‘€



Tengok pic nih...dah jadi windu balik dengan view ohsem nih!

Sorang satu dapat ponny masing-masing. Aku dapat ponny yang somey banget! Paling penting, ponny tu punya peel sejibik dengan aku...malas bergerak. Asyik berhenti minum, mengulat memanjang. Sampai tertidoq ataih ponny tu. Nasib tak jatuh...Geng lain dah jauh kehadapan. Ponny aku dengan Tirah saja yang teeettt...hehe.
Sabor sajalah. 😌

Pengalaman yang tak dapat dibeli, bukan semata-mata menunggang ponny. Tapi, trekking menuju ke Thajiwas Glacier selama 3 jam itu sangat bermakna. (Pergi & balik hampir 6 jam) Kepada yang bimbang nak menunggang ponny, jangan risau sebab sepanjang trekking ada orang akan mengiring sepanjang perjalanan.

Diiringi pemandangan gunung yang spektakular dan tak terungkap. Istimewanya, pengambaran Bajrangi Bhaijan dilakukan di sini. Scene Murni didukung oleh Salman Khan. Ohsem tak? HaHa...

Geng Kari jadi Geng Ponny....burrr Rani burrr!
Bermulanya ponny trekking ke Thajiwas Glacier. 
(Belakang tu hotel yang kami stay 1 malam)
Titik tamat setelah 3 jam ponny trekking...yeayyy!

Setelah tiba di kawasan yang lapang, ada sebuah base camp. Kami berhenti untuk lunch, order chai dan megi goreng. Seyes, megi goreng dia sedap ya amat! Tak tau sebab lapar atau memang betoi sedap. Tapi rasa macam nak order sepinggan lagik. Aci dak? 😁
Base camp ini berada di tengah antara gunung-ganang. Di sini, sekeliling kami adalah kawasan pergunungan. Puncak gunung masih diseliputi salji walaupun musim kami travel ini bukan winter time. Rejeki, Alhamdulillah!
Angin pula sepoi-sepoi. Dalam duk rest lepak layan view, lalu segerombolan kambing biri-biri. Excited sekali lagi. Berduyun-duyun turun dari pergunungan...comey laa 😍

Menunggang ponny selama hampir 6 jam, azab jugak sebab habis kebas punggung eden. Tapi muka kena maintain. Hehe..hashtag redha jangan lupa ok!

Seketul salji 😍

Sekumpulan kambing biri-biri...
kalau akulah si pengembara tu confirm hilang semua.
 πŸ˜Œ

Lepaking dalam base camp, disaji pula dengan
 megi goreng & chai panaih-panaih...πŸ˜„


Kos ponny trekking = INR 800
Kos megi goreng = INR 50
Kos chai = INR 30
Kos nescafe = INR 30
Tips Ponny = INR 200 

Setelah fenat menjadi ponny rider selama 6 jam, kami menginap semalam di Hotel Sonamarg Glacier.
Besh tentang hotel ni adalah ianya bertentangan dengan Thajiwas Glacier.
Buka tingkat hotel saja, phewwww! πŸ’¦
Lewat petang, geng gegel turun tengok Irrfan, Zul dan Qayyum memancing di belakang hotel.
Aku cuba masukkan kaki dalam sungai tu.
Taktau berapa suhu sejuk dia. Lagik lama boleh cramp kaki Neelopak. Huhu.

Lepas tu, kami berjalan keluar minum petang di sebuah gerai kecil bersebelahan dengan hotel kami menginap. Chai dia dah laa murah...masyAllah..sedap! Terkenang sampai sekarang.
9 cawan chai hanya berharga INR100. Cer bahagi sat, secheweennn berapa? Ngeee...murah shangat!

Tidoq semalam di Hotel Sonamarg Glacier


View belakang hotel 
Muka hepi tunggu chai shedappp! πŸ˜‹


To be continue...πŸ’€ NH